Lama dah kak ana tak ke Aeon Alpha Angle , Wangsa Maju. Dahulu waktu kak ana tinggal di Ampang, memang ke sini antara tempat membeli belah yang kak ana kunjungi bersama anak-anak. Sebelum ni pernah ke sini tapi masih dalam proses ubahsuai dan kelmarin 25hb Jun 2022, kak ana ke sini sekali lagi dan dah pun siap sepenuhnya bahagian dalaman yang serba baharu.

Kak ana ke Aeon Alpha Angel kali ni kerana nak memeriahkan acara pelancaran lagu Omar & Hana bersama Pusat Pungutan Zakat ( PPZ ) MAIWP . Agak lama juga kak ana tak menyertai program PPZ MAIWP ni selepas kita semua di uji dengan pendamik dua tahun yang lalu. 


Lagu Omar & Hana Mudahnya Berzakat


Alhamdulillah tahun ini, bagaikan sinaran baru buat kita semua melalui perjalanan kehidupan yang kembali kepada fitrahNya. Syukur.. itu yang dapat kak ana ucapkan. Dan sebagai tanda mensyukuri ini juga, kita sebagai hambaNya harus lah menyampaikan apa sahaja risalah yang membawa kepada kebaikan dan tuntutan Allah swt. 

Bila kak ana bercerita tentang PPZ MAIWP ni, pasti lah akan berkisah mengenai pungutan zakat sebagai melaksankan rukun Islam ke empat. Apa pula kaitan PPZ dengan karektor kartun kesukaan anak-anak Omar & Hana ? 


lagu baru Omar dan Hana Mudahnya Berzakat


Sebenarnya Pusat Pungutan Zakat , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( PPZ-MAIWP ) melancarkan lagu baharu Omar & Hana bertajuk Mudahnya Berzakat . Pendidikan Islamik melalui lagu-lagu nyanyian Omar & Hana sebelum ni begitu melekat di hati dan jiwa kanak-kanak. Anak buah kak ana sendiri suka menyanyikan lagu-lagu Omar & Hana dan ianya banyak berkisah teladan sahabat nabi, solat, puasa dan nilai-nilai murni yang lain. 

Kali ini PPZ-MAIWP dengan kerjasama pihak Digital Durian telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan lagu dan video khas Mudahnya Berzakat dengan matlamat memberikan kesedaran dan mendidik kanak-kanak tentang kewajipan berzakat.


lagu mudahnya berzakat omar dan hana


Ibadah zakat ini perlu di tekankan sepertimana kita diberi penekanan mengenai ibadah solat, puasa di bulan Ramadan dan menunaikan Haji. Ia perlu di pupuk sedari kecil umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lagipun kanak-kanak mudah mengingati sesuatu yang di sampaikan dalam bentuk lagu dan karektor kesukaan mereka. 

Majlis pelancaran lagu Omar dan Hana 'Mudahnya Berzakat' 


Pagi tu se awal jam 10 pagi telah berkumpul ibu bapa dan kanak-kanak di AEON Alpha Angle kerana di  mulakan dengan acara pertandingan mewarna. Seronok kak ana lihat kanak-kanak mewarnai lukisan dan pensel warna yang di sediakan. Semangat anak-anak ni mewarna dengan kusyuknya, maklum lah ada hadiah menarik menanti pemenang yang terpilih. 


Majlis pelancaran lagu Omar dan Hana ' Mudahnya Berzakat '


Tengah syok mewarna muncul lah karektor kartun kesayangan anak-anak Omar, Hana dan Ustaz Amil pun ada. Hilang sekejap tumpuan anak-anak mewarna bila munculnya Omar & Hana serta Ustaz Amil yang comel. Ada yang ambil kesempatan untuk bergambar. 



Majlis pelancaran lagu Omar dan Hana ' Mudahnya Berzakat '


PPZ-MAIWP ingin melahirkan generasi muda yang celik zakat seterusnya menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk di salurkan kepada asnaf. Mungkin selepas ini bila kanak-kanak menonton siri Omar & Hana atau mendengar nyanyian Omar & Hana , mereka akan peka pada konsep zakat. 

Ada kanak-kanak yang suka bertanya bila mereka tidak faham dan masa inilah ibu bapa memainkan peranan menerangkan pada mereka apakah itu zakat. menarik bukan. 




Kewajipan menunaikan zakat tidak tertakluk kepada orang dewasa sahaja, kerana kanak-kanak juga tidak terkecuali dalam menunaikan zakat sekiranya menepati syarat-syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Tetapi zakat ke atas kanak-kanak wajib di tunaikan oleh penjaga atau ibubapa lah kan.. 




Bayar zakat secara online di Aplikasi MyZakat 


Bayaran zakat kini lebih mudah melalui Aplikasi MyZakat di mana pembayar boleh membuat bayaran dan kiraan, semakan penyata secara dalam talian ( online ) dengan memuat turun aplikasi MyZakat di Google Play atau Apple Store. PPZ-MAIWP juga berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. 



Usai acara peraduan mewarna kanak-kanak, pentas agak gamat dan meriah dengan penampilan selebriti Sharifah Shahirah ( Kak Rara ) di temani Ustaz Husni . Memang kelakar Kak Rara kita ni bercerita mengenai perkongsian zakat dan di selit kan dengan acara kuiz dengan hadiah yang menarik. 

Kak ana selitkan di sini beberapa info mengenai Perkhidmatan dan Saluran Bayaran PPZ-MAIWP untuk pengetahuan kita semua. 

Terdapat 10 kaunter PPZ-MAIWP yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.  Sabtu pula dari jam 8.15 pagi - 12.45 tengahari ( tutup pada minggu pertama dan ketiga Sabtu dan Ahad ) .






Skim Potongan Zakat Bulanan 

Bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji, cuma perlu daftar Skim PZB secara dalam talian melalui laman sesawang ptg.zakat.com.my 

PPZ-MAIWP sedang mengadakan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan ( Skim PZB ) untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji. Untuk makluman lanjut layari ke www.zakat.com.my 





Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital ( KZD ) 

Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter dengan membuat temujanji untuk di selia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat. Temujanji boleh di lakukan di mytemujanji.zakat.com.my 

Perkhidmatan Door to Door 

Perkhidmatan khas untuk pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal atau mempunyai kekangan masa untuk hadir ke kaunter melalui khidmat Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh di buat di talian 1300-88-5757 . Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang. 




Saluran Bayaran secara online 

Zakat Harta layari ke zakat.com.my atau aplikasi MyZakat muat turun di Google Play atau Apple Store. 

Ejen Kutipan Zakat 


Melalui perbankan internet ( 15 buah bank ) 

Secara E-wallet seperti Boost, Shopee dan GoPayz 

Acara di pentas diteruskan dengan Ucapan Ketua Pegawai Kewangan PPZ-MAIWP yang menerangkan pelbagai isu mengenai kutipan dan agihan zakat PPZ-MAIWP. Acara kemuncak pagi itu pastilah Gimik dan Pelancaran Lagu Mudahnya Berzakat oleh Omar & Hana di temani Ustaz Amil. 

Tadaa!! Jom kita sama-sama dengar dan tonton video lagu Mudahnya Berzakat dari Omar dan Hana .. 






Dan pastilah saat yang di nantikan oleh kanak-kanak peserta mewarna pagi tadi di mana 10 orang pemenang di umumkan di atas pentas. Tahniah anak-anak yang sangat kreatif dan pandai mewarna. 




Sama-sama kita doakan semoga inisiatif PPZ-MAIWP dalam menyampaikan sebaran info mengenai kutipan zakat akan tercapai sebaiknya. Ambillah kesedaran untuk kita mendidik jiwa anak-anak agar mematuhi setiap rukun Islam sedari peringkat awal. 

Dan untuk kita semua yang telah pun cukup syarat, janganlah terus alpa, tunaikan bayaran zakat kerana semua ini akan menjadi kayu ukur dan di hisab di akhirat nanti. Sama-sama kita jadi hambaNya yang taat dan mencari keredhaan Allah swt.. Aamiin .. 


2 Comments

  1. jangan lupa berzakat genap haul

    ReplyDelete
  2. Selalu kita ingat org dewasa je kena byr zakat walhal kanak-kanak yang sudah cukup haul dan nisab pun kena mengeluarkan zakat.

    ReplyDelete