Terima Kasih Abah! Pengorbanan insan yang bergelar abah, ayah atau bapa sangat jarang ditonjolkan di hadapan anak-anak. Namun, setiap usaha yang dilakukannya pasti dapat dirasai oleh keluarga tersayang. Jadi, di hari istimewa ini, raikan insan ini dengan meluangkan masa bersama dengan pakej istimewa sempena hari bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites.


Father'sDay  Mardhiyah Hotel

Kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites turut sama menyanjungi pengorbanan dan jasa baik insan bergelar bapa dengan menyediakan pakej sajian enak bufet hi-tea pada Hari Bapa yang bakal disambut 19 Jun 2022 (Ahad). Golongan bapa berpeluang mendapat pelbagai promosi istimewa. Antaranya, promosi satu (1) percuma bufet hi-tea untuk dewasa dengan pembelian lima (5) pakej bufet hi-tea dewasa. Turut terdapat dalam promosi, mereka berpeluang mendapat diskaun 15% ,1 kg kek “Red Velvet” Hari Bapa.


Father's Day Hi-Tea Buffet

Hi-tea Buffet Hari Bapa 


Sempena hari bapa ini, pengunjung berpeluang menikmati hidangan kegemaran terutamanya sajian Melayu, Jepun, Barat dan Cina yang disediakan khas oleh barisan chef yang berpengalaman, yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Chef Shahril.


Father's Day Hi-Tea Buffet


Antara sajian enak yang bakal dihidangkan termasuk “XO Fried Rice with Shrimp, Honey Blackpepper Lamb Shoulder, ‘Kwai Hua’ Fried Yee Mee, Daging Masak Merah Asparagus, Penang Kari Kepala Ikan, Roasted Chicken in Mornay Sauce, Sashimi dan Sushi, California Temaki Roll, Aneka Cucur, Roti John, Pelbagai Pilihan Pasta dan Pizza, Dim Sum dan Pau”. Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut yang bakal dihidangkan “Kuih-Muih Melayu, Bubur Kacang Bersago, Coffee Meuille Feuille, Mango Cheese Cake, Chocolate Fountain, Ginger Panna Cotta, Classical Butter Cake dan Black Forest”.



PROMOSI BUFET HI-TEA HARI BAPA 19 JUN 2022 DI RESTORAN ROYALE SONGKET


Harga : 

RM 115.00 bersih (dewasa)
RM 65.00 bersih (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)

*Pembelian bufet hi-tea dengan lima (5) harga dewasa akan mendapat percuma satu (1) harga
dewasa*
Tarikh dan Masa : 19 Jun 2022, 12.00 tengahari – 4.00 petang
Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G Mardhiyyah Hotel & Suites





PROMOSI ISTIMEWA 15% DISKAUN KEK HARI BAPA


Harga : RM 90.10 bersih (harga asal RM 106.00 bersih)
*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari awal*




Untuk maklumat dan tempahan , hubungi 03-5511 8811 atau hubungi & whatsapp 019-2616847.




TENTANG MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


Mardhiyyah Hotel & Suites, hotel antarabangsa patuh-syariah bertaraf 5 bintang. Nama jenama Mardhiyyah, perkataan Arab yang bermaksud Yang diredhai, dinamakan sendiri oleh pemilik Dato’ Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris yang juga merupakan Pengarah Urusan  Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.




Hotel ini terletak di tengah-tengah ibu kota Shah Alam, Selangor, Mardhiyyah Hotel & Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.




Mardhiyyah Hotel & Suites hotel ini dinobatkan sebagai pemenang bagi Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC). Anugerah platinum MFAR diiktiraf sebagai hotel konsep 'Mesra Muslim' dengan peralatan dan kemudahan yang mematuhi syariah.




Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites telah dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal  Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Ini membuktikan hotel ini memenuhi kriteria memiliki Chef beragama Islam (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Syariah dan Pemilik Muslim.

Mardhiyyah Hotel & Suites diurus & dimiliki oleh Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.
Tel: 03 5511 8811 Faks: 03-5511 1833
E-mel : exec_pr@mardhiyyahhotel.com atau am_pr@mardhiyyahhotel.com
Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000
Selangor Darul Ehsan .

4 Comments

  1. Menarik ni sempena sambutan Hari Bapa..

    ReplyDelete
  2. Menarik tawaran dan lebih menarik hotel milik muslim.

    ReplyDelete
  3. BOLEH BERSAMA BAPA MERAIKANNYA DGN MENU ISTIMEWA

    ReplyDelete
  4. hmmm...sedapnya..macam-macam menu ada.

    ReplyDelete