Banyak yang kak ana nak kongsikan dengan korang semua yang masih setia berkunjung mengikuti setiap coretan pengalaman pinjaman usia kak ana di atas muka bumi ini. Dua tiga entri yang lepas banyak kisah majlis akad nikah Kak Long yang kak ana share dengan korang. 

Ini merupakan pengalaman pertama kak ana dan suami melalui corat coret penyediaan majlis pernikahan anak. Tambah lebih cabarannya pada kami bila mak yang selama ini menjadi rujukan kak ana, telah pun kembali kepada Penciptanya dua bulan yang lalu. 


Cadar bilik pengantin

Kini semuanya kami empat beranak perlu hadapi dan harungi setiap cabaran yang hadir dengan kebergantungan sepenuhnya pada Allah swt dan Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan baik dan lancar dengan izinNya jua. 

Dari katering, pelamin, tetamu, goodies hingga lah ke hiasan pelamin dan kamar pengantin, kami cuba sedaya upaya uruskan satu persatu. Walaupun ada ujian ujian yang hadir namun syukur semuanya berhasil dengan baik walaupun pasti ada kekurangan sana sini. 

Cadar bilik pengantin 


cadar bilik pengantin

Kali ini kak ana nak kongsikan pula dengan korang khasnya bakal-bakal pengantin atau pun sesiapa sahaja lah yang duk cari cadar-cadar atau quilt set untuk bilik tidur. Pilihan kami kali ini adalah dari Quilt.Co . 

Sengaja kak ana cadangkan pada Kak Long untuk pilih set cadar kamar pengantin ni dari koleksi quilt kain cotton. Bukan apa, biarlah ia boleh di suai pakai pada bila-bila masa dan lasting kata orang. Kalau zaman dulu-dulu, waktu kak ana kahwin sekitar tahun 1990-an, cadar pengantin mesti nak yang kilat-kilat dari kain satin beropol dan sebagainya. 


cadar bilik pengantin

Tapi zaman kini, kita kena lebih relevan dalam membuat pilihan cadar pengantin. Pilih corak yang sesuai dengan tema dekorasi bilik tidur, dari jenis fabrik yang mudah di basuh dan sesuai untuk sepanjang masa. Cotton lah pilihan yang tepat, kan.


Cadar sulam di Quilt.co


Terdapat pelbagai design corak dan reka bentuk cadar dari Quilt.Co yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan kreativiti dekorasi bilik tidur masing-masing. Bilik tidur Kak Long bertema kan Inggeris klassik, jadi pilihan kami ialah cadar dan quilt cover 100% cotton, bercorak bunga-bunga kecil Inggeris dengan kemasan tepi renda putih klassik. Sentuhan ropol bertingkat dari alas katil dan quilt menyerikan lagi tema kamar tidur pengantin ala Inggeris klasik.


cadar sulam bilik pengantin

Katil kayu putih di kamar tidur kak long, nampak cukup elegan dan klasik bila di kenakan set cadar dan quilt cover dari Quilt.Co ni, kan. Padanan pula dengan langsir polos pink memberikan sedikit warna terang dalam tatarias bilik tidur pengantin. Susun atur 4 buah kusyen 2 pink putih dan 2 sequin pink pula membangkitkan highlight pada katil agar tidak kelihatan begitu kosong dan hambar. 


cadar bilik pengantin

Kak ana letakkan bunga tangan Kak Long sebagai sentuhan flora pada tatarias kamar pengantin. Alhamdulillah sesedap mata memandang dan tak perlu sarat sangat kerana ruang bilik tidur kak long ni tidak lah begitu luas. 


cadar sulam bilik pengantin


Suka kak ana share dengan korang yang set cadar ini datang dalam 4 keping ( 4 pieces ) iaitu satu cadar alas katil beropol corak jalur, 2 buah sarung bantal ropol dengan dua corak depan belakang berbeza serta sebuah quilt cover berzip yang mudah untuk di basuh dengan dua corak design fabrik cotton beropol juga.

Quilt cover ini bukan lah comforter, dan untuk itu, korang kena masukkan comforter ke dalam sarung quilt ini dan zip. Baharulah ia gebu dan tebal. Sesuai dengan harga nya sangat berbaloi untuk di miliki oleh setiap rumah. 


quilt cover


Mudah untuk di basuh berbanding comforter. Basuh dengan mesin di rumah pun dah memadai. Jadi sarung quilt ini mempastikan comforter kita tidak tercemar dan hanya perlu basuh cover sahaja, kan. Itu yang kak ana maksudkan ia sangat relevan. 

Khas buat bakal pengantin atau puan-puan yang sedang cari set cadar bilik tidur dengan pelbagai design yang cantik dan eksklusif layari lah ke Instagram Quilt.co di quilt.co . Atau whatsapp/hubungi  Natalia di +60 12-590 0392 ..

Kak ana pasti korang akan rambang mata la nak pilih yang mana satu semuanya dengan design terkini mengikut citarasa dekorasi masing-masing. Serius masa kami pilih pun ambil masa sebab semuanya cantik-cantik lebih lebih yang dari design sulam. Terima kasih Quilt.co untuk cadar kamar pengantin Kak Long.. 




3 Comments

  1. Cantik. Kena dengan tema. Boleh pakai lepas majlis kahwin.

    ReplyDelete
  2. Cantik!
    Nanti bolehlah sy ushar cadar di sini.

    ReplyDelete
  3. ya, cotton lebih sesuai dan tak panas. corak cantik tapi tak berlebihan boleh guna lagi bila raya atau sekadar tuan punya katil nak melawa. corak ala Inggeris ni mesti idea kak Ana kan

    ReplyDelete