Mudah sangat mengukus makanan menggunakan periuk nasi letrik
Kak ana yakin lah hampir kesemua rumah memiliki periuk nasi letrik, kan. Kalau ada yang masih memasak nasi dengan dapur gas ni, memang kak ana respect depa-depa, sebab kak ana dari remaja lagi memang tak pandai masak nasi menggunakan periuk di atas dapur gas.
Pernah lah try masak nasi dalam jumlah yang sedikit di dalam periuk di atas dapur gas, rasa sama sahaja sukatan airnya, namun hasilnya nasi kak ana tanak jadi berkerak dan tak masak sekata atau pun mentah. Ermmm.. sejak tu tak berani dah masak dalam periuk atas dapur gas dah. Serik membazir sangat kan bila nasi tak boleh nak makan dengan sedap.
Cara mengukus menggunakan periuk nasi letrik
Kadang-kadang kak ana rajin juga memasak menu-menu makanan dengan teknik mengukus. Selalunya kak ana menggunakan pengukus tradisional di atas dapur gas. Saiz pengukus kak ana agak besar juga, 3 tingkat tapi boleh jer asingkan kalau nak guna satu lapisan kukus sahaja. Maklum lah kak ana masak dalam jumlah yang tidak banyak.
Ada masa kak ana gunakan pengukus ni untuk memanaskan semula makanan dari jenis kukus. Bab ni agak malas nak gunakan pengukus biasa atas dapur tu sebab kena isi air yang agak banyak kemudian bersaiz besar pula tu.
Sekarang ni kak ana lebih selesa mengukus dengan menggunakan periuk nasi letrik sahaja untuk tujuan memanaskan makanan kukusan atau pun sekadar nak kukus makanan yang dalam jumlah yang sedikit. Mudah , jimat dan cepat. Hasil kukusan pun sama sahaja. Caranya korang boleh tonton dalam video di bawah ni naa..
Bila korang beli periuk nasi letrik, ia akan di berikan satu lapisan plastik berlubang bersama lazimnya lah kan. Itulah alat untuk mengukus dalam periuk letrik kita. Isi kan air separuh penuh dalam periuk nasi, letakkan lapisan pengukus yang di sertakan, isi kan makanan yang hendak di kukus di dalam nya, on suis dan tekan cook . Tutup periuk letrik dengan penutupnya.
Biarkan sehingga makanan masak atau reheat sendiri dan boleh lah off kan suis. Mudah, cepat dan ringkas. Cuma kelemahannya, kita hanya boleh mengukus makanan dalam jumlah yang sedikit sahaja mengikut saiz periuk nasi masing-masing. Boleh lah dari tak ada kukus kat rumah kan..
Kaedahnya sama sahaja seperti kita menggunakan pengukus letrik , cuma hat ni kak ana mengunakan periuk nasi sahaja. Kalau kukus letrik pun tak lah begitu besar kapasiti untuk mengukus makanan di dalam nya. Betul tak.. Semoga bermanfaat.. In Shaa Allah
4 Comments
yezza..sgt senang kan bila guna periuk nasi..utk benda2 yg x banyak, memang ayu pun guna periuk nasi je
ReplyDeleteperiuk nasi pun boleh pelbagai kegunaannya
ReplyDeletebetul.. tapi liez jarang sangat nak mengukus sebab periuk kecik tapi kalau panaskan lauk mmg dlm rice cooker.. mcm nasi tu dah kering kan.. liez masukkan lauk yg nak dipanaskan dlm piring ke, then letak atas nasi.. dia stim sekali
ReplyDeleteLapisan plastik berlubang tu entah manalah kami letak. Dulu suka jugak kukus begitu. Nak panaskan kuih pun senang
ReplyDelete