Bukan mudah untuk merealisasikan hasrat rakan-rakan sekolah kami di group whatsapp untuk berkumpul antara kami dalam sebuah majlis reunion.Walaupun ini merupakan kali ketiga kak ana dan rakan-rakan di izinkanNya sekali lagi bersua dan bermesra.

Dua reunion yang lalu , yang pertama kalinya di SINI , di adakan di rumah ladang salah seorang kawan kami Nonie pada tahun 2016 dan Alhamdulillah kali kedua kami ber reunion sekali lagi kisahnya di SINI lebih istimewa kerana kami kembali ke sekolah rendah iaitu SRK (P) Methodist, Teluk Intan. 



Di sekolah itulah pertemuan kami semua dan syukur masih menjalin kasih sayang hingga ke saat entri ini di terbitkan. Mungkin kerana kami semua ni dari girl's school jalinan kemesraan tu yang membuatkan lebih erat. 

Reunion kedua tahun 2017 amatlah bermakna kerana itu lah juga terakhir kali kami berkesempatan bersama rakan kami allahyarhamah Marlia bt Jaafar. 2021 Marlia meninggalkan kami dengan video terakhir sebelum Lia tidurkan selepas covid stage 4 , pergi untuk selamanya.. Sedekahkan bacaan Al Fatihah buat Marlia bt Jaafar..



Dengan tekad yang gigih kami sama-sama sekali lagi mencipta memori di usia ini untuk bertemu buat kali ketiga dan kali ini puan chair kami, Nonie memilih Kampar sebagai destinasi reunion. Dengan bantuan Riza yang menguruskan penginapan, kami berkumpul di The Trails of Kampar pada 25 & 26hb November 2022 yang lalu.

Terima kasih buat Nonie yang telah pun menaja penginapan kami selama 3 hari dua malam. Nonie mengambil 3 hari dua malam kerana  kami perlu menggunakan homestay sepanjang hari Sabtu 26hb November 2022 . 



Jadi, Jumaat 25.11.2022 tu, kak ana dan Ida dari KL menaiki ETS buat pertama kali ke Kampar untuk bermalam di sana bersama 5 rakan yang lain. Sampai di stesen KTM Kampar, Nonie, Riza, Linda dan Yan telah pun sampai dari Teluk Intan check-in di homestay.



Kemudian Nonie dan Riza ambil kami berdua di stesen KTM. Sebelah petang, Gee pula joined kami selepas waktu kerja kerana Gee memang duk di Kampar. Dan lebih bermakna juga bila Rozita yang jauh maii dari Jitra bermalam bersama keluarganya di hotel yang dekat cehh jer dengan homestay kami pula turut join malam tu.



Meriah tak yah nak cakap lah, bila kengkawandapat berkumpul satu rumah. Lupa makan dah punya seronok berborak gelak ketawa masing-masing dengan kisah silam mengimbas kenangan. Perangai masing-masing sama sahaja seperti di alam sekolah rendah dahulu. 



Malam tu ikut cadangan awal nak keluar makan lah kami semua. Tapi Riza bawa daging dendeng, makan dengan roti. Nonie pula bawa kuih kasui dan kuih koci. Linda pula bawa berbekas-bekas keropok goreng kiriman Lilik kawan kami di Kuantan yang tak dapat hadir tapi tetap kirim jajan. 



Last-last tak ke mana pun malam tu , turun lepak ke kolam renang pun dah lewat malam, nak mandi pun sejuk gediii. melepak sekejap jadilah. Ida awalnya plan nak masak meggi dengan cili apinya yang Zura kirim pada Gee, penyudahnya tak masak pun bila Nonie, Linda buat senanam malam. ( Hat ni rahsia kami berlapan saja naa ) gamat weii... 

Penat bersenam, lepak lagi, Gee tak habis lah duk bancuh kopi o nya untuk kami semua. Sambung lagi borak kisah pengalaman suka duka masing-masing sampailah pukul 2 pagi baru masing-masing bergerak masuk ke bilik tidur. Ita pula balik ke hotelnya dalam jam 12 malam gituew suami dia maii ambil. Haruuu sungguh laa.. 



Seawal 5.30 pagi kak ana dah tersedar untuk Subuh. Linda awal-awal dah qiam di ruang tamu, Alhamdulillah.. beruntung kami ada kawan seperti Linda. Bangun selepas subuh , ambil giliran nak iron baju dan tudung masing-masing dan terus bersiap. 


Sarapan dan makan tengahari kami hari tu di uruskan oleh Zura menggunakan katering. Kami ada collections RM50 seorang untuk katering, games dan serba serbi dan masih ada baki untuk di bawa ke hadapan. Next plan tahun depan In Syaa Allah.. Sedih sangat last minit Zura tak dapat hadir atas urusan keluarga dan juga Seha pagi tu whatsapp bagitau pun tak dapat hadir kerana suami tak sihat. 



Sedap semua juadah kami , sarapan pagi mihun goreng, air teh dan kuih . Kemudian kak ana dan Ida kami order brownies dari Teluk Intan yang Linda bawakan, Yan pula bawa kek Secret Recipe untuk kami. Cikgu Aida bawa kek pisang dan air mineral. Kemudian Raja pula bawa KFC 2 barrel .

Sambil sarapan seorang demi seorang sampai, Cikgu Aida kita dari Manjung, Puva dan Renu dari Teluk Intan, Noriah Ina dari KL juga dah bermalam di Kampar malam tu sampai di hantar suami dan anaknya. Di ikuti pula Mazuna si cantik manis dari KL tiba dengan luggage nya.. Noi atau Asmah dari Ipoh, Suzana maii dari Penang pun sampai dan last sampai Raja dari Rawang.



Lepas sarapan terus lah acara permainan kuiz dari Ida yang mana berlakulah adengan kejar mengejar nak rebut hadiah-hadiah yang di tawarkan dari kedai 2 hengget 😂😂 tapi laa nii bukan dua hengget dah naik dah harganya.

Kuiz ni dalam bentuk soalan di mana kak ana dan Ida duk siapkan masa kami tunggu ETS di KL Sentral. Susah tau soalan kebat untuk makcik makcik MGS ni. Berebut-rebut lah nak menjawab sebab siapa betul boleh pilih hadiah dari bakul kat depan tu.Sudahnya dengan bakul-bakul tu jadi hadiah rebutan masing-masing.



Kalau tak silap kak ana , sebelum kuiz ada acara pemberian hadiah dari beberapa orang kawan yang bermurah hati bawa kan hadiah untuk semua yang hadir walaupun acara ini tak wajib. Yang wajib adalah setiap seorang akan bawa satu hadiah untuk exchange gift. 

Kak ana pun sempat beli exchange gift sahaja di KL Sentral sebab fikir nak naik tren kan tak larat nak bawa muatan lebih 5 kg atas faktor kesihatan tulang belakang kak ana ni haa.. Tak lah segigih Ida yang berangkut beg hadiah kawan-kawan. Hebat kawan kami ni.



Tapi hebat juga Nonie dengan geng dari Teluk Intan berhimpit lah dengan khazanah masing-masing. Masyaa Allah.. Tuhan sahaja yang tahu betapa setiap insan-insan ini begitu mengasihi antara kami. Terima kasih kepada Nonie, Ida, Riza, Yan, Ina, Noi, Maz , Puva, Cikgu Aida, Sue dan Raja yang bawa hadiah untuk kami semua. Macam-macam kami bawa balik. Juga dari Nani yang kirim hadiah juga pada Ida walaupun Nani tak hadir. 



Tak cukup dengan hadiah kuiz, ada juga acara games dari master of games kamilah Puva. Kali ini games dia sopan-sopan jer mengikut faktor usia dan ruang yang terhad. Di bahagikan kepada dua kumpulan untuk bertarung kumpulan 1 dan 2. Macam sebelum ni lah yang nak menang dan paling agresif dak Nonie ler.. 



Team kak ana dapat tempat kedua bila team 1 menang 3 dari 5 permainan. Tapi dua-dua group pun dapat je hadiah dari Puva. Memang meriah dengan gelak tawa masing-masing. Lebih selesa kerana kami semua perempuan dan bermain dalam tempat tertutup. Sekitar unit homestay kami pun tak ada penghuni lain jadi semuanya meriah dengan aktiviti kami hari tu.


Selesai games, kami makan tengahari . Sedap sangat lauk pauk dari katering yang Zura uruskan ni. Gulai lemak nangka , ayam goreng berempah, ikan cencaru sambal, sambal belacan , ulaman dan ikan kering. Kena pula dengan air sirap dan tembikai. Sayang kak ana tak ada pula ambil gambar menu dan hadiah.. punya syok gebang lupa nak segala. 


Rehat sekejap kemudian kami ke kolam renang untuk sessi bergambar kenangan. Macam-macam pose Mazuna ajar kami dan kali ni ada dua orang photographer iaitu anak Sue dan anak Ita yang dari malam semalamnya jadi bodyguard maknya di homestay. 

Selepas mengabadikan gambar dan video kenangan, kami kembali ke homestay dan acara potong kek SR yang Yan sponsor tuu. Kebetulan rezeki hari tu adalah hari lahir Cikgu Aida , jadi kami berilah cikgu Aida untuk potong kek dengan iringan kawan-kawan yang lain.



Di dapur, kak ana, Riza dan Sue sedang bungkus kan baki lauk pauk dan kuih untuk di bawa pulang pada yang nak bawa. Kami simpan juga untuk Gee dan anak cucunya yang akan sambung bermalam di homestay.Ye laa kan dari kosong baik di guna pula oleh Gee sekeluarga yang duk Kampar ni .

Selepas zohor, seorang demi seorang beransur pulang. Kak ana, suami maii ambil dengan Adik. Kan main kann datang pandai naik ETS balik suami ambil hehe.. Apapun terima kasih pada semua suami kengkawan yang sangat spotting bawakan isteri depa hadir ke majlis RU kali ni walaupun dari serata jauh nun di utara dan KL. Terima kasih juga yang izinkan isteri atau mak mak depa hadir ke sini.



Berakhirlah coretan kenangan kami semua untuk penutup tahun 2022 ini. Tahun ini terlalu istimewa pada kak ana. Ada kisah suka duka nya. Ujian demi ujian yang hadir, kehilangan mak ke alam abadi, menerima menantu pertama dan pertemuan indah bersama kawan-kawan tersayang yang sentiasa ada di saat suka duka hidup kak ana.

Terima kasih Tuhan atas kurniaan Mu dalam segala yang kami nikmati dariMu di atas muka bumi ini. Selagi berbaki usia kami akan jalani setiap ujian yang datang dan pergi dalam mencari redhaMu jua sementara terhenti di destinasi abadi. 

Rahmatilah kasih sayang dan ukhuwah antara kami dalam keredhaanMu. Berkati lah silaturrahim ini agar menjadi asbab kebaikan kami semua menjadi penghuni syurgaMu Yang Maha Indah dan Abadi. Aamiin.. 



Terima kasih sahabat selamanya Nonie, Ida, Riza, Gee, Linda, Yan, Maz, Ina, Suzana, Noi, Puva , Renu, Rozita, Aida dan Raja. Comel semua dalam tema pink dan putih.. Panjang umur ada rezeki kita bersama semula di lain ketika.. In Syaa Allah..





4 Comments

  1. wahh..meriahnya. Semoga silaturrahim yang terjalin sentiasa diberkati Allah Taala

    ReplyDelete
  2. sonoknya reunion masih sht sjhtra muda belia semua

    ReplyDelete
  3. Alahai comelnya masing-masin. Gambar yang proper ni pun nampak meriahnya, kalau di sebalik tabir mesti lagi bermacam gaya. hehe. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal sampai bila-bila

    ReplyDelete