Syoknya !! Sabtu lepas kak ana dengan geng-geng lifestyle blogger se Malaysia makan malam di Meat Cartel outlet di TTDI, Kuala Lumpur. Lama dah tak menikmati makan malam hidangan daging bbq nii.. Maklumlah dengan pkp lah kemudian SOP yang bertukar-tukar waktu ujian pendamik dahulu, rasa nya macam bertahun tak dapat gather-gather makan-makan dengan rakan blogger tersayang . 


Meat Cartel TTDI


Malam tu kami meraikan ulang tahun pembukaan Meat Cartel cawangan TTDI. Alhamdulillah dan tahniah buat Meat Cartel TTDI. Kak ana pasti penggemar menu western khasnya smoked barbeque, sure korang dah biasa dengan jenama Meat Cartel ni kan. Banyak outletnya di seluruh negara.


Meat Cartel TTDI


Untuk kak ana sendiri, ini merupakan kali pertama kak ana mencuba menu-menu dari Meat Cartel walaupun Meat Cartel Holding Sdn Bhd ni telah pun menceburkan diri dalam industri F&B sejak dari tahun 2017 lagi. Adoi ketinggalan pula rasanya.. tapi tak pe masih belum terlewat untuk kak ana share dengan korang semua. 

Bermula dengan bisnes home-based tetapi punyai visi untuk membawa style authentic smoked Barbeque Texas kepada rakyat Malaysia. Dari logo pun dah boleh agak dah kan, menu authentic Texas smoked BBQ ni mestilah citarasa yang unik ala-ala cowboy gituew!! 


Meat Cartel

Okay tak yah percaya cerita merapu kak ana. Apa yang di maksudkan dengan style smoked Barbeque ni ialah teknik memasak atau di asap bbq pada suhu perlahan dan dalam jangka masa yang lama menggunakan kayu api berasap. 

Tapi serius korang, masa kak ana makan beef smoked bbq di Meat Cartel ni memang masih ada aroma asap pada setiap hirisan nya. Dan aroma ini lah yang memberikan keunikan pada rasa daging yang kita makan. Ia tak sama kalau kita makan di restoran makanan segera atau jenis ready to cooked tu. 


Meat Cartel

Ada keunikan pada rasa yang sangat membangkitkan selera untuk makan lagi dan lagi.. Ini tak tipu sebab kak ana makan banyak malam tu bersama mashed potato, salad dan beans dengan gravy yang secukup rasa keenakkannya. 

Di Meat Cartel, sajian hidangan mereka adalah menggunakan potongan daging lembu bahagian dada
( beef brisket ) , bahagian rusuk ( beef short ribs ) dan daging kambing bahagian bahu ( lamb shoulder ). Potongan daging-daging ini akan di asapkan pada suhu yang rendah dan mengambil masa antara 12 hingga 14 jam. Teknik ini adalah untuk mempastikan daging lembut dan mengekalkan kesegaran rasa unik pada setiap hirisan . Sebab tu lah hirisan daging di Meat Cartel ni nampak pink smoked ring di sekeliling nya kan. Sedap tuu.. beza sangat rasanya.


Meat Cartel


Korang yang pakar dalam bab hidangan barat ni mesti tahu lah kan istilah-istilah khusus dalam setiap menu hidangan yang di sajikan. Bahagian-bahagian daging yang mana lebih sedap dan flavournya semua tu. Erm.. kalau tanya kak ana , sejujurnya ianya sedap,  lembut, juicy  dan aroma asap unik nya  sahajalah yang dapat kak ana share dengan korang. 



Korang kena lah pii cuba sendiri hidangan dari Meat Cartel ni untuk merasai sendiri keunikan rasa yang kak ana gambarkan. Meat Cartel mempunyai 13 outlets di seluruh Malaysia. Antaranya di Lembah Klang sendiri, sekitar KL, Melaka, Ipoh, Putrajaya dan akan datang ke pantai Timur dan Utara pula. 


Meat Cartel


Seperti yang kak ana cerita di awal tadi, kami berada di Meat Cartel TTDI adalah untuk meraikan hari ulang tahun pembukaan outlet TTDI yang kedua. Meat Cartel TTDI telah  di buka pada tahun 2020 yang lalu di mana waktu itu kita semua sedang di uji dengan pendamik dan zaman PKP. 

Orang kuat di belakang outlet ini ialah Encik Rozhan Bin Rahmat, yang berlatar belakangkan pengalaman dalam industri automobil tetapi kini mengembangkan sayap nya dalam kepelbagaian bidang usahawan dan usaha sama seperti makanan. Tahniah Tuan Rozhan dengan inovasi idea yang hebat dalam penyajian menu makanan.

Meat Cartel


Walaupun agak berisiko ketika pembukaan outlet di waktu ujian PKP yang lalu, namun Alhamdulillah industri makanan kembali menjadi salah satu cabang kekuatan ekonomi yang kembali bernafas lega kerana setiap kita perlu makan dan pasti lah kita semua akan memilih makanan yang sedap sebagai hidangan, bukan.. 



Meat Cartel TTDI


Kini, kesemua cawangan Meat Cartel sedang memperkenalkan promosi hidangan menu makan tengahari pula. Selalunya kita orang Malaysia ni suka makan makanan barat pada waktu malam , kan. Tapi idea bernas Meat Cartel memperkenalkan menu dari daging smoked barbeque di dalam paduan rasa untuk masakan tengahari adalah sesuatu yang sangat menarik.


Meat Cartel


Terdapat pilihan menu tengahari seperti pasta, wrap dan salad. Malam tu kak ana nikmati sendiri gulai lomak smoked brisket bersama nasi putih. Tekak Melayu kan nak juga makan nasi memalam hari. Dan gulai lomak smoked brisket ni, amatlah lembut, rasa lelemak pada hirisan daging tu yang amat nikmat yang di syukuri sangat malam tu. Sedap korang... 


Promosi makan tengahari di Meat Cartel

Kalau korang yang bekerja atau tinggal berhampiran mana-mana outlet Meat Cartel, malas nak keluar dine in, korang boleh lah usya-usya khidmat penghantar makanan. Kak ana di maklumkan Meat Cartel ada juga mengambil bahagian dalam rangkaian servis food delivery, naa..


Meat Cartel TTDI

Untuk outlet Meat Cartel TTDI ni, lokasinya di tengah-tengah Taman Tun Dr Ismail dan berhampiran malahan bersebelahan sahaja dengan Bandar Utama Damansara , Damansara Utama, Mutiara Damansara dan Petaling Jaya pun dekat jerr.. 


Meat Cartel TTDI

Malam tu kami di hidangkan dengan sajian secara buffet jadi sempatlah merasa serba sedikit dari menu yang di sajikan. Pendek kata semua sedap dan kena dengan selera kak ana, suami dan Adik Ika. Kami maii bertiga malam tu dan di sertai rakan-rakan blogger yang lain.

Meriah sangat dan sesuatu yang kak ana suka di cawangan Meat Cartel TTDI ni adalah dekorasi dalaman ruang makan. Hipstur dan santai. Ada ruang lepak untuk korang nak OOTD dalam tu. Ala-ala cowboy gitu, nampak rustic countryside . 

Meat Cartel TTDI


Venue ni sesuai untuk korang nak gathering bersama kawan-kawan, nak celebrate hari istimewa dan sebagainya. Erm.. menu sedap, ambience yang menarik semua ni ada di Meat Cartel TTDI. Tak caya jom try sendiri naa.. 


Meat Cartel TTDI


Dan pastilah sebelum kak ana ke sini, kak ana dah pastikan bahawa sajian yang di hidangkan adalah halal. Ini lah yang paling utama untuk kita pastikan sebelum menikmati apa jua hidangan. Surau pun ada di sediakan di dalam outlet. Alhamdulillah mudah tak ada alasan nak cuai solat ,kan. Okaylah nanti kak ana repeat makan dan akan share dengan korang menu apa yang best di Meat Cartel, In Shaa Allah.. Tahniah dan Happy Anniversary buat Meat Cartel TTDI.. All the best ! 



5 Comments