Setelah hampir dua tahun kita lalui pengalaman hidup yang di luar fitrah kehidupan normal, kini Alhamdulillah.. situasi kembali pulih dan sedia kala. Banyak yang kita pelajari dari pengalaman kehidupan bila di uji pendamik, sedih , kerisauan dan pelbagai ujian yang telah kita tempoh bersama. 

Hari ini kita masih berpeluang untuk kembali kepada fitrah kehidupan insan. Bebas walaupun masih perlu berjaga-jaga. Kini kita bebas untuk keluar, riadah, makan angin dan menikmati hidangan yang sedap-sedap bersama keluarga dan rakan-rakan.


KBB Burger & Steak Kuala Trengganu


Blog picisan kak ana pun kembali meriah dengan entri-entri makanan , tempat makan yang best-best, makan angin dan sebagainya. Hari ini, jauh sikit kak ana nak ajak korang semua menerokai menu dan sajian yang sedang viral kata depa.. 

Nun di negeri Pantai Timur yang kak ana rindu sangat nak kunjungi semula.. Terengganu Darul Iman. Dengar cerita banyak dah tarikan menarik yang baharu ada di sana.. rindu dengan makanan dan keindahan pantainya..

Korang kalau ke Kuala Terengganu, pasti pernah dengar atau pernah dah pun mencuba satu port viral makanan barat di KBB Burger & Steak Kuala Terengganu . Lokasinya di Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin 2000 Kuala Terengganu ,Terengganu .


KBB Burger & Steak Kuala Trengganu


Bukan sahaja terkenal di kalangan pengunjung pelbagai kaum dan latar belakang, malahan menjadi pilihan keluarga Diraja Terengganu juga. Bukan kaleng-kaleng lah kalau kerabat pun suka menikmati juadah menu makanan barat di sini. 

Ada pelbagai menu barat yang premium di tawarkan buat pelanggan mengikut citarasa masing-masing. Tapi tak yah laa risau, menu-menu kat sini, In Syaa Allah mampu makan kerana KBB Burger & Steak Kuala Terengganu ni ada pelbagai menu untuk pilihan dan bajet korang. Jadi jom kita tengok apa yang best sangat yang ada di sini.


KBB Burger & Steak Kuala Terengganu


Dari posting-posting KBB Burger & Steak di media sosial depa, antara menu western yang ada antaranya steak, burger, pasta, ribs, lamb. Ermm.. Ramai yang syorkan  Pasta Spicy Clam marinara sebab depa kata hat ni  paling sedap .Ni anak-anak kak ana mesti suka nii, depa peminat marinara. 

Pasta Spicy Clam marinara di KBB Burger & Steak Kuala Terengganu ni, kak ana percaya lah mesti sedap punya, sebab Kuala Terengganu kan syurga makanan laut. Sah-sah laa depa gunakan bahan clam atau seafood yang segar-segar. Adoi.. terliur dah nii...


KBB Burger & Steak Kuala Trengganu


Bagi yang ada anak-anak kecil pula, kak ana rasa pasti akan pilih Mac & Cheese, atau Carbonara. Memang tu lah antara menu penyelamat kalau bawa kanak-kanak makan western nii kan. Tak pedas dan depa suka makan lemak manis dari cheese dan sos carbonara tuu. 

Di KBB Burger & Steak ni depa mahir dalam penyediaan potongan steak mengikut pilihan masing-masing. Maklumlah kan lain orang lain part daging yang depa suka. Di sini ada pelbagai jenis steak cut boleh korang pilih seperti ribeye, sirloin, t-bone porterhousedan rump.

Korang juga boleh pilih nak makan Steak Angus, Wagyu atau Japanese Wagyu a5 . Tuu diaa aih!! Semua daging-daging import.


KBB Burger & Steak Kuala Terengganu


Tapi tak yah risau lah kalau korang tak nak makan steak, pelbagai pilihan burger pun ada jer..burger  ayam, daging, kambing, wagyu dan  wild ribs burger paling dasyat depa kata , double patty dengan ribs.. Burger ribs dimasak 32jam tuu mau tak terangkat rasa dia, Ish! Kena pii try nii.. Harap satu hari nanti , kak ana berpeluang mencuba sendiri menu-menu yang terdapat di KBB Burger % Steak. 

Btw kalau korang tak nak dine in ,nak order takeaway pun boleh . Dan rupanya KBB Burger & Steak ni bukan sahaja ada di Terengganu di Kelantan pun ada.. yang merupakan lokasi asal restoran ini. Outlet pertama depa adalah di Kota Bahru sebelum beroperasi di Kuala Terengganu pada penghujung Februari 2022 .


KBB Burger & Steak Kuala Trengganu


Korang yang mana nak tengok menu apa lagi yang best ada di KBB Burger & Steak ini, bolehtekan linkfacebook dan instagram mereka dan untuk sebarang pertanyaan atau tempahan korang klik sahaja mana-mana pautan (link) yang kak ana berikan di bawah ni : 

FACEBOOK

 • https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak (KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)

 • https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu (KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU) 

INSTAGRAM 

www.instagram.com/kbbburgerandsteak 

TIKTOK 

https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDy/

WEBSITE

www.kbbburgerandsteak.com

Lokasi:

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu

Lot 4063,  Jalan Sultan Zainal Abidin,

20000 Kuala Terengganu,  Terengganu 

No Tel  : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu) 

Whatsapp link : https://kbbterengganu.wasap.my


Waktu Operasi  : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Setiap hari)

KBB Burger & Steak Kota Bharu 

No 2713 Jalan Kuala Krai 

15150 Kota Bharu 

Kelantan 

No : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu) 

Whatsapp link : : https://kbbdelivery.wasap.my

Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily) 



2 Comments