Selalu kak ana dengar dan baca di media sosial serta pengalaman kawan-kawan sendiri yang suka sangat membeli belah ke negara jiran kita di Indonesia. Paling famous ramai yang duk pii Bandung laa kan. Syurga beli belah kata depa, khasnya kaum wanita laa bab shopping kat Bandung ni.

Kak ana belum pernah sampai lagi, mana tau ada rezeki nanti boleh juga merasa pii shopping ke Indonesia. Murah-murah katakan , naa.. Teringin gak laa nak beli kain telekung, jubah dan sebagainya. Lawa-lawa juga produk keluaran negara Indonesia ni.


cara beli barang dari Indonesia secara online


Tapi kan sementara nak sampai seru ke sana, kak ana ada juga lah membeli barangan dari Indonesia ni tapi secara online laa. Contoh di Shopee, ada juga beberapa produk dari sana yang boleh kita beli melalui platform Shopee tetapi amatlah terhad. 

Rupanya.... baharu kak ana tahu ada servis atau perkhidmatan untuk kita di Malaysia ni membeli serta mendapatkan produk terus dari pasaran Indonesia secara online sahaja. Erm... nampak sangat kak ana agak ketinggalan bab gini. Bila dah tau nii, mudah laa kan, kut teringin nak beli pakaian atau produk makanan dari sana secara online sahaja.

Perkhidmatan ini bagaikan personal shopper untuk kita mendapatkan pelbagai produk dari Indonesia, dimana mereka akan membeli dan mengeposkannya ke laman rumah. Mudah laa weiii... Bayaran yang di kenakan pun amatlah berpatutan dan yang penting ianya adalah trusted atau di percayai dengan banyaknya testimoni dari pelanggan yang telah pun mendapatkan servis mereka.


Cara beli barangan dari Indonesia ke Malaysia

Cara membeli produk dari Indonesia secara online 

Yang kak ana maksudkan disini adalah tolongbeli.com.my . Sangatlah memudahkan dan membantu untuk sesiapa sahaja dari Malaysia ni yang ingin membeli produk dari negara Indonesia secara dalam talian. 

Kak ana di fahamkan , antara platform jualan secara online yang terkenal di Indonesia adalah seperti Shopee Indonesia, Tokopedia , Blibli, Lazada Indonesia dan juga Bukalapak . Wahh! Kena terjah sat, nak tengok apa yang best yang ada kat sana, mana tau ada yang kenan boleh lah buat pesanan melalui servis TolongBeli .


tolongbeli.com.my


Mereka lah yang akan membuat pembelian kemudian uruskan pengeposan. Kita cuma buat pembayaran dalam Ringgit Malaysia jumlah yang di kenakan dan nantikan produk sampai di laman rumah. Mudah sesangat weii.. Pendek kata kita bolehlah gelarkan depa ni sebagai Tokopedia Malaysia, Shopee Malaysia atau Bukalapak Malaysia.


Bukalapak Malaysia, Tokopedia Malaysia, Shopee Malaysia


Boleh percaya ke dengan servis TolongBeli nii, korang ? Perkhidmatan TolongBeli ini merupakan satu-satunya di Malaysia yang menyediakan servis beli barangan Indonesia dan pos semula ke Malaysia dan telah beroperasi 3 tahun. Lebih meyakinkan Syarikat ini berdaftar dengan SSM di bawah nama TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES dengan NO. PENDAFTARAN : 202003229276 . Pii semak dulu naa.. untuk lebih meyakinkan..

Bagaimanakah cara pembayaran untuk mendapatkan produk dari Indonesia ke Malaysia ? Erm.. Betul juga kan, orang macam kak ana ni selalu tertanya-tanya nak bayar dalam matawang apa ? Rupanya amat mudah kerana adanya sistem kiraan kalkulator di laman sesawang Tolongbeli.com.my yang mana ia akan terus menukar nilai matawang ke Ringgit Malaysia. Jadi segala urusan adalah dalam unit Ringgit Malaysia. 

Kak ana juga di fahamkan bahawa kita akan berurusan dengan orang perseorangan melalui aplikasi whatsapp dan bukan lah sistem Bot . Kita akan berurusan dengan manusia naa, kak ana sakit hati betul kalau kena cakap dengan Bot ni, boleh naik hangin jer kan... 

Bagaimana cara penghantaran atau pengeposan pembelian dari Indonesia ke Malaysia ? Servis perkhidmatan TolongBeli meliputi Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Pelanggan boleh memilih postage Udara  dari Indonesia ke Semenanjung Malaysia(West Malaysia) dan Sabah Sarawak(East Malaysia), Singapura dan Brunei.


cara penghantaran barang pembelian online dari Indonesia ke Malaysia


Manakala untuk shipment Laut pula hanya untuk Semenanjung Malaysia(west Malaysia) dan Sabah Sarawak kawasan ibu kota sahaja, dan  untuk kawasan pendalaman akan ada kos tambahan dan disarankan untuk pelanggan mengambil di warehouse sahaja. Jimat kos di situ.


Cara order barang dari Indonesia ke Malaysia dan sebaliknya melalui TolongBeli  :

Cara membuat tempahan dan belian adalah secara manual . Tak susah pun kerana telah di nyatakan di atas tadi yang kita akan berurusan dengan manusia dan bukannya Bot. 




1. Layari ke laman sesawang -- tolongbeli.com.my . Tekan sahaja butang atau pautan di simbol Whatsapp dan korang akan di minta untuk berikan Nama, Alamat lengkap (negeri alamat penerima), dan no telefon. Dan nyatakan Barang apa yang nak di beli contoh, kosmetik/parts/elektronik sebagainya. 


2. Mestilah korang kena berikan link barang yang korang nak beli tu pada pengendali Whatsapp, kalau tak mana lah depa tau korang nak beli barang apa dan dari platform mana . Berikan serba sedikit maklumat size packaging (panjang , tinggi, lebar dan berat) untuk mereka membuat anggaran awal kos pos . Semua tu mesti ada di platform jualan yang korang pilih. 

3. Seterusnya admin TolongBeli akan buat kiraan harga barang dan juga anggaran awal kos pos. Kalau korang setuju bolehlah terus kan dengan membuat  bayaran dalam nilai Ringgit Malaysia. Dan segala update dan status pembelian akan di update kepada pembeli melalui Whatsapp, contoh tak ada stok dan sebagainya...



4. Setelah barang sampai di warehouse Indonesia , TolongBeli  akan ukur dan timbang semula jika ada penambahan kos pos yang perlu korang tambah. Jika tiada apa-apa perubahan , produk akan terus di pos dan pelanggan akan diberikan tracking. Korang boleh track postage di laman web tolongbeli.com.my ini sahaja. 




5. Yak yak yeay!! Tunggu barang  sampai di depan pintu . Menurut laman TolongBeli jika tiada kelewatan dari pihak kastam, item akan cepat sampai ke tangan pembelinya. Mudahnya kan nak shopping dari Indonesia dengan adanya TolongBeli.Com.My ini. Alhamdulillah.. 

Korang boleh juga tonton penerangan secara visual dalam video di bawah : 




Kak ana cadangkan korang baca dan teliti dahulu antara testimoni dan review dari pelanggan sebelum ini di SINI untuk lebih meyakinkan . 

TolongBeli beralamat di Jalan Selasih Taman Selasih, Kg Tengah, Sg Abong, Muar 84000, Johor Darul Takzim dan mereka hanya berurusan secara dalam talian sahaja. Korang juga boleh layari ke Facebook mereka di Tolong Beli . 

Semoga perkongsian kak ana kali ini ada manfaat nya buat yang sedang tercari info bagaimana untuk membeli barang dari Indonesia dengan lebih mudah dan di percayai. Jawapannya di Tolongbeli.com.my 



0 Comments