SHEIN, peruncit dalam talian yang menghimpunkan produk fesyen serta gaya hidup; senantiasa berusaha dalam memegang visinya untuk menyokong rekaan pereka tempatan. Sama ada menerusi reka bentuk, seni mahu pun apa jua yang terkait; para pereka tempatan telah mengekspresikan diri mereka secara kreatif. Secara tidak langsung, mengambil perhatian SHEIN untuk menghadirkan peluang buat mereka.


Shein support lokal

SHEIN Support Lokal Fesyen

Bukan sahaja membanggakan negara, barisan pereka lokal ini juga berjaya meraih pelbagai anugerah di kalangan warga serantau yang mengambil bahagian dalam Cabaran SHEIN X 100K pada tahun 2021.


Li Wen SHEIN
Li Wen


Berikutan dari acara itu, pereka fesyen lokal, Li Wen dinobatkan Anugerah Paling Kreatif dalam pengolahan rekaannya yang membiaskan rona serta cetakan kontras. Manakala, Brian Khoo pula meraih Anugerah Pilihan Pengundi. Lantas, koleksi garapan kedua pereka tempatan ini tampil dijual di SHEIN.


Li Wen designed


Keterbiasaannya adalah sukar buat para pereka untuk menterjemah lakaran karya mereka daripada cebisan kertas kepada ceraian pakaian sebenar. Apatah lagi bila untuk memasarkan pakaian itu kepada khalayak global. SHEIN menawarkan sokongan buat para pereka baharu ini untuk mempamerkan ciptaan mereka kepada pasaran global. Bekerjasama erat bersama para pereka ini, kehadiran SHEIN secara tidak langsung, membimbing dari permulaan kepada pensampelan, pengeluaran dan pengedaran.


Brian Koo
Brian Koo 


Pengkarya digital, pelakon, penerbit, model dan hos televisyen; Yaya Zahir juga merupakan salah seorang pereka yang pernah berkolaborasi bersama SHEIN. Di mana, bintang realiti tv ini melancarkan koleksi SHEIN X YAYA ZAHIR yang menampilkan rangkaian pakaian statement bersentuh gaya quirky juga tampil berwarna-warni.


Brian Koo


“SHEIN benar-benar percaya pada kreativiti para pereka tanah air dan saya sangat bersyukur kerana SHEIN kini memberi platform untuk menonjolkan karya kami,” kongsi Yaya Zahir. “Saya gembira kerana akhirnya saya berpeluang untuk membentangkan rekaan pakaian saya kepada umum.”


Yaya Zahir


Sehingga hari ini, 12 pereka tanah air; termasuk Miriam Omar, Sherwan Rozan, Carson Wong, Laven.L, Valerie Hsin, AIYMY, JewelSum, ZUUSAHA dan Season Lye tampil membahu program SHEIN X.

Miriam Omar adalah satu-satunya pereka dari Asia Tenggara yang dipilih untuk pementasan fesyen virtual #SHEINforall buat musim bunga/panas 2022. Sekali gus, membiaskan kredibiliti serta kualiti para pereka fesyen tanah air yang boleh diakses global. Bentangan karya yang penuh gaya kreasi kumpulan pereka berbakat ini memeterai sokongan penuh SHEIN terhadap hasil kerja pereka serta pengkarya tempatan.


Yaya Zahir


“Sangat paling menggembirakan bila dapat melihat jenama antarabangsa memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen Malaysia,” kata pemenang Anugerah Paling Kreatif Cabaran SHEIN X 100K; Li Wen. “Semoga ia memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi bidang reka bentuk fesyen.”

Pada 9 September ini, SHEIN bakal melancarkan Jualan Mega 9.9. Sekali gus, menjangkakan diskaun sehingga 90% menerusi laman sesawang juga aplikasi mudah alih SHEIN.

Dari 26 Ogos sehingga 13 September, hasil karya 12 pereka lokal ini menjadi sebahagian daripada acara jualan. Di samping itu, dari 9 sehingga 11 September ini, SHEIN turut melancarkan penghantaran percuma untuk pembelian daripada pereka tempatan tanpa perbelanjaan minimum.

Lewati https://my.shein.com/, atau layari akaun Facebook dan Instagram SHEIN Malaysia untuk mula menambah ceraian pakaian buat gerobok fesyen anda. Muat turun aplikasi SHEIN Malaysia di App Store dan Google Play kerana jualan #SHEIN99 semakin hampir. #supportlokal lantas olahkan sisi versi terbaik anda bersamanya.


Tentang SHEIN

Ditubuhkan pada 2012, SHEIN ialah peruncit dalam talian global terkemuka dengan operasi di Guangzhou, Singapura dan Los Angeles, bersama-sama dengan pasaran utama yang lain. SHEIN menjangkau pengguna merentasi lebih 150 negara dan wilayah di seluruh dunia. Kami meletakkan pilihan premium, membawakan lebih daripada 6,000 produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup baharu setiap hari dengan lebih daripada 600,000 item tersedia. Misi kami adalah untuk membantu umum dalam mengekspresikan keperibadian melalui trend terkini yang mudah diakses dalam harga berpatutan. 

Aplikasi SHEIN tersedia secara percuma pada iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lihat laman web rasmi SHEIN (https://my.shein.com/) dan saluran  mediasosial(Facebook|Instagram|TikTok|Twitter | YouTube)

1 Comments

  1. Dah lama jd member ni tp blm berkesempatan nak usha2 sbb tkut baju2 yg berkenan takde saiz heheh... Tgk baju2 nya jenis saiz kecil molek je

    ReplyDelete