Balik dari kampung selepas hari raya hari tu, ramai memilih untuk ke restoran-restoran makanan segera dan mamak. Ini antara venue yang dibuka kerana kebanyakan kedai makan masih bercuti raya kan.. Kak ana sendiri balik dari kampung singgah makan malam di restoran Marrybrown di Kemaris Avenue, Rawang yang baharu sahaja di buka tahun lepas kalau tak silap. 

Kami sampai selepas Maghrib dan tak ramai pelanggan waktu tu. Apa yang menarik yang kak ana nak kongsikan dengan korang kali ini ialah dengan menggunakan aplikasi Marrybrown, kita akan dapat menikmati menu-menu yang di tawarkan melalui Deals dari harga serendah RM2.90 dan diskaun sehingga 40%.


Harga murah dengan pembelian DEALS melalui Apss Marrybrown


marrybrown deals


Kak ana pun dapat tahu mengenai Marrybrown Deals di apps ni melalui perkongsian rakan-rakan di sosial media. Cepat-cepat kak ana download di telefon dan redeem di kaunter restoran Marrybrown. Ada pelbagai tawaran menu ala carte dan set kombo dalam promosi Deals di apps Marrybrown ni untuk korang pilih.


Marrybrown apps deals

Dari serendah RM2.90 untuk 6 keping MB Potato Wedges, RM3 untuk 6 keping MB Onion Rings, RM3.90 untuk MB Mushroom Soup dan RM5.90 untuk 6 keping MB Nuggets. Kan murah tu..Tak dapat pun di tempat lain.. Dan berbeza dari harga melalui pembelian terus di kaunter tanpa apps Marrybrown. 


marrybrown deals

Ada juga combo set pada harga serendah RM6.90 hingga lah RM10 yang sangat-sangat berbaloi. Kak ana makan bubur ayam Marrybrown combo dengan segelas minuman cuma RM6.90 sahaja malam tu. Tak sampai RM50 pun untuk kami makan sekeluarga dengan tawaran Deals di aplikasi Marrybrown. Kann jimatttt !!! 




Antara menu Marrybrown yang paling kak ana dan suami suka adalah ayam goreng crispy . Sebagai pengguna pertama kali di apps Marrybrown, kak ana dapat tebus seketul ayam goreng crispy Marrybrown secara PERCUMA malam tu. Mau tak suka.. dapat ayam goreng feveret free :) 

Cara tebus Deals Marrybrown melalui aplikasi MB 


apps Marrybrown


Mudah sangat kekdahnya.. Pertama mestilah korang kena download aplikasi Marrybrown dekat telefon  dari Apps Store untuk pengguna ios dan Google Playstore untuk pengguna android. Sekarang ni semua servis pun menggunakan aplikasi di telefon kan. 

Sebelum sampai ke restoran,kita dah boleh usya-usya dahulu menu apakah yang hendak di tebus nanti. Apps MB ni juga ada tab untuk pembelian secara online atau penghantaran makanan. Semua di hujung jari sahaja. Kalau peminat Marrybrown wajib ada dah dalam telefon masing-masing. 


marrybrown apps


Di aplikasi Marrybrown, paparan tab HOME, boleh scroll dan pilih  deals yang di kehendaki. Pas tu ikut je arahan yang diberikan. Tekan ‘REDEEM’. 

Sampai di restoran Marrybrown pergi ke pautan  'My Rewards' dan cashier akan scan kod QR . Buat bayaran dan bolehlah menikmati menu-menu ini sama ada nak dine in atau pun takeaway. Mudah jer kan.. 

Atau secara short cut boleh sahaja terus klik tab DEALS  dan pilih tawaran yang korang suka. Step sama juga dengan cara dekat tab home tadi dan cashier akan scan QR dan buat lah bayaran. Aplikasi ini boleh di gunapakai di hampir kebanyakan outlet Marrybrown di seluruh Malaysia. 





Untuk pelbagai promosi dan tawaran menarik dari Marrybrown , 
korang boleh sahaja ikuti di mana-mana laman sosial Marrybrown atau layari ke 

Alhamdulillah kesemua menu dari rangkaian Marrybrown adalah Halal ! 






2 Comments

  1. Lama dah tak ke MB sebab tak ada lagi cawangan MB yang berdekatan. Sekarang ni makin banyak pula menu menarik di MB.

    ReplyDelete