Suami kak ana memang kena habiskan cuti tahunannya sebelum akhir tahun 2022 ni. Tapi kami tak plan lagi nak pii cuti kat mana. Sebabnya kak ana memang dah ada plan untuk reunion kawan sekolah rendah di Kampar pada 25-26hb November . 

Pagi tu 22hb November , suami dah mula cuti, lepas sarapan dia ajak kak ana ke Cameron Highlands bercuti. Memang lah kak ana nak sangat pi walaupun masa tu musim hujan juga di sini. Balik rumah ajak Adik kemas beg dan terus bergerak dari rumah dalam jam 1230 tengahari lebih kurang.


hotel best Cameron Highlands


Kami ikut PLUS terus dan cadang nak naik ikut Simpang Pulai. Walaupun agak jauh sebenarnya dari laluan Tapah tapi fikir risiko hujan kami pilih laluan Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan tu hujan kejap, panas kejap , kami berdoa dan bertawakkal padaNya jua.



Bila sampai ke puncak Blue Valley tu dah mula berkabus tebal sampai tak nampak jalan dah. Mujur banyak kenderaan juga yang naik, jadi pelan-pelan dan nyalakan lampu. Sampailah ke Tanah Rata kami pilih untuk bermalam di Hillview Inn, selepas carian di internet dan review yang baik di Google, Tiktok dan IG.


hotel Cameron Highlands


Masa kami sampai  dalam jam 3.30 petang lebih kurang, try walk-in sahaja tanpa booking. Maklumlah hari Selasa kan weekdays jadi kami agak ada lah bilik kosong dan syukur memang ada. Kami pilih bilik dengan 3 katil, 1 queen dan 1 single bed. 

Harga pada waktu tu weekdays rate cuma RM179 tanpa breakfast. Inn ni memang tak menyediakan sarapan, lagipun hanya jalan kaki sahaja ke pekan Tanah Rata di belah bawah hotel ni ada deretan medan selera. 


Hillview Inn, Tanah Rata, Cameron Highlands


Hotel cantik gaya Inggeris Cameron Highlands


Kenapa kak ana memilih untuk staycation di sini ? Waktu kak ana cari di internet dalam perjalanan tadi, banyak good review tentang hotel ni. Pertama tak ada kisah-kisah seram maklumlah kami check in weekdays ni tak ramai, rupanya masa kami check in malam tu penuh bilik.. memang ada penyewa, lega kan.


hotel murah cantik cameron highlands


Keduanya lokasinya di Tanah Rata dan dekat dengan pekan. Hotel pun just nice tak besar sangat dan tak sesak .Ia adalah bangunannya sendiri .Ketiga ia ada mini garden yang cantik bila kak ana tengok dalam Tiktok dan IG. Ermm.. memang cantik korang tengok sendiri dari perkongsian kak ana disini dan IG serta Tiktok kak ana. 


Hillview Inn Cameron Highlands


Kak ana memang teringin nak bercuti dengan gaya klassik Cameron Highlands ni, ala-ala The Olde Smoke House tu, tapi tak mampu lah nak stay sana. Dapat penginap di Hillview Inn ni pun syukur Alhamdulillah.. 

Ada mini garden dengan bunga-bunga dan rumput yang hijau di bahagian depan dan tepi nya. Terdapat balconi di setiap bilik yang boleh menikmati udara sejuk pada waktu malam dan subuh. Hening, dingin dan sunyi tanpa bunyi kenderaan dan manusia. Alhamdulillah.. berbaloi sangat rasanya.


Hillview Inn Cameron Highlands review


Lama dah tak menikmati percutian gaya klassik Cameron Highlands ni kerana sebelum sebelum ni kami memilih untuk menginap di Homestay di Golden Hills dan Prima . Semua tu gaya rumah moden laa kan. Kali ni dapat semula bercuti ala-ala klassik Inggeris, cuma tak ada English Breakfast sahaja huhu.

Receptionist nya baik sangat, peramah puan Ida namanya. Hotel di Cameron ni memang tak ada aircond, tapi hat ni ada kipas siling. Bilik mandi di sediakan amenities wajib seperti sabun, tuala 3, syampu, cerek letrik, air mineral dan lain-lain standard hotel laa kan. Just nice.


Hotel cantik cameron highlands

Tapi nak cerita dengan korang, malam kak ana bermalam tu sejuk tak leh bincang laaa. Malam tu suhu di sana cecah 16'c . Kejap je jengok kat balcony, ketaq weiii.. sejuk gedii. Dah laa kami bertiga tak bawa sweater atau cardigan .. memang padan muka laa kesejukan. 

Bilik air ada heater la kalau tak .... mau tak mandi dan tayamum je gamaknya sejuk hingga ke tulang. Malam tu hujan renyai-renyai juga lah dan berangin pula tu, mau tak gigil. 


malam di Cameron Highlands


Apapun pada kak ana sekeluarga, ianya amat-amat berbaloi untuk bercuti pada hari bekerja ni kerana jalan lengang, tak jemmed langsung , makanan senang nak makan orang tak ramai, walaupun masih ada juga pelacong di sini tapi tak sesak. 

Begitu juga dengan jualan di Kea Farm, boleh parking dekat gerai, harga jualan murah dan strawberi kak ana beli sangat murah dan banyak. Selonggok RM10 dekat 800g berat banyak sangat balik isi dalam tapau besar tu. Banyak kak ana beli untuk Kak Long, untuk rumah ni, untuk besan dan jiran terdekat. 


Foto ni tak jelas sebab kak ana ss dari video :) 


Jagung pun banyak 12 ketul pada harga RM10 sahaja. Alhamdulillah..tenang , damai , dingin dan indah sangat percutian kami pada hari Selasa dan Rabu 22-23hb November 2022 yang lalu. Masa tu belum dapat kerajaan baru lepas PRU15 😊😊 

Cuma teringat kat Kak Long lah sebab dia tak ada , kan. Kena terima hakikat anak dah berkahwin ni gitu lah kena ikut suami dia lah kan. Kami pii hari kerja, menantu kak ana kerja lah tak dapat nak ikut sama.

Jadi kalau korang bercadang nak bercuti ala-ala klasik Cameron Highlands ni kak ana recormended lah untuk menginap di Hillview Inn, Tanah Rata, Cameron Highlands. Booking awal jika nak bercuti pada peak season, kerana kak ana rasa ia sentiasa full house. 



Tapi kalau mai ramai lagi syok la duk homestay, memang banyak homestay di sekitar Cameron Highlands sekarang. Ikutlah perancangan masing-masing, rancang perjalanan supaya kita dapat bercuti dengan aman dan tenang. Tak syok kalau pii bercuti masing-masing stress ye dak. Semoga bermanfaat..  



5 Comments

  1. Best nampaknya hotel ni. Alang2 dah ke tanah tinggi, kita feeling gi overseas la kan :D

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya bercuti di CH tempat menginap pun selesa

    ReplyDelete
  3. Tq review Kak Ana. Kalau dtg CH bolehlah menginap di sini tapi nak pilih weekdays tu susah jugaklah. Best sgt dpt bercuti time takde org ni.

    ReplyDelete
  4. Itulah kena pergi hari biasa. Bagusnya dapat banyak kuantiti strawberi.

    ReplyDelete
  5. Teringin nk pi CH.. x pernah sampai lg kt sini.. cantik sgt view inn yg kak ana stay tu.. mula tgk gambar tu teringat jugak ada 1 novel yg pernah sy baca yg hero novel tu ada tanah di CH.. trs imagine banglo dlm novel tu 😂

    ReplyDelete