Dah seminggu lebih kita meraikan Syawal 1443H .. Raya yang di nanti-nantikan oleh semua anak rantau yang dengan izinNya dapat kembali semula kepangkuan keluarga dan desa tercinta. Namun bukan semua kisahnya sama, ada kisah penuh duka dan lara bila kali ini tiada lagi yang menyambut kepulangan yang di nanti..

Apapun syukur di atas setiap kesempatan yang berbaki.. Kak ana sekeluarga sendiri pun penuh rasa syukur kerana selepas dua tahun ,  Syawal kali ini kembali merayakan bersama keluarga... Seminggu juga di kampung dan kini kembali semula ke kediaman meneruskan kesinambungan kehidupan.

Biasa lah balik kampung, pelbagai lah kiriman mak untuk anak cucunya. Kali ini mak kirim kacang kuda atau ada orang panggil kacang pol. Kacang mentah keras, mak suruh kak ana bawa balik dan rebus buat kudapan. 


Cara rebus kacang kuda

Memang sedap pun, bila dah siap rebus, sampai lenguh mulut mengunyah .. satu persatu masuk mulut. Banyak sungguh sekilo bila dah rebus dia muai. Kak ana siap bagi jiran dan suami bawa ke pejabat lagi. Kat rumah ni masing-masing dah lenguh nak mengunyah..

Hari ini , kak ana nak share lah dengan korang cara rebus kacang kuda atau kacang pol ni. Mudah sangat cuma manalah tahu kan kut ada yang tak pernah dan baru pertama kali nak buat kacang kuda rebus. Meh .. kak ana kongsikan cara rebus kacang pol atau kacang kuda supaya cepat empuk dan lembut hasilnya.. 


Cara rebus kacang kuda atau kacang pol


Cara rebus kacang kuda atau kacang pol

Kacang kuda atau kacang pol ni keras sangat bila di beli, jadi untuk mudah dan cepatkan proses merebusnya kita perlu merendamkannya di dalam air selama semalaman. Bila dah rendam, bilas dan tukar air sebelum di rebus dalam periuk. 

Tambahkan air semasa proses merebusnya kerana ia akan makan masa juga dalam 1 jam sebelum betul-betul empuk dan lembut untuk di makan. Bila dan empuk ( ambil sebiji untuk rasa sama ada dah empuk atau tak ), baharu lah masukkan garam ke dalam air rebusan dan sambung rebus dalam setengah jam lagi.

Toskan air rebusan dan sedia untuk di makan bila sejuk. Jangan bilas sebab nanti hilang rasa masin nya. Ada juga sesetengah orang akan tumis semula dengan cili kering dan daun kari untuk makan. Ikutlah citarasa masing-masing, naa.. Kak ana suka makan terus selepas rebus.

Kacang kuda rebus ni mengimbas nostalgia sangat zaman kanak-kanak suka beli sementara tunggu bas kalau balik dari pekan Teluk Intan. Segulung kacang goreng atau kacang rebus dalam kertas surat khabar dulu-dulu harganya cuma 10 sen atau 20sen sahaja. Itulah kudapan kami waktu itu.. 

Kalau teringin boleh lah cari kacang kuda atau kacang pol ni , beli dan bawa balik rebus di rumah. Puas makan dengan keluarga.. Selamat mencuba... 


1 Comments