Alhamdulillah.. Kak Long pun dah lulus ujian memandu JPJ sekali test sahaja pada 5hb Julai yang lepas. Syukur lega sangat Kak Long dan Adik sekali jalan dah lulus. Anak-anak kak ana ambil kelas memandu sejak dari PKP dahulu lagi tertangguh banyak kali kerana pendamik yang lalu dan baru lah selesai. 


restoran make make gulai kawah bukit sentosa


Anak-anak kak ana belajar memandu di Institut Memandu KAMI di Sungai Choh, Rawang. Kisahnya ada kak ana kongsikan di SINI . Agak terhad sekolah memandu di sekitar Rawang ni, maksud kak ana sekolah memandu dengan litar sendiri kerana kebanyakannya menggunakan khidmat agen yang bayarannya lebih mahal sedikit dari terus ke intitut memandu hq.


restoran kelantan bukit sentosa


Eh! Melalut dah.. apa yang kak ana nak cerita hari ini bukan kisah sekolah memandu, tapi biasa lah blogger kan suka berkongsi info. Kisahnya selepas menghantar Kak Long ke ujian memandu, kak ana singgah sarapan pagi di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang. Tu pun sebab selepas tu kak ana dan suami nak ke Pusat Pelupusan Al Quran Rawang yang terletak di Bukit Sentosa, untuk menghantar naskah AlQuran lama yang telah rosak dan koyak untuk di lupuskan dengan cara yang sempurna.


restoran make make gulai kawah bukit sentosa


Makan nasi berlauk sedap di Bukit Sentosa, Rawang


gulai kawah bukit sentosa


Lalu kat area deretan kedai di Bukit Sentosa ni, ternampak lah banner tergantung di sebuah restoran, ada nasi kerabu. Nampak macam menarik  nak singgah try. Kami masuk ke restosan tapi menurut pekerja kedai, hari tu tak ada nasi kerabu tetapi hidangan nasi berlauk sahaja. 



Kedai makan ni ori masakan Kelatan, makanan Tumpat kalau tak silap kak ana ada di tulis di ruang restoran. Menu utama depa, gulai kawah. Orang pantai timur memang makan nasi berlauk pagi-pagi , sama macam arwah mak mertua kak ana, pagi dah masak nasi putih makan nasi berlauk ni.



Bila kak ana tengok menu-menu yang ada terus nak try makan nasi berlauk pagi tu. Yang amat menarik perhatian kak ana nak makan sini adalah menu ikan selaye' atau kita kat Selangor ni panggil ikan sardin rebus yang di goreng garing. 


nasi berlauk ikan rebus goreng


Terus teringat antara menu kesukaan arwah mertua kak ana dulu-dulu, makan nasi berlauk ikan rebus goreng, buh budu dan ulam. Masyaa Allah .. makan dengan nasi panas, dan hirup teh o, cukup menyelerakan. 

Kak ana pun ambil lah nasi putih, kuah gulai kawah , ikan rebus goreng dan budu cicah dengan ulam. Ermm.. tak dan nak ambil gambar lapar makan habis sepinggan, Alhamdulillah. Suami lak makan nasi dengan sup daging, cicah budu dan ayam goreng kalau tak silap, pun selesai sepinggan, rasa nak tambah tapi malu lak katanya.. huhu :) 



Jadi kak ana nak share lah dengan korang, kalau korang berada di sekitar Bukit Sentosa, Rawang ni, rindu nak makan nasi berlauk gulai kawah dengan menu-menu Kelantan, waze lah ke Restoran Make Make Gulai Kawah. In Syaa Allah.. ada tersaji menu-menu makanan nasi berlauk Kelantan original. 



Deretan kedai ni tak jauh sangat dari exit PLUS Bukit Beruntung, alaa waze je lah sampai lah nanti. Harga menu pun masih mampu makan dan relevan dengan saiz hidangan dan kesedapannya. Kita ni kalau makan sedap tak kira sangat dengan harganya kan. 



Tapi kalau makan mahal tapi tidak menepati citarasa memang agak mengecewakan. Restoran ni pun bersih dan tenang sahaja untuk kita menikmati makanan. Ruang parkir pun banyak depan restoran, kiranya selesa sangat dah pada kak ana.



In Syaa Allah.. ada rezeki pasti kak ana akan datang semula dengan suami dan anak-anak untuk menikmati hidangan nasi berlauk menu Kelantan yang sedap kat sini. Cuba korang tengok ayam goreng tu, mengancam sungguh kan... Semoga bermanfaat...



4 Comments

  1. Kak ana, tak lama lagi kat sini ada institut memandu. Diaorg tengah nak buat kat atas bukit RM2 tu. Kinah masa bulan puasa dlu memang teringin nak makan nasi kerabu kat sini, tapi tulah takde rezeki. Setiap kali datang takde. Berhuhu la kite.

    ReplyDelete
  2. Semua makanan sangat sedap. Kalau dekat memang Naim pergi makan di sana hehe

    ReplyDelete
  3. Fav kita masakan Kelate ni, mengecurkan lagi2 tengok sambal dia tu.

    ReplyDelete
  4. gulai kawoh dgn sambal n ulaman sedap tu

    ReplyDelete