Waktu mula-mula kak ana terima gift box ni dari kurier, dia punya harum tu... Masyaa Allah.. semerbak satu rumah. Belum lagi unbox kotak kak ana rasa macam pernah hidu bau harum sebegini. Wangian yang penuh nostalgia.
Pas tu kak ana buka lah kotak pink yang cantik nii.. ermm... bila terpandang je terus teringat sabun mandi wangi berwarna hijau, memang legend sangat sabun ni, patut lah harumannya kak ana cukup kenal. Inilah sabun kesukaan arwah mak kak ana.
Dan kak ana yakin, ramai seusia kak ana kenal sangat pada haruman sabun mandi hijau dari negera Thai ni. Malahan anak-anak kak ana pun kenal dan tahu akan jenama serta bauannya yang sangat dekat di hati kita semua.
Kini ia telah pun come back dengan packaging baharu dalam aneka pilihan variasi dan lebih moden hadir dalam bentuk krim mandian dalam botol yang sangat cantik reka corak label namun kekal dengan haruman klasik Thai yang penuh nostalgia.
Ini yang kak ana nak cerita dengan korang semua penjenamaan semula rangkaian mandian Parrot Botanicals Natural . Meh kita tengok satu persatu keistimewaan jenama legenda ni dalam keluaran terbaharu mereka di pasaran.
Mandian Parrot Botanicals Natural
Seperti yang kak ana cerita di awal tadi lah.. Parrot Botanicals cukup legend dan sinonim dengan mandian wangian yang sangat memberikan kesegaran dan haruman pada kita semua sejak berkurun lamanya.
Apa tidaknya ia merupakan jenama No.1 kesegaran haruman AUTHENTIC THAI BOTANICALS yang bukan sahaja terkenal di negara asal malahan seluruh pelusuk nusantara termasuk lah tanahair kita.
Ini kerana ia di hasilkan dengan formulasi unik rangkaian wangian botani Thai bersama adunan minyak herba tradisional Thai. Terbukti berkurun lama ia mampu memberikan kesegaran dan keharuman pada si pemakai untuk tempoh masa yang lama. Malahan kak ana pernah gunakan sebagai pewangi dalam almari baju waktu zaman remaja dulu-dulu huhu :)
Sabun mandian Parrot Botanicals
Kak ana percaya sebelum ini ramai di antara kita pernah menggunakan sabun mandian dalam bentuk bar soap atau sabun buku hijau Parrot Botanicals,ni kan. Kerana itu rangkaian produk Parrot Botanical masih lagi mengekalkan sabun Parrot Botanicals dalam siri klassik untuk golongan berusia. Orang lama kan, mestilah nak guna jenama yang mereka yakini dan percayai sekian lama.
Untuk sabun mandian Parrot Botanicals siri Klassik hadir dalam 6 pilihan warna seperti di bawah . Terdiri dari pakaging berwarna terang dan garang seperti pink, kuning,hijau,pink perlahan, biru tua dan biru muda
Manakala untuk golongan muda dan remaja mestilah citarasa warna-warna pastel menjadi kesukaan mereka dan inilah antara koleksi rangkaian sabun mandi Parrot Botanical untuk korang.. Cantikkan kak ana suka sangat pada packaging ni..
Sabun mandian Parrot Thai Botanicals & Herbs
Namun untuk best seller pastilah sabun Parrot Botanical yang legend berwarna hijau iaitu haruman Thai Botanicals and Herbs paduan wangian haruman botani Thai bersama herba. Semua pun pasti kenal sangat dah kan dengan haruman dan wangian selepas memakai sabun ni.
Kesegaran selepas mandi dia amat luarbiasa kerana kita akan kekal wangi dalam tempoh masa yang lama sepanjang hari. Kalau lalu kat sebelah orang pun ,kalau orang lama ni dia boleh tahu kita mandi guna sabun apa. Ini kerana haruman nya sangat authentic dan unik. Gabungan wangian tradisional botanical dan herba Thai.
Parrot Botanicals Sweet Pink Roses
Memberikan haruman sentuhan klasik Romance Scent of Rose pada setiap kali selepas mandi dengan packaging dalam sampul pink. Membangkitkan sensasi wangian rose dan kelembapan aloe vera pada tubuh yang pasti menyegarkan sepanjang hari. Kena try sendiri baru dapat merasainya..
Parrot Botanicals Thai White Jasmine
Untuk packaging sabun mandi Parrot Botanicals kuning pula adalah sensasi wangian Thai White Jasmine . Jasmine adalah sensasi wangian bunga melur. Kalau di negara Thai ia sebagai simbolik wangian tradisional mereka. Sama lah seperti kita di sini wangian melur atau jasmine cukup tradisional dan memberikan haruman semerbak.
Formulasi keaslian dan wangian Thai Jasmine bersama extract tamarind atau asam jawa ini mampu membelai kulit dan membawa keserian selepas mandi. Nanti kak ana nak cuba sendiri...
Parrot Botanicals Floral , Scented Wood & Frangipani
Selain daripada 3 pilihan sabun mandian Parrot Botanicals yang menjadi best seller dahulu dan kini, Kak ana di fahamkan ada 3 lagi variasi baharu di pasaran yang wajib kita cuba untuk menikmati kelainan dan keunikan wangiannya. Parrot Botanicals Floral dalam pek pink perlahan, Scented Wood dalam pek biru muda dan Frangipani dalam pek biru tua.
Parrot Botanicals Floral adalah wangian Sweet blossoms yang memberikan kelembapan kulit hasil kombinasi extract timun dan mempunyai sebatian anti bakteria dari formulasi Eucalyptus Oil
Parrot Botanical Scented Wood pula adalah Aroma sensasi wangian Scented Wood yang amat bernilai. Juga di sebati kan dengan formulasi anti bakteria bauan empat extract Clove leaf Oil, Patchouli Oil, Lemon Oil and Eucalyptus Oil
Parrot Botanicals Frangipani pula memberikan sensasi peminat wangian asli kemboja Frangipani . Diformulasi kan bersama extract manggis dan minyak daun cengkih yang turut berfungsi sebagai anti bakteria pada kulit.
Parrot Botanicals siri Pastel pula menampilkan 3 pilihan variasi untuk golongan muda khasnya,lelaki dan wanita. Parrot Botanicals White Sakura ( pek pastel soft pink ) , Parrot Botanicals Lily Peach (pek warna peach ) dan Parrot Botanicals Thanaka ( pek pastel dark pink ) .
Parrot Botanicals White Sakura
Menampilkan kesegaran wangian bunga sakura putih atau white Sakura sambil di selitkan formulasi untuk memberikan kecerahan warna pinkish asli pada si pemakainya. Menarik untuk kita cuba..
Parrot Botanicals Lily Peach
Kombinasi sensasi wangian bunga Lily dan buah peach yang pasti memikat peminat nya yang tersendiri. Haruman kesegaran sepanjang hari.
Manakala untuk Parrot Botanicals Thanaka pula memberikan sensari wangian White Thanaka yang pasti mempersonakan si pemakainya sepanjang hari.
Kesemua rangkaian sabun mandian atau bar soap ini boleh di beli pada saiz 55 g , 70 g dan 105 g .
Krim mandian Parrot Botanicals
Selain daripada sabun mandian, Parrot Botanicals kini juga tampil di pasaran dalam bentuk krim mandian yang sama wangian dan kesegarannya dalam pilihan variasi untuk kita semua. Untuk siri klasik menampilkan Parrot Botanicals Sweet Pink Roses ( pink ) , Thai Botanical & Herbs (hijau), Thai White Jasmine (kuning). Manakala untuk siri pastel pula Parrot Botanicals White Sakura , Lily Peach Cool dan White Thanaka.
Rangkaian krim mandian Parrot Botanicals hadir dalam pek saiz 500ml di pasaran.
Krim mandian Parrot Botanicals White Sakura
Selepas mandi dengan krim mandian Parrot Botanicals White Sakura ni selain menikmati wangian bunga sakura putih yang bertahan 8 jam kita juga dapat merasakan kemeriahan buih mandian yang seolah memancarkan warna pinkish pada tubuh badan.. wahh... maklum lah kulit kelihatan cerah dan lembut bila di sentuh.
Krim mandian Parrot Botanicals White Thanaka
Hat ni Krim mandian Parrot Botanicals White Thanaka dalam koleksi siri pastel, dan kak ana belum lagi mencubanya. Juga menawarkan wangian kesegaran selepas mandi sehingga tempoh masa 8 jam dengan aroma kesegaran white thanaka. Kena cuba nanti..
Krim mandian Parrot Botanicals Thai Botanical & Herbs
Kalau korang tanya, pilihan kak ana pastilah Krim mandian Parrot Botanicals Thai Botanical & Herbs dalam botol hijau dari siri koleksi klassik ni. Wangian haruman Parrot’s Signature yang sangat klasik yang dah sebati dengan jiwa kak ana sejak dari zaman remaja lagi. Malahan wangian ini mengingatkan kak ana pada haruman sabun wangi kesukaan arwah mak yang akan kekal di hati.
Cukup melekat di jiwa kerana bila lalu sahaja orang sekitar akan tahu dah sabun mandian apa yang kita gunakan bagaikan satu signature bauan sabun mandi Parrots dengan variasi Thai Botanicals & Herbs ini sejak zaman berzaman.
Tidak hairan lah mengapa jenama Parrot Botanical ini telah pun mendapat pengiktirafan dan anugerah The Pride of Thais Premium product of Thailand Award dalam kategori Beauty and Personal Care daripada kemneterian perindustrian Thai.
Ke semua rangkaian sabun dan krim mandian Parrot Botanicals boleh di beli secara online di
👇👇
Untuk sebarang info dan promosi jom layari ke
#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA
3 Comments
sabun ni dulu2 rajin pakai, wah ada dalam botol dah nanti boleh cari ni, memang bau wangi sabun ni hihihi
ReplyDeletesalam ana,apa kabar, wah bestnya suka yang hijau tuu, sabun popinjayy kitaorang panggil zaman dulu2, nak beli jugaklah,, tqvm ana good info
ReplyDeleteKia suk kaler hijau tu kak ana. Masa kecik kecik dulu tggal ngan tok.. tk selalu beli sabun ni ..Bau dia mmg best ...
ReplyDelete