Lama sungguh kak ana tak jumpa kuih peria dan makan nya.. Baru-baru ini kak ana beli sarapan kat kak Zek depan sekolah rendah TD2, nampak dalam pek di jual RM2.50 ada 4 ketul. Warna dia nallaa punya merah dan hijau. Nampak lawa pula, kan.. 

Kuih peria ni asal tradisionalnya berwarna hijau sahaja kalau tak silap kak ana lah. Dulu-dulu di kampung, kami makan intinya kelapa parut gula melaka sahaja. Bila dah berhijrah ke negeri orang dan kenal pelbagai budaya, baharu lah kak ana tahu, kuih peria ni juga di kenali dengan nama kuih Ku atau kuih angku di negeri Melaka. 


kuih peria

Kuih peria atau kuih angku

Kuih ni diperbuat dari tepung pulut dan inti nya ada yang letak inti kacang hijau atau inti kelapa manis gula merah. Dari pembacaan kak ana di internet, di Melaka di kenali dengan nama kuih angku dan merupakan kuih warisan Baba dan Nyonya Melaka. Menarik kan.. dengan rupa bentuk dan resepi yang sama tetapi di warisi budaya Melayu dan Baba Nyonya Melaka juga. 

Kak ana tak pernah buat kuih ni, jadi tak dapat lah nak share resepinya dengan korang. Kalau tengah duk cari resepi kuih peria ni, try laa carian di internet, pasti banyak blog dan portal yang berkongsi resepinya. 

Kuih yang di perbuat dari tepung pulut ni biasalah kan, ia jenis lembik dan melekat dan kenyal. Inti kacang hijau lagi sedap pada kak ana dari inti kelapa manis. Hat kak ana beli ni, inti kacang hijau, lembut intinya dan sedap juga kulitnya walau kenyal.

Kalau tak ada gigi payah juga nak makan, takut lekat tak boleh kunyah huhu :) Apapun ia salah satu dari ratusan kuih muih tradisional lama yang mana perlu kita perkenalkan kepada genarasi muda kini supaya ia tidak akan pupus di telan arus permodenan. Tiada yang lama tiada lah yang baharu.. Alhamdulillah terlalu banyak nikmat yang kak ana nikmati di sepanjangan pinjaman usia ini.. 

4 Comments

  1. Selalu nampak org jual kuih ni tapi rasanya PH tak pernah makan :( Lepas ni nak try lah...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan lagi...boleh try nanti

    ReplyDelete
  3. kuih kebanyakkan lebih kurang, tapi lain suku kaum lain nama dan bentuknya.

    ReplyDelete
  4. Naniey panggil kuih peria. Dulu masa kecik, kuih ni la mama buat jual. Pagi pagi pergi hantar kat kedai makan..

    ReplyDelete