Gubahan hantaran sejadah
Hari ini kak ana nak kongsikan tutorial cara gubahan sejadah untuk majlis bertunang atau akad nikah. Simple je gubahan kak ana kerana kak ana tak nak rosakkan sejadah bila di lipat atau di gubah secara berlebihan.
Dalam penghasilan gubahan ni, kita kena ambil berat juga bab-bab lipatan dan sebagainya, jangan nak nampak cantik tapi merosakkan barang tersebut. Penting untuk kita tahu di mana bahagian yang boleh di lipat, di gam atau di selitkan jarum peniti.
Kali ini, hantaran untuk akad nikah Kak Long, kami hanya bawa 4 bekas sahaja. Dan tidak menggunakan pahar tradisional hanya pahar plastik ringan dan mudah. Pahar dan barang-barang membuat hantaran ini kak ana beli di PISB, Plaza GM Klang, sahaja.
Murah juga untuk dapatkan produk barang-barang kelengkapan perkahwinan di sini sekiranya kita menjadi members atau ahli. Pendaftaran percuma dan hanya mention no KP untuk pengesahan ahli setiap kali kita nak buat pembayaran di kaunter kerana tidak ada kad akan di berikan atau pun apps.
Tutorial cara gubahan hantaran sejadah
![]() |
Bahagian belakang sejadah kemaskan dengan hiasan bunga dan riben juga |
Penting untuk kita tentukan dahulu apakah tema warna yang kita ingin dalam gubahan hantaran kita. Contoh untuk hantaran kali ini, Kak Long memilih tema warna pink purple, jadi semua warna dekorasi hantaran yang kami pilih berkisar pada dua warna ini sahaja dengan tona warna yang berbeza. Selitkan juga elemen putih untuk menaikkan sedikit atau highligt pada warna pink dan purple.
Tak perlu letakkan daun lagi kerana daun dah berwarna hijau yang agak lari dari tema warna pink dan purple cukup gantikan dengan ikatan riben satin atau organza namun pilihlah warna yang senada tapi tona yang berbeza. Maksud kak ana beberapa tona warna pink atau purple dan saiz riben yang berbeza.
In Syaa Allah.. hantaran kita akan terhasil dengan cantik dan kemas tidak serabut. Tidak perlu pada bajet yang banyak jika kita tahu bermain dengan tona dan warna . Selamat mencuba dan semoga bermanfaat..
5 Comments
Walau ringkas, cantik 🌹🌹✌️
ReplyDeleteSama pula dulang hantaran tu utk majlis bertunang adik lepas.
ReplyDeleteRingkas tapi cantik sangat.
ReplyDeleteRingkas dan cantik Dah nak terima menantu dah yer.
ReplyDeleteCantik jadinya. Simple but sweet. Tahniah bakal terima menantu.
ReplyDelete