Lama dah kak ana tak berkongsi resepi dengan pembaca setia blog picisan ni kan.. Kesihatan kak ana kebelakangan ini tak begitu baik. Sakit belakang yang kak ana hidapi kian hari kian berat pula rasanya. Berjalan , duduk pada satu-satu posisi tu mula lah rasa tekanan pada belakang dan kaki cepat kebas. Entah lah faktor usia agaknya. 

Jadi agak lama juga kak ana tak masak-masak yang istimewa untuk di kongsikan bersama korang semua. Masak yang biasa-biasa sahaja untuk keluarga. Lagipun sejak Aidil Fitri lepas, kak ana di uji dengan kesihatan mak yang tak begitu baik, kak ana banyak ulang alik ke Teluk Intan, blog pun banyak terabai dari terbitan yang kerap. 

Tak apa, In Syaa Allah.. selagi ada kesempatan waktu kak ana akan cuba update entri-entri yang mungkin ada manfaatnya buat pembaca tersayang. Jadi hari ini kak ana mulakan semula entri resepi gulai lemak siput sedut atau pun masak lemak siput sedut untuk tatapan kalian. 


Resepi gulai lemak siput sedut

Resepi masak lemak siput sedut

Ada sesetengah orang panggil masak lemak siput sedut ,kami belah utara ni kebanyakannya panggil gulai lemak, tapi kekdahnya sama sahaja. Jom lah kak ana kongsikan resepi dan cara masak gulai lemak siput sedut versi kak ana yang mudah dan In Syaa Allah sedap. 

Bahan-bahan masak lemak siput sedut 

500g siput sedut ( kak ana beli di pasaraya dan dapat yang dah siap bersih )
1 kotak kecil santan ( bahagikan kepada 2 santan cair dan pekat ) 
2 ulas bawang merah
i inci kunyit hidup
6-10 biji cili api ( ikut kepedasan masing-masing )
1 batang serai 
1 asam keping
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit

Cara masak gulai lemak siput sedut 


~ Walaupun kak ana beli siput sedut yang dah di bersihkan dari tanah dan lumpur, kak ana masih perlu membasuhnya hingga bersih dengan bilasan demi bilasan air paip mengalir di dalam tapis untuk pastikan tiada sisa pasir tinggal pada setiap ekor siput sedut ni. Bahaya untuk sistem penghadaman kita kan..

~ Selepas yakin bersih, kak ana potong dengan pisau tebal bahagian belakang bontot siput sedut untuk memudahkan proses sedut menyedut. Satu persatu lah korang potong hujung nya naa.. kemudian bilas sekali lagi hingga hilang kesan serpihan nya pula.

~ Selesai, ketepi kan. Tumbuk dalam lesung atau korang blend pun boleh jer.. bawang merah, kunyit hidup dan cili api. Ketukkan sebatang serai.

~ Tuangkan dalam 2 sudu minyak masak dan tumiskan serai bersama bahan tumbuk. Kak ana suka masak gulai lemak ni dengan menumis sedikit untuk mempastikan cili masak sempurna. Kalau tak rasa rebusan sahaja pada kak ana. 

~ Lepas tu boleh masukkan santan kedua atau santan cair dan kacau hingga mendidih sekali baharulah masukkan siput sedut yang telah di bersihkan tadi. Kacau selalu agar tidak pecah minyak.

~ Bila dah didih sekali lagi, masukkan santan pekat dan rasakan dengan garam dan asam keping. Terus kacau pada api perlahan hingga didih. Matikan api taburkan hirisan daun kunyit.

Siap dah resepi mudah cara kak ana untuk masak lemak siput sedut, permintaan Adik yang dah lama mengidam nak makan. Alhamdulillah dua kali Adik tambah nasi tengahari tu, selera sangat dia dapat makan gulai lemak siput sedut. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat..




3 Comments

  1. Ya allah fav SA ni kak ana..SA doakan kak ana terus sihat seperti sediakala..kit amenghadapi situasi yang sama..diuji kesihatan Mak...lepas tu diri sendiri pun x sihat..dah hampir 2 bulan batuk teruk x hilang2...

    ReplyDelete
  2. Suka siput sedut tapi malas nak siang, aduh, kecur tengok lauk kak ana.

    Semoga kesihatan Kak Ana dan mak akan bertambah pulih nanti.

    ReplyDelete
  3. moga sihat sediakala ana nk mak dap tu siput sedut masak lemak

    ReplyDelete