Kalau ke mana-mana mall sekarang ni, nak nak hujung minggu atau cuti umum, kebanyakan restoran mesti kena queue nak masuk. Waktu kami ke Setia City Mall, Setia Alam nak cari baju untuk reunion kak ana dalam tema pink putih tu, perut dah berkeroncong sakan.

Di ground floor pintu masuk utama berdekatan dengan Lulu Hypermarket tu usah cakap lah , hampir semua restoran penuh dan beratur menunggu giliran untuk masuk. Kami teruskan juga ronda-ronda sampai ke entrance sebelah hujung dan terpandanglah restoran Luna Luna . 


review Luna Luna Restoran Setia City Mall


Di pintu masuk utama Luna Luna jelas di pamerkan logo Halal Jakim, Alhamdulillah dalam pun masih ada ruang makan tanpa perlu beratur. Suami dan Adik Ika kata nak try makan kat sini, selepas kami tengok menu di bahagian pintu masuk tu. 


Luna Luna Halal


Makan di Luna Luna , Setia City Mall 


Okay meh nak story , cara untuk kita meng order makanan di Luna Luna , Setia City Mall ni. Sama je macam kebanyakan restoran masa kini. Mula-mula kita ke kaunter terlebih dahulu untuk membuat pilihan menu dan bayaran. 

Kalau datang ramai tu , pii laa seorang cop tempat duduk, kalau waktu tu nampak hampir penuh kan. Macam kak ana yang malas nak order-order ni suami lah.. dia rela jaga tempat duduk dari pi buat order tapi kad bank di pass ler kat kami huhu...


Makan di Luna Luna , Setia City Mall


Selesai order dan bayar, kita akan di berikan resit serta alarm box, yang mana nanti kalau menu dah siap, alarm box kecil tu akan berbunyi dan kita perlu ambil makanan dan minuman di kaunter pick up. Tu ajer kisahnya..

Kak ana perhatikan dari menu yang ada, Luna Luna ni banyak menu yang berasaskan buttermilk gituew. Di sini juga di sediakan aneka sos, kicap dan sambal di satu sudut kaunter di tengah-tengah restoran untuk kita nikmati sajian menu yang ada dengan sos atau sambal pilihan. Menarik kat sini kerana kalau suka buttermilk percik, tambah lah dalam pinggan, kalau nak kicap atau sambal merah pun ada.


Luna Luna Setia City Mall


Pilihan menu kat sini juga ada dalam menu ala-carte dan juga kombo. Harga masih mampu makan, In Syaa Allah standard harga makanan di restoran dalam mall. Ada pilihan menu western , fussion dan juga local , sajian tempatan. 

Kiranya nak makan western ada, nak makan nasi pun ada, sesuai untuk semua peringkat usia. Jom tengok apa yang kami makan tengahari tu. Kami pilih Combo Meal untuk 2-3pax Bundle A pada harga RM55 sahaja termasuk minuman. 


Menu Luna Luna


Antara menu yang ada dalam Bundle A Combo , hat ni Buttermilk Percik Grilled Chicken Spaghetti . Sedap sangat, basah dan mewah dengan creamy buttermilk sos kalau tak cukup boleh pii tambah lagi sos yang di sediakan dalam botol di kaunter sos tu. Grilled chicken dia pun heaven, just nice dengan perapan yang sedap. 



Depa bagi juga Fish Keropok atau keropok ikan lerr.. sekali dalam set Bundle A yang kami makan. Pi laa ambil sos cili nak buat colek sebagai savary dish kan.. 




Ada juga semangkuk mushroom soup . Standard rasa mushroom soup sahaja, tapi okay la sebagai side dish combo , mengenyangkan juga. 




Dan ada juga dua ketul ayam goreng crispy dalam Combo Bundle A ni, jadi pada famili kak ana yang tak makan banyak ni set Bundle A Combo amatlah berbaloi untuk makan bertiga sekali dengan 3 gelas minuman kami pilih Sour Plum Soda yang amat menyegarkan. Masam-masam manis dengan kesegaran soda di dalam minuman ini. Best! Kak ana suka air ni.




Satu lagi menu yang di sertakan dalam Bundle A Combo ni adalah Classic Chicken Burger. Pattty burger ni adalah sekeping chicken grill disertakan sayuran salad dan sos mayo. Sedap laa kan.. bukan ready made patty macam fast food, tapi kepingan ayam panggang yang di jadikan patty burger. Sangat berbaloi untuk sajian sekeluarga set Bundle A combo ni. 


Luna Luna Setia City Mall


Okay itu kisah kami makan dua minggu lepas di Luna Luna , Setia City Mall dengan menu combo Bundle A. Selang dua minggu selepas kak ana habis reunion, Isnin lepas sempena cuti kerajaan baharu PRU15, adik dan adik ipar kak ana maii rumah dan ajak kami ke Setia City Mall sekali lagi sebab adik ipar kak ana, Julia Alisya nak ke Objet cari dekor rumah baru depa.

Sama lah situasi nya, cuti umum nak makan tengahari fullhouse sana sini,queue panjang, kak ana dan Adik bawa lah ke Luna Luna sekali lagi. Kali ini kami makan ala-carte pula sebab semua lapar nasi kecuali adik dan adik ipar makan spaghetti buttermilk.




Kali ini kak ana try makan nasi pula, pilihan menu ala carte Fried Chicken Bowl pada harga ala-carte RM15.90 sahaja. Ada nasi, ayam goreng hat ni sedap rangup sangat, sos kicap manis dan coleslaw sebagai set hidangan. 




Adik dan anak buah kak ana makan Salted Egg Chicken Popcorn Rice Bowl. Hat ni kak ana tak ingat kami makan harga combo minuman atau tak sebab kali ni adik kak ana yang belanjar. Kami makan menu-menu di untuk 5 orang cuma RM92 sahaja hari tu. Terima kasih Lan, lanjer . 

Jadi kalau ampa semua nak try kelainan menu makanan yang penting ada pensijilan Halal boleh la try makan di Luna Luna, Setia City Mall. Ada pelbagai menu sesuai untuk semua peringkat usia dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berbaloi. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah.. 




2 Comments

  1. tertarik dengan burger dia. roti nampak lembut.

    ReplyDelete
  2. Setia city mall ni sy x sampai lg... sejak pandemik blom lg jejak kaki di tanah melaya... hehehe... tq follow sy kak ana

    ReplyDelete