Sepanjang Syawal lepas, di kebanyakan tempat mengalami krisis daging ayam. Kat kediaman kak ana ni pun payah nak dapat daging ayam, selepas seminggu raya di kampung. Malahan waktu kat kampung pun tak ada di jual di pasar besar Teluk Intan, daging ayam waktu tu. Hampir kosong meja jualan ayam, kalau ada pun dah ada yang booking kata cik peniaga.

Balik ke kediaman kak ana pun, kedai runcit masih tak ada daging ayam. Kebetulan sepupu kak ana, Effa nak datang beraya ke rumah sekeluarga. Seronok sangat rasanya sebab tahun ni raya kak ana dalam suasana suram. Sepanjang di kampung, kesihatan mak tak berapa baik dan kami pun tak beraya ke mana pun tahun ni. 


mee kari fishball


Sepupu kesayangan kak ana ( arwah along ) pula meninggal dunia beberapa hari selepas raya, bertambahlah kesedihan dan tak ada rasa sangat nak beraya. Bila balik sini, setakad ni sepupu kak ana, Nora sahaja yang datang beraya ke rumah dan kali ni Effa pula nak datang. Seronok sangat rasa bila rumah di kunjungi saudara mara ni kan.

Kak ana planned nak masak mee kari. Memandangkan daging ayam tak ada di kedai, kak ana beli lah bebola ikan menggantikan isi daging ayam. Alhamdulillah.. masih sedap kuah mee kari kak ana dengan bebola ikan dan tauhu goreng. Resepi mee kari ala nyonya gitu.

Begitulah kehidupan kita bila dalam kesempitan ni, kena cepat berfikir secara kreatif. In Shaa Allah akan selesai satu-satu permasaalahan yang timbul. Kita tidak perlu sentiasa mengikut arus perdana, kadang-kala yang pelik dan ganjil di luar kebiasaan itu juga akan membuah kan hasil. Jom kak ana kongsikan dengan korang resepi kuah mee kari fishball cara kak ana jingga :) 

Resepi kuah mee kari fishball 

Bahan-bahan kuah mee kari fishball :

1 pek fishball bulat bergoreng ( fishball bulat warna coklat perang tu )
1 pek kepingan ikan fishcake ( hat kepingan empat segi bujur ) 
10 keping tauhu kering bulat  ( yang selalu orang buat tauhu bergedil tu )
1 pek fishball bulat putih 
- ikutlah apa sahaja jenis fishball yang korang nak guna semua pun okay jerr..
1 pek rempah daging Babas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Daun kari 
Air asam jawa
2 sudu besar serbuk cili Babas 
Garam
1 biji santan kelapa atau sekotak 

Cara masak kuah mee kari fishball :

1. Kisah bawang merah dan bawang putih. 
2. Bancuhkan serbuk kari bersama serbuk cili di dalam air asam jawa.
3. Tumiskan bahan bawang kisar dan masukkan bancuhan kari dalam minyak yang panas. Kacau selalu hingga pecah minyak. Masukkan daun kari.
4, Masukkan aneka fishball tadi. Masukkan air untuk basahkannya supaya tidak kering dan hangus.
5.Bila dah agak garing masukkan santan cair dan masak hingga mendidih. Kacau selalu naa..
6. Bila dah dua kali didih bolehlah masukkan santan pekat dan kepingan tauhu goreng yang sudah di potong-potong.
7. Rasakan dengan garam secukupnya dan siap lah kuah mee kari fishball yang lemak berkrim.

Kak ana suka makan mee kari lemak ni bersama sambal merah untuk memberikan sedikit rasa kepedasan pada menu. Hidangkanlah dengan taugeh dan taburan daun sup jika suka. Untuk resepi sambal mee kari merah, cukup mudah seperti dibawah :

Resepi sambal mee kari 


Bahan-bahan sambal mee kari:
3 sudu pes cili giling ( ikutlah banyak mana nak buh ) 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
cuka masakan
gula dan garam secukup rasa

Cara masak sambal mee kari :


1. Blend bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan seketika.
2. Masukkan pes cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering, sikit jangan banyak naa..
3. Bila dah pecah minyak, renjiskan cuka masakan, rasakan dengan garam dan sedikit gula. Dah siap!! 

Selamat mencuba korangss.. 








3 Comments

  1. takde ayam boh bebola pun dah sedap kak, janji kuah tu berlemak kan...

    ReplyDelete
  2. mee kari ada tauhu lampung tu pun dah layan dah

    ReplyDelete
  3. sedapnya Kak Ana.. Tak sabar nak tunggu habis pantang nak masak n makan mee kari ..

    ReplyDelete