Alhamdulillah.. selepas suami kak ana cantas dahan-dahan pokok belimbing buluh belakang rumah kami, kembali lebat berbunga dan mengeluarkan buah. Banyak sangat buahnya kali ni. Separuh pokok tu kak ana suruh jiran kami Abang Yaya ambil. Zura isterinya cukup rajin masak masakan dengan belimbing buluh, maklum lah orang negori.

Paling best sambal belimbing buluh Zura dengan ikan bilis, Masyaa Allah tak tau nak habaq laa dia punya sedap. Banyak Zura hantar ke rumah satu bekas tapau tu, sayang kami makan sikit-sikit simpan buat kawan makan nasi. Sambal belimbing buluh ni, kalau tak ada lauk lain makan dengan telur dadar pun sodap yakmat. 


cara simpan buah belimbing buluh tahan lama


Masih banyak buahnya di dahan-dahan pokok dan musim hujan ni pula banyak yang gugur ke bumi. Sayang sangat kan, sebab pokok belimbing buluh ni jenis sekali berbuah banyak sangat pastu dia rehat tak berbuah, sampailah satu musim nanti baharu dia berbuah semula. 

Sementara buahnya banyak, kak ana suruh suami petik dan kak ana cari di internet bagaimana cara nak simpan buah belimbing buluh ni agar tahan lama. Senang kan, bila tahan lama, simpan dalam peti sejuk, bila rasa nak masak ambil sahaja.


Cara simpan belimbing buluh tahan lama


cara simpan belimbing buluh tahan lama

Dari carian di internet, ada yang menjerukkannya dan simpan, macam Zura jiran kak ana dia rebus tanpa air dan kering kemudian simpan katanya. Dan hasil carian di youtube yang paling mudah adalah dengan merebuskannya sehingga bertukar warna kuing, kemudian buang air rebusan, tos kan dan masukkan air paip atau kak ana guna air coway sahaja, isi kan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. 

Menurut info youtuber tu, boleh tahan lama sehingga setahun dengan teknik nya itu. Kak ana dah pun try, basuh bersih, celur hingga warna kuning , gantikan air dan simpan dalam peti sejuk. Sehingga entri ini di terbitkan, dah 3 hari masih elok dan kak ana dah pun ambil sedikit untuk masak lemak dengan ikan siakap semalam.




Masih elok lah buahnya tak lembik atau rosak. Mungkin kena selalu tukar air untuk pastikan ia kekal elok. Tak pasti lah kak ana ia mampu bertahan untuk tempoh masa berapa lama. In Syaa Allah, kalau teringat kak ana akan update berapa lama buah belimbing buluh ini mampu tahan elok dengan kaedah begini. Tak salah mencuba kan....



4 Comments

  1. Betul, saya dah buat cara ni. Kalau rajin boleh juga keringkan sehingga jadi kecut betul. Kemudian masukkan dlm acar buah.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Rumah saya pun ada belimbing buluh tapi tak pernah simpan cara ni. Boleh cuba

    ReplyDelete