Baru-baru ni ,kak ana ternampak lah posting gambar selipar BATA segitiga berwarna merah di salah sebuah group di FB. Memang lejen lah selipar BATA merah ni ketika era kak ana membesar sekitar tahun 1980 dan 1990-an. Mana tak nya, waktu itu antara kedai kasut yang ada di bandar Teluk Intan ni adalah kedai kasut BATA.

Di situ lah tempat kami mencari kasut sekolah setahun sekali dan juga kasut raya pun setahun sekali. Pendek kata pada waktu dahulu nak tukar kasut memang setahun sekali sahaja lah kami merasa. Hujung tahun dan menjelang hari raya,  dapat lah kasut baharu.

Bukan seperti sekarang ni, pelbagai kedai kasut dan fesyen kasut terdapat di mana-mana dan beli kasut pun pada bila-bila masa sahaja. Baiknya pula, walaupun hanya boleh tukar atau beli kasut setahun sekali, kasut yang kami beli waktu tu semuanya boleh di katakan tahan lasak dan memang tahan jangka hayat nya setahun. Haa.. alangkah sempurnaNya perancangan Allah swt.. 


kasut BATA dulu-dulu


Selipar BATA dulu-dulu 


Zaman 1990an dan sekitarnya dahulu, memang tak banyak fesyen dan jenama kasut di pasaran. Kalau selipar merah tiga segi BATA ni memang trend lah zaman tu. Kak ana sahaja yang tak suka pakai sebab akan rasa sakit di celah jari kalau pakai selipar ni. Kami panggil dulu , selipar spender 😎😎 sebab bentuk segitiga tu kan macam spender warna merah lak tu.. huhu :) 

Kak ana tak pasti sama ada , fesyen ni ada warna lain atau tidak tapi selalunya nampak memang ini lah warna nya merah dan base selipar coklat gitu. Merata lah orang pakai selipar lejen ni termasuk mak-mak saudara kak ana. Sedih juga zaman tu kurang sedikit pendedahan penjagaan aurat kaki ni, jadi ia selesa di pakai sebegitu sahaja tanpa memakai stokin. 

Alhamdulillah waktu ini kita banyak di dedahkan dengan penjagaan aurat yang sempurna dengan memilih kasut bertutup atau pun memakai stokin untuk muslimah. Ermm.. Semoga di ampunNya dosa-dosa kealpaan dan kelalaian kita semua di masa silam.. Aamiin. 



Selipar BATA dulu-dulu


Dan seingat kak ana juga selipar di atas jenama BATA ini juga antara yang popular lah di sekitar zaman 80-90an . Selipar wanita juga ni, berwarna coklat dengan dua jalur melintang. Macam yang kak ana cerita di awal tadi lah, kami waktu tu memang jaga sungguh kasut dan selipar sebab nak pakai lama. Paling risau kalau masuk dalam air takut cabut tali selipar atau lekang tapaknya. 

Jaid kalau dulu-dulu nak harung air, kami akan buka kasut dan harung air.. haa punya sayang kat kasut kan. Sama lah dengan kasut sekolah, kak ana dahulu pun pakai kasut sekolah BATA juga, jenis kasut sarung perempuan yang ada kanvas lubang-lubang udara di depannya. Puas kak ana cari di internet tak ada pula terjumpa.

Kasut kak ana dahulu, kasut sarung kanvas putih ada design macam petak-petak atasnya dan ada buckle besi tepi untuk adjust muat. Cantik sangat, kak ana ni tak pandai pakai kasut bertali waktu tu, memang feminin dari dulu lagi :) 

Kasut tu lah pakai ada kala nya sampai terlubang belah sisi kaki sementara nak tunggu akhir tahun. Kak ana akan basuh dengan berus dan kapur dengan kapur kasut putih melepak dan jemur kering. Kapur kasut tu kadang-kadang mampu lah cover bahagian tepi kasut yang dah berbulu benang berlubang di tepi nya. Tapi tak lah malu pun kerana memang majoriti kawan-kawan sekolah MGS kak ana pun bila dah hujung tahun kasut akan mula terkoyak atau berlubang ni, Kira ada geng lah..

Itulah serba sedikit, mengimbas memori silam zaman remaja sekitar 80-90an. Kak ana amat mensyukuri setiap nikmat dan pinjaman pengalaman hidup yang kak ana lalui hari demi hari. Apa lagi yang bakal mendatang kak ana tidak pasti sampai bila detik saat akhirnya, namun apa sahaja kisah lalu semuanya terlalu indah untuk di jadikan kenang-kenangan sementara berbaki usia. Semoga ada manfaat dari setiap perkongsian ini.. In Syaa Allah.. 


6 Comments

  1. selipar bata merah tu dulu lah paling best n selesa, sekarang takde dah.

    ReplyDelete
  2. Selipar ni selipar kegemaran saya dulu kak.. alahai rindu

    ReplyDelete
  3. Ye, memang lejen dua-dua selipar yg Kak Ana share ni. Bila tengok gambar tu, aduh memang nostalgia!

    ReplyDelete
  4. ooh saya mcm pernah nampak selipar merah tu dulu2

    ReplyDelete
  5. Sempat pakai selipar tu mengibau kenangan la

    ReplyDelete
  6. Masa saya remaja tak ada dah pattern ni, so tak sempat. Saya suka stail kasut dulu-dulu, tahan lama. Zaman sekarang kasut pakai sekejap je dah rosak

    ReplyDelete