Makan malam bbq di Meat Cartel , Wangsa Maju
Kalau sebelum ni kak ana pernah menghadiri jemputan event outlet anniversary di Meat Cartel TTDI, kali ini kak ana bersama keluarga try pula menu makan malam di Meat Cartel BBQ , Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Bukan apa , kak ana teringin nak try sendiri menu-menu ala-carte yang di sajikan di restoran Meat Cartel . Maklum lah sebelum ni kak ana menikmati menu secara buffet di event, kan. Mesti lah kak ana nak rasai sendiri apakah plating yang di sajikan yang sebenarnya menu-menu di sini.
Meat Cartel, Wangsa Maju
Kebetulan, tengahari tu kak ana ada jemputan event PPZ di Aoen Alpha Angel, Wangsa Maju. Lama dah tak ke sini, sedangkan dahulu waktu kak ana tinggal di Ukay Perdana, Aeon Alpha Angel nilah tempat kak ana bawa anak-anak shoping dan makan-makan.
Sekarang ni dah berubah dah serba baharu bila telah siap sepenuhnya di ubahsuai ruang dalaman dan lanskapnya. Selesai event, kak ana lajak terus ke KL untuk satu lagi venue hi-tea dan malam tu kami pilih untuk makan malam bersama keluarga di Meat Cartel, Wangsa Maju, pula. Sakan naa..
Cawangan Meat Cartel, Wangsa Maju beralamat di G-11, Residensi Fera, 47, Jalan 34/26, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Di dalam bangunan kondo Residensi Fera tu lah. Korang boleh sahaja masuk kerana ia terletak di luar dan cuma perlu bayar parkir sahaja untuk masuk ke kawasan residensi ini. Boleh nampak dari tepi jalan utama. Waze jer kay..
Di bahagian luar restoran, waktu kami pii tuu, ada kumpulan buskers menghiburkan pengunjung restoran. Kak ana memang suka layan nyanyian buskers ni, lagu-lagu dan suara pun sedap di dengar sambil menikmati makan malam.
Dekorasi outlet Meat Cartel ni memang ala-ala cowboy laa kan tak banyak beza dengan outlet di TTDI menggunakan tema warna merah hitam. Malam tu tidak ramai pengunjung dan pelanyan akan datang ke meja untuk mengambil pesanan makanan.
Kak ana banyak tanya menu apa yang sedap dan di cadangkan dan pelayan kami malam tu amat baik melayan setiap pertanyaan. Dan menu-menu di sini kebanyakannya datang sekali dengan air coke dalam set hidangan. Jom tengok apa yang kak ana sekeluarga makan malam tu di Meat Cartel, Wangsa Maju.
Menu Meat Cartel Wangsa Maju
Kebelakangan ni bacaan tekanan darah kak ana tak berapa baik, jadi kak ana dan suami nak makan ayam bbq sahaja. Kami pilih menu Quarter Chicken Plate yang berharga RM28.90 . Ia di sajikan bersama Quarter Chicken 300g, hidangan 2 side dish pilihan dan kak ana pilih Coleslaw, Texas Baked Beans.
4 Comments
Sedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Saya pernah pergi waktu awal pembukaan dia. hihiihi
ReplyDeletedkt area umh gk ni..nanti bole la try..meanrik nmpknya
ReplyDeletesedapnya nengok semua menu tu kak oi
ReplyDelete