Sabtu lepas, kak ana dan suami balik kampung kak ana di Teluk Intan untuk ziarah mak dan abah. Sejak Syawal hari tu kesihatan mak kak ana tak berapa baik macam sebelum ni. Selera makan kurang sangat, dan dah tak berapa kudrat nak bangun. Hati ni asyik fikir kan mereka berdua di kampung. Jadi kak ana akan selalu balik untuk sama-sama uruskan rumah. 

Doakan semoga setiap urusan kak ana sekeluarga di permudahkanNya jua, aamiin. Ujian paling besar dalam hidup ni adalah bila kita di uji dengan kesihatan mak abah yang kian uzur ni, kan.. Hasbunallah Waknikmal Wakil..


melawat rumah anggur di Slim River
Foto kredit FB Muallim Hortigard & Nursery 


Dalam perjalanan balik, kami menggunakan laluan jalan lama. Kak ana dan suami lebih suka melalui jalan Tanjung Malim ke Teluk Intan. Cemuih kalau guna hiway ni, stress jer rasa, lebih santai kalau ikut jalan biasa ni. 


Rumah Anggur & Buah Tin di Slim River 


rumah anggur Slim River

Sampai di Slim River, kak ana teringat pernah nampak di Tiktok ada Rumah Anggur dan Buah Tin kat sini. Lokasinya pun tepi jalan laluan utama sahaja. Kami pun singgah sekejap, dan waktu tu ada ramai juga pengunjung lain. 


pokok tin di Slim River


Rumah Anggur dan Buah Tin ni adalah Muallim Hortigard & Nursery yang terletak di Slim River. Sayangnya waktu kak ana singgah, buah anggur dah habis kata pekerjanya. Jadi kami tak masuk ke rumah anggur tu sebab kalau nak masuk rumah anggur di kenakan bayaran RM5 seorang. Pandang dari luar sahaja lah tengok pokok-pokok anggur.


rumah anggur Slim River


Muallim Hortigard & Nursery ni merupakan sebuah tapak nursery tanaman. Di bahagian luar rumah anggur tu ada jualan benih-benih pokok tanaman dan pokok bunga. Rumah pokok tin pun ada dan masuk situ percuma sahaja. Bayaran hanya di kenakan bila kita nak masuk ke rumah anggur. 


pokok anggur Slim River


Di bahagian luar juga terdapat pokok-pokok anggur atau anak pokok anggur yang di jual. Sama juga pokok-pokok tin. Kak ana tak pasti harga nya, sebab memang tak ada niat nak beli pun. Sekadar singgah nak tengok pokok anggur dan buah tin sahaja. 


Muallim Hortigard & Nursery Slim River


Kalau korang nak datang ,kak ana rasa lebih baik cuba PM mereka di FB terlebih dahulu sebab bukan sentiasa ada buah anggur di dalam rumah anggur ni. Cuba lah cari FB Mualllim Hortigard & Nursery. Nak maii sini pun korang boleh waze ikut carian tersebut.



Dari perkongsian di FB depa, terdapat buah-buah anggur benih dari Ukraine yang berjaya berbuah dengan lebat di rumah anggur ni. Kalau dapat masuk time buah banyak baru lah syok kan. Tak apa lah tak ada rezeki kak ana hari tu, mana tahu di lain kesempatan, In Shaa Allah.

Ada juga jualan pokok-pokok bunga, tanaman buah-buahan, pasu-pasu dan tanah serta keperluan nursery. Kak ana tak beli pun pokok bunga kerana kak ana lebih suka membeli pokok-pokok bunga di Sungai Buloh sebab lebih murah dan dekat dengan rumah. Kena ambil kira kos juga bila lihat perbezaan harga di sini. Tapi masih mampu beli lah.. 



Sebelum balik, kak ana beli sepasu pokok kucai yang dah besar dan gemokss. RM10 sepasu. Senang nak jaga pokok kucai ni dan mampu bertahan lama. Di rumah pun masih ada sepasu pemberian mak saudara kak ana di Ipoh dah bertahan hampir 4 tahun rasanya. Cantas sahaja daunnya untuk kegunaan masakan dan ia akan naik semula. 



Jadi kalau korang nak singgah ke Rumah Anggur dan Buah Tin di Slim River ni, carilah Muallim Hortigard & Nursery naa.. Kalau ada rezeki dapatlah tengok buah anggur bergayutan macam dalam foto yang kak ana pinjam dari FB depa. Kalau tak korang boleh sahaja maii dan beli pokok-pokok bunga dan tanaman di sini.. Semoga bermanfaat.. 




2 Comments

  1. Faham sangat Kak Ana...bila mak ayah kita tak sihat dan berjauhan pula dari kita, susah hati dibuatnya :( Moga dipermudahkan segala urusan Kak Ana sekeluarga.
    Nanti ada masa boleh singgah di sini. Ada rezeki dapat merasa buah anggur Malaysia hehe...

    ReplyDelete
  2. best tu kalau dapat petik anggur malaysia. hihih

    ReplyDelete