Khamis lepas, kebetulan suami kak ana cuti ganti offday.. anak-anak ada di rumah. Kak ana bagitau lama dah tak jenjalan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Beberapa minggu lepas, adik dan adik ipar kak ana ada stay situ dan syok pula tengok depa jenjalan. Suami pun okay jer sebab katanya jenjalan weekdays ni seronok tak ramai sangat orang dan parkir pun senang.

Kami parkir di pusat membeli belah Lot 10 dan boleh lah jenjalan sekitar Bukit Bintang, Pavilion dan sekitarnya. Bayaran parkir kat Lot 10 ni agak murah berbanding tempat lain di mana 3 jam pertama RM5 sahaja. 


Apa yang best di Museum Of Illusions, KL


Dah puas jenjalan sekitar Pavilion dan Fahrenheit , kami ke Ansa Hotel dan ke aras 1 untuk singgah sat ke Museum Of Illusions. Ini merupakan kali kedua kak ana sampai sini. Memang kak ana suka masuk ke Museum Of Illusions ni kerana macam magic kita terpedaya dengan pandangan mata, Ia juga lokasi rare untuk korang bergambar dengan aksi dan gaya yang unik. 

Jom kak ana share kan, apakah tarikan yang menarik yang ada di dalam Museum Of Illusions ini.. Kerana untuk sambutan Hari Merdeka hujung bulan Ogos ini, Museum Of Illusions menawarkan diskaun menarik sekiranya korang datang dengan memakai pakaian mengikut warna Jalur Gemilang, bendera kita pada 29hb Ogos hingga 2 hb September 2022


Museum Of Illusions , KL


Museum Of Illusions, Kuala Lumpur


Museum Of Illusions atau MOI ini lokasinya adalah di antara Lot 10 dan Fahrenheit iaitu di aras 1 Ansa Hotel, Bukit Bintang. Ia menggabungkan ruang pameran interaktif di mana kita akan bermain dengan ilusi pandangan mata (optical illusions), hologram , anti-graviti dan sebagaiya. 


Museum Of Illusions, KL


Sangat menarik kerana kita bagaikan terpukau dengan apa yang kita lihat depan mata, bagaikan magic serta sesuatu yang di luar kotak fikiran. Lebih menarik semua pengalaman ni , bila kita rakamkan dalam foto ia memberikan satu shoot yang ganjil dan luar biasa dari kebiasaan. 

Apakah yang menarik di Museum Of Illusions, Kuala Lumpur ? 


Gambar kat atas sekali tu ... alamak!! Kak Long dah jadi hidangan pula letak atas meja. Port ini memang tarikan ramai untuk pengunjung ambil gambar. Kanak-kanak paling suka. Magic kan.. Korang kena ikut betul-betul arahan di sudut ini untuk dapatkan hasil gambar yang nampak real..

Ada pelbagai sudut menarik lagi untuk korang terokai dan hasilkan pose-pose rare di setiap sudut ruang pameran di Museum Of Illusions ini. Memang menarik jika datang bersama anak-anak dan kawan-kawan. 


Museum Of Illusions, KL

Sekali tengok frame besar di aras 1 ruang pameran Museum Of Illusions, ni iras-iras Tan Sri P. Ramlee kan.. Tengok pun dah seram, tapi......Jika korang berada di hadapan foto ini, pandang tepat ke arah matanya, korang akan dapati ia seolah memandang kita mengikut pergerakan pandangan mata kita.

Faham tak ? Maksud kak ana bila kita pandang mata dia dari depan, matanya akan lihat kita di depan dan jika kita bergerak ke kiri, kanan, atas atau bawah, pandangan matanya seakan mengikut ke mana kita bergerak. Uihhh serammmm... 

Sama juga di bahagian aras bawah turut ada deretan ilusi wajah seseorang yang akan mengikut pergerakan pandangan mata dan fizikal kita. Memang menakjubkan sungguh bagaimana kita tertipu oleh ilusi pandangan mata. 


apa yang best di Museum Of Illusions, KL


Di tingkat atas Museum Of Illusions KL ini terdapat satu terowong gelap di mana bila kita masuk ke dalam terowong ini, ia mula berpusing dan sepanjang kita melalui jambatan yang lurus seolah-olah kita berpusing-pusing dan hampir jatuh di buatnya. Memang terowong ni agak menakutkan dengan cahaya malap serta kesan bunyi yang seram. 

Korang kena laluinya sendiri baharu boleh feel sebab kak ana tak boleh nak tunjukkan dalam bentuk visual atau foto. Yang di atas itu pula menguji pandangan mata korang, sama ada korang gayat tak bila berada di tempat tinggi dan merenung terus ke bawah. Bagaikan sebuah perigi infiniti di bawah sana.. 



Museum Of Illusions, Kuala Lumpur


Foto kak ana bersama suami ni, ia seolah-olah kak ana jauh lebih besar dan tinggi dari suami, pada pandangan mata yang sama atau eye level. Bagaimana ia terjadi begitu adalah kerana di dalam ruang tersebut, adalah tricks nya yang tersembunyi. Korang kena pii nanti korang faham kenapa gambar tersebut jadi sebegitu.


Museum Of Illusions KL


Di aras atas ruang pameran Museum Of Illusions ni aa beberapa bilik gelap yang mana bermain dengan hologram dan pencahayaan unik untuk menghasilkan sudut-sudut photography yang cantik. Macam kak ana cerita awal tadi korang kena ikut arahan atau tanda-tanda di lantai di mana korang perlu berada supaya dapat hasil gambar yang sungguh cantik dan unik. 




Bukan setakad gambar malahan seolah kita sendiri berada di suatu tempat yang aneh dan pelik dengan ilusi pandangan permainan mata di hasilkan oleh susunan cermin di ruang pameran. Dalam foto ini, Adik bagaikan di suatu tempat pada waktu malam dan di terangi ribuan bintang bertukar warna-warni nya serta di kelilingi oleh diri nya sendiri, sedang kan hanya Adik seorang sahaja yang berada di situ. 


Museum Of Illusions KL


Sama juga lah dengan foto ini, ramai pula kembar suami kak ana sedang bermain kad di situ. Ermm.. Seronok tengok bila sudut ini di rakam dalam bentuk video, kelakar dan unik, cuba bawa anak-anak mesti depa suka.. 




Ni pun syok duk lihat imej wajah kita terakam dan bertukar-tukar posisi dalam teropong kaleidoscope. Seronok sangat berputar-putar wajah terbentuk . Sebenarnya banyak lagi ruang pameran yang korang boleh explore bersama keluarga dan kawan-kawan. Tak best lah nak tunjuk semua kan. Korang kena lah pii sendiri dan explore setiap ruang pemeran dan ada bahan interaktif juga di letakkan untuk keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan. 


harga tiket museum of illusions, kl


Museum Of Illusions di buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Harga tiket adalah seperti di atas pada waktu entri ini di terbitkan, sebarang pertukaran harga dan info promosi korang layari sahaja ke museumofillusions.my atau mana-mana social media mereka. 


museum of illusions kl


Korang juga boleh membeli pelbagai cenderamata yang di jual di sini. Pada kak ana walau pun ini merupakan kali kedua pengalaman berada di sini namun masih teruja dan seronok kerana terdapat juga beberapa elemen baharu yang ada di sini sejak dari kunjungan pertama dahulu. 

Bolehlah masukkan dalam list tempat-tempat menarik untuk di kunjungi sekirannya berada di Bukit Bintang sambil menikmati makanan-makanan viral serta membeli belah, jangan lupa singgah juga ke Museum Of Illusions di aras 1, Ansa Hotel. Waze jer naa... 

3 Comments

  1. bila agaknya nak ke muzium ni berilusi saja sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya saya pun join the club lah...

      Delete