Kak ana pernah tonton di tiktok orang duk share satu port viral untuk yang suka dengan barang-barang dekor ni. Rupanya kedai ni baharu sahaja di buka di Setia City Mall, Setia Alam. Nama kedai tu OBJET.

Masa kak ana ronda-ronda SCM tu, ramai tengok orang duk angkut paper bag Objet. Lagi laa teruja kak ana nak masuk, carilah di intenet kat mana lokasi dalam Setia City Mall ni, rupanya di LG sahaja. Lepas makan tengahari dan solat kami pun masuk lah ke Objet.


Objet , Setia City Mall


Objet , Setia City Mall 


Objet ni sama seperti Kaison dan juga SSF secara umumnya, menjual pelbagai produk dekorasi rumah dan hiasan. Namun setiap satu jenama ni mestilah ada perbezaan dan signature produk depa kan. Macam Kaison pasti kita akan suka pada bunga-bungaan nya yang pelbagai design dan warna. SSF pula lebih fokus pada perabot , kan.

Objet pula pada pandangan peribadi kak ana , menjadi kesukaan mereka yang sedang trend dengan dekorasi rumah dengan gaya nordic, scandi , boho dan esthetic. Padanan warna-warna pada tona yang senada earth colour yang cukup trending masa kini di tiktok dan IG Reels.


Objet , Setia City Mall


Korang boleh layan sendiri dari beberapa keping foto yang sempat kak ana ambil waktu kak ana di Objet baru-baru ni. Memang syok habis masuk dalam ni sebab kak ana sendiri sekarang banyak bermain dengan tema dekorasi boho dalam tatarias ruang dalaman rumah.


Objet , Setia City Mall


Walaupun tidaklah bertema boho sepernuhnya kerana rumah kak ana dah sedia ada perabot lama, tak kan nak tukar baru ye dak. Cuma sekarang kak ana masukkan sedikit elemen Boho dalam tatarias dekorasi khasnya ruang makan. 

Adalah tukar karpet, alas meja dan peralatan rumah dengan bermain dengan elemen kayu dan kaca jernih plain di sudut tea station di ruang makan. Korang boleh layan di IG dekor-dekor kak ana di AJ Suka Decor 


Objet Setia City Mall


Di Objet ni kebanyakan produk dekorasi nya bermain dengan elemen kayu, kaca dan fabric Boho dan Scandi serta Nordic mengikut pengamatan kak ana.. Boleh kata kan hampir semua produk dekorasi yang viral di tiktok yang sebelum ni di jual secara online ada kat sini. Cuba korang tengok kat foto-foto ni kan. 


Objet, Setia City Mall


Bukan sekadar barang-barang decor dan keperluan dapur malahan ada juga pinggan mangkuk, dry flower seperti baby breath , pampas, lilin, coster, dulang kayu, alas meja, kusyen, bekas storage dan sebagainya. Korang kena pii sendiri dan boleh sesat dalam tu macam kak ana... huhu tak jumpa jalan keluar lama juga lah bertapa sambil belek-belek produk dan harga..


Objet, Setia City Mall


Mahal ke harga barang-barang dekor di Objet ni ? Dari segi harga kak ana dapati tidak banyak beza dengan jualan di online platform. lebih kurang sahaja. Tetapi pada kak ana lebih seronok membeli di Objet ni kerana ia di depan mata, kita boleh tengok reka design produk, saiz nya dan yang penting kos postage kita boleh beli produk lain, gituew... 



Objet, Setia City Mall


Okay, korang layan lah gambar-gambar yang kak ana kongsikan di sini, naa.. nak borak lebih pun kak ana tak tahu nak cerita sebab bila sampai sini leka sungguh tengok semua yang best-best kat dalam show room ni. Staff pun baik dan banyak membantu untuk kita dapat kan barang yang kita nak.. 


Objet, kedai viral dekor


Objet, kedai viral dekor


Objet, kedai viral dekor




Kak ana cuma beli satu buffet plate untuk 2 tier glass cake plate stand atau pun bekas kaca letak kek berkaki 2 tingkat harga promosi masa tu cuma RM17 sahaja dari harga asal RM29.90 , dua pinggan mangkuk porcelin setiap satu berharga RM6.90 dan satu balang kaca dengan penutup kayu berharga RM14 sahaja. Cukup lah sebab bajet dah ke lain masa tu, kak ana datang sini sebab nak cari baju dan seluar untuk re-union sekolah hujung bulan ni hehe :) 


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Kalau ikutkan hati memang nak beli macam-macam lagi kat sini, tapi tak pe lepas nii, boleh je datang lagi, In Syaa Allah. Kediaman kak ana tak jauh sangat dengan Setia City Mall ni dan memang sini lah tempat kami shopping dan makan-makan hujung minggu kalau tak ada port lain nak pii. 



Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall

Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall


Objet, Setia City Mall

Pembayaran korang boleh sahaja bayar dengan tunai, debit atau kredit kad serta secara online e-wallet. Tu lagi laa bahaya kan sebab boleh cashless ni huhu.. seram kak ana.. Tapi itu lah terapi buat kami yang suka pada dekorasi ruang rumah. Seronok dan syukur bila dapat beli sedikit sebanyak untuk tatarias ruang rumah, mengikut bajet dan kemampuan masing-masing. 

Pada kak ana sendiri, rumah adalah syurga sebuah rumahtangga. hiasi lah rumah seindahnya, jaga kebersihan dan isi kan juga dengan rohani di dalamnya dengan amal ibadah, bacaan Al-Quran bersama keluarga. In Syaa Allah pasti kehidupan kita di dunia yang sementara ini akan lebih tenang dan bahagia. Aamiin... 

8 Comments

  1. Best2. Leyla masuk Hari Tu bling2 jugak Mata. Tunggu bawak bajet bnyk sikit boleh boring sini. Harga dia not bad jugak. X Mahal sgt.

    ReplyDelete
  2. kita tak pandai deko...hahaha. tengok aje suka ler

    ReplyDelete
  3. Menariknye barang² dia. Next time kalau gi SCM boleh singgah. Salam kenal Kak Ana 😊

    ReplyDelete
  4. Rambang mata shopping tempat macam ni

    ReplyDelete
  5. Wah... cantiknya brg² kt objet ni... mcm eksklusif je

    ReplyDelete
  6. cantiknya semua barang untuk dekor pilih saja

    ReplyDelete
  7. Memang cantik semuanya. Rambang mata ni, tapi kena raba poket dulu hihihiii.
    AJ, nanti hantar details ke emel salamiez@gmail.com
    Ada hadiah nak kirim, sebab teka harga rambutan dengan betul.

    ReplyDelete