Gastrik! Itu lah yang kak ana hidap sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bila tiba pedih hulu hati tak tau nak cakap laa.. serba tak kena di buatnya. Jangan silap sikit mulalah menyerang. Kadang-kadang tak boleh nak gambarkan rasa ngilu nya selagi tak makan ubat.

Salah satu nya atas faktor usia lah, bila dah kian meningkat usia pinjaman Allah swt ni, macam-macam kekurangan dalam zat dan daya tahan badan berkurangan. Kak ana redha akan setiap ujian, namun kena lah usaha untuk menjadikan tubuh kekal sihat dan mampu meneruskan rutin kerja dan ibadah harian.



Antara yang wajib kak ana amalkan untuk sedaya baik mengelak serangan gastrik adalah mendapatkan sarapan pagi secukupnya. Seboleh daya mesti ambil sarapan walaupun sedikit. Begitu juga sebelah malam, walaupun tidak makan berat di waktu malam, tetapi perlu ada sesuatu untuk mengalas perut. 

Bekalan bijirin segera, oat, nestum, susu segar, buah-buahan , biskut dan sebagainya kena sentiasa ada di dapur rumah kak ana. Dan kali ini kak ana nak berkongsi dengan korang satu lagi stok makanan yang sangat baik yang perlu ada juga iaitu minuman dengan khasiat beras perang iaitu NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink


Kebaikan dalam minuman NutriBrownRice®️ Instant Beverage


Kebaikan dalam minuman NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink


Kenapa kak ana dah serasi dengan minuman NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink ini, ialah kerana ia umpama makan bubur nasi beras perang waktu sarapan atau pun makan malam tetapi ia dalam bentuk minuman. Mudah di sediakan tak yah dah nak masak-masak bagai, cuma campurkan dengan air panas dan sedia untuk di minum. Malahan ia hadir dalam bentuk sachet yang boleh di bawa ke mana-mana.

Umum pasti tahu akan kebaikan dan khasiat beras perang ni. Lebih-lebih lagi untuk usia kak ana ni, amat di galakan menggantikan beras putih kepada beras perang ni. Namun kadang-kadang ada pelbagai kekangan untuk mendapatkan beras perang secara berterusan dalam sajian menu harian, jadi dengan adanya minuman NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink dapatlah sedikit sebanyak membekalkan nutrisi yang baik pada tubuh badan kita. 

Minuman NutriBrownRice®️PreBiotic Drink juga mengandungi Prebiotic yang merupakan pertumbahan bakteria baik untuk sistem penghadaman di dalam usus. Prebiotic ini penting untuk mempastikan sistem penghadaman usus berada dalam keadaan baik. 

Bila sistem usus kita berjalan dengan lancar, In Syaa Allah dapat mengelak daripada kesan sampingan yang buruk pada kesihatan seperti sembelit dan sebagainya. Bahaya weii kalau usus tak sihat, korang carilah info yang lebih tepat mengenai keperluan kepada Prebiotic ni di laman sesawang yang pakar dalam bidangnya. Kat sini kak ana lebih suka bercerita tentang kebaikan yang kak ana perolehi dari minuman NutriBrownRice®️PreBiotic Drink  sahaja. 


5 pilihan perisa NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink


Untuk pengetahuan korang semua, minuman NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink ini terdiri daripada 5 pilihan perisa untuk di nikmati. Sebab tuu kak ana tak lah bosan dengan rutin pengambilannya , adalah tukar-tukar perisa gituew. 

5 pilihan variasi NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink


1. NutriBrownRice®️ Original + No Sugar Added 


NutriBrownRice®️ Original + No Sugar Added


NutriBrownRice®️ Original + No Sugar Added adalah dalam kotak berwarna merah. Berperisa asli beras perang, tidak mengandungi kandungan gula yang amat sesuai untuk mereka yang tidak boleh dan tidak gemar pada kemanisan. Kak ana suka pada rasa asli tanpa gula ini kerana di usia kak ana ini amatlah perlu mengawal pengambilan gula berlebihan. 

Dalam setiap sajian mengandungi 5.1g prebiotic yang dah cukup untuk menjaga sistem penghadaman usus. Ia mengandungi 54% iaitu lebih daripada separuh serbuk beras perang yang memberikan rasa kenyang untuk kak ana di awal pagi atau malam.


2. NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotic 


NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotic


Sweet potato atau pun ubi keledek pasti ramai yang menggemari nya kan. NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotic dalam kotak cun warna ungu ni, nak kata kan ada rasa bubur keledek sikit-sikit pun yer juga tau. Lemak-lemak manis gitu, sedap lah.. 

Mengandungi perisa keledek ungu bersama kandungan 10.5g prebiotic dan 50% kandungan serbuk beras perang yang cukup sebagai kelengkapan keperluan bijirin sehingga 35% dan ia juga adalah 0% gula tambahan. Sekadar rasa manis keledek ungu yang dah memadai memberikan citarasa pada minuman ini. 


3. NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar 


NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar


Dalam kotak oren ni bukan lah perisa oren yer kengkawan semua, tetapi ia adalah NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar . Amat bagus untuk penjagaan diet kita semua dengan gabungan beras perang dan juga gula perang dalam setiap sajiannya. 

Di rumah ini kak ana memang mengamalkan penggunaan gula perang dalam sajian minuman dan makanan lebih dari gula putih. Di dalam setiap sachet NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar mengandungi gula perang + 3.5 prebiotic, 51% serbuk beras perang dan menepati 36%  keperluan khasiat bijirin yang di perlukan dalam sehari dan juga tanpa gula tambahan. Ia adalah perisa asli beras perang yang tak kurang juga sedap sebagai sajian minuman pagi, petang atau malam di mana juga kita berada. 


4. NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin 


 NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin


Kalau korang tanya hat mana satu yang menjadi kesukaan kak ana, jawapannya hat nii laa, dalam kotak hijau nii. NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin  menjadi pilihan kak ana kerana ia mengandungi oat dan perisa soya yang cukup selesa mengelakkan kak ana mendapat gastrik jika terlewat makan.

Minuman oat adalah kesukaan kak ana dan dengan adanya khasiat beras perang lagi lah memberi rasa kenyang untuk memulakan rutin kerja harian di rumah. Setiap pagi selalunya kak ana sarapan ringkas begini selepas Subuh, kemudian memulakan kerja rumah dan melakukan ibadah sebaiknya di setiap waktu terluang sambil menguruskan kerja-kerja secara online sama ada blogging atau KOL di media sosial. Sering juga lewat untuk makan tengahari namun segelas NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink adalah memadai. 

Setiap sajian mengandungi oat dan lecitin soya, 40% serbuk beras perang yang memenuhi 42% keperluan khasiat bijiran harian kita. 


5. NutriBrownRice®️Chocolate 


NutriBrownRice®️Chocolate


Sejujurnya kak ana belum lagi mencuba NutriBrownRice®️Chocolate ni. Namun kak ana yakin ramai peminat minuman coklat akan menyukainya apatah lagi untuk kanak-kanak. Dan dah boleh agak pun kan, perisa coklat ni macam mana rasa dia huhu :) pastilah ada rasa keenakan coklat.

Setiap sachet mengandungi coklat, 47% serbuk beras perang yang memenuhi 33% keperluan harian khasiat bijirin dan 1.6 sudu kecil gula perang sahaja . Sebab tu ia lebih sesuai untuk minuman golongan kanak-kanak dan orang muda sebagai sarapan pagi, minum petang atau lewat malam. Cuba lah korang..

Cara penyedian NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink


NutriBrownRice®️ Instant Beverage


Dah nama lagi minuman segera, cepat sahaja lah cara penyediaannya. Masukkan 220ml air suam dan masukkan 1 sachet NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink . Kacau hingga larut , baca Bismillah... dan minum laaa...


NutriBrownRice®️ Instant Beverage



Jangan tak tahu pula..  NutriBrownRice®️ PreBiotic Drink merupakan minuman Prebiotic yang  Nombor Satu 1#  di Malaysia
Ia juga adalah Produk yang dipercayai di bawah pengilangan
 HACCP, GMP dengan pensijilan  ISO22000 dan  Halal oleh JAKIM.

Untuk pembelian dan butiran lengkap layari ke : 

Laman sesawang : https://nutribrownrice.com
Instagram : NutriBrownRice
 

 

Nutri. Goodness Inside. #GutHealth #Prebiotic #HealthyLifestyle #NutriBrownRice



0 Comments