Lama terperap nak terbitkan entri ini. Kami pii makan di cafe Richiamo Coffee yang baharu sahaja di buka cawangannya di Rawang sebelum Ramadan yang lalu. Beberapa hari sebelum bulan puasa kalau tak silap kak ana. 

Semakin berkembang rangkaian cafe Richiamo di seluruh KL dan Selangor ni nampaknya. Alhamdulillah dan owner cawangan Rawang ni pun kenalan sekolah kak long. Tahniah.. 


Richiamo Cafe Rawang


Richiamo Coffee Cafe Rawang 


Melengkapkan misi cafe hunting bersama anak-anak khasnya Adik Ika , kami pun singgah lah minum petang di Cafe Richiamo Coffee di cawangannya bersebelah deretan Family Mart dan kedai Eco di Rawang. 




Kami tak ambil pun coffee di gantikan dengan air minuman biasa sahaja. Sebenarnya kak ana dah tak ingat dah air minuman apa yang Adik Ika order masa tu.. dah lama kan cuma tinggal beberapa keping foto menu makanan sahaja yang ada dalam galeri huhu :) 


Richiamo Cafe Rawang

Jadi lah nak berkongsi dengan korang semua.. Antara menu yang kami cuba petang tu adalah spaghetti beef bolognesse , lasagna dan pasti lah kak ana akan cuba kek sebagai pencuci mulut. 

Untuk spagetthi beef bolognesse ni pada selera kak ana agak kurang sedikit rasanya. Agak kering dan perasa pada sos nya juga agak kurang dan lebih rasa masam puri tomato. Mungkin berbeza dengan taste orang lain kerana kak ana suka makan bolognesse sos yang basah dan ada citarasa herba oregano yang lebih pekat . 

Spaghetti beef bolognesse di sini ada citarasa home cooked yang berbeza. Mungkin pada orang lain okay cuma agak tidak kena pada selera kak ana. Tak pa kita raikan perbezaan kan kerana selera masing-masing tak sama. Harga untuk sepinggan spaghetti beef bolognesse ni cuma RM10.90 dan portionnya banyak untuk dihabiskan oleh seorang. 


Richiamo Cafe Rawang


Menu kedua yang kami cuba petang itu adalah beef lasagna yang berharga RM9.90 . Menu ini datang dalam set ready to eat yang dah sedia di masak. Cuma order dan mereka akan panaskannya sebagai hidangan. Alhamdulillah menu Beef Lasagna ini sangat sedap.

Tak cukup satu pek kami tambah lagi satu pek kerana suami kak ana suka sangat. Mewah dengan cheese dan isi pun penuh daging serta sebatian sos yang sangat sedap dan tidak kering. Kepingan lasagna yang lembut dan tambah sedap kerana di makan panas-panas selepas di panaskan.  Berbaloi untuk portion seorang makan pada harga RM9.90. 


Richiamo Cafe Rawang

Dan sebagai pencuci mulut, kak ana memilih sepotong cheese cake. Hat ni memang akan repeat sebab kek depa sangat home backed taste. Sedap dan portion pun mengenyangkan. Tapi kak ana tak jumpa harga untuk sepotong kek ni. Korang boleh sahaja cari di FB cawangan-cawangan Richiamo berhampiran. 

Richiamo juga ada menu-menu hidangan nasi dan set lauk tempatan seperti masak lemak, asam pedas dan sebagainya. Cuma kami maii petang tak ada lah nak cuba menu nasi depa. In Shaa Allah boleh try di lain kesempatan. 


Apapun seronok sangat melihat perkembangan perniagaan cafe sebegini makin rancak mengusai pasaran tempatan kita. Tahniah buat anak-anak muda yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan makanan dan menyediakan menu-menu yang halal, sedap dan venue yang cosy dan santai. Semoga semakin sukses dan berjaya dunia akhirat, Aamiin.. 



3 Comments

  1. SEMOGA SUKSES USAHA BISNIS YG DICEBURI

    ReplyDelete
  2. Hari tu nak pergi cawangan Wangsa Maju tapi risau menu tak sesuai untuk budak kecil. Tapi teringin nak pergi

    ReplyDelete
  3. Rasa nak makan lasagna pula lepas baca penulisan Kak AJ ni.

    ReplyDelete