Rentetan dari entri sebelum ini, yang mana kak ana bersama BFF kak ana, Ida Megat, kami sama-sama menaiki KTMB-ETS ke Kampar dari KL Sentral yang kak ana terbit di SINI . Kami bukan lah saja-saja naik ETS berdua tapi kami ke Kampar untuk menghadiri reunion sekolah rendah kak ana, MGS Teluk Intan.


homestay The Trails of Kampar


Alhamdulillah ini kali ke-3 kami di izinkanNya sama-sama berkumpul semula dan jumlah kali ini lebih ramai dan ada dua tiga yang baharu saja join group dan terus hadir. Cuma sedih juga bila mengenangkan salah seorang dari kawan kami, Allahyarhamah Marlia Jaafar, yang telah meninggalkan kami sewaktu pendamik Covid 2020 yang lalu. 

Kalau ada pasti arwah tidak akan ketinggalan untuk join seperti RU kedua kami di sekolah asal kami dahulu. Kerana itu lah di usia-usia begini, kak ana akan cuba untuk bertemu rakan-rakan di setiap kesempatan yang hadir, kerana mungkin ia adalah yang terakhir kali.. Semua yang baik datangnya dari Allah swt.. Nanti ada kesempatan kak ana terbitkan entri RU kami , naa... In Syaa Allah..


homestay The Trails of Kampar


Kali ini kak ana nak share dengan korang, lokasi kami ber gather-gather di Kampar iaitu di The Trails of Kampar yang terletak di Bandar Agasia, Kampar. Merupakan bandar baru di Kampar ni yang mana sebelum ni kak ana dah pernah sampai dan terbitkan juga entri tarikan menarik di sini -> Disney Avenue, Bandar Agasia, Kampar (2017) .


Homestay The Trails of Kampar


Homestay The Trails of Kampar


Tapi sayang sangat, Disney Avenue ni dah bagaikan terabai dan terbiar. Dah tak ada dah cafe-cafe kat sana dan bangunan cantik-cantik tu pun nampak tak terjaga dah yang kak ana nampak sekarang ada bazar jualan di waktu petang sebelum kami balik ke KL waktu tu lalu la sekejap kawasan ni.


Okay jom kita sambung cerita penginapan homestay kami di The Trails of Kampar yang sangat cantik dan menarik lokasinya. Berkonsepkan kediaman ala-ala pekan koboi dengan deretan bangunan unit kediaman 3 tingkat berwarna putih bersih di kelilingi pokok-pokok ru yang menghijau. Bila dalam gambar nampak ala-ala berada di luar negara, gituew.


homestay Kampar


Cantik sangat senibina kediaman berpagar dan kawalan keselamatan ini bila kita masuk semuanya serba putih dan seperti rumah papan-papan bertingkat. Hakikatnya ia adalah unit rumah apartment berdinding batu, bila masuk ke dalamnya. 

Dilengkapi dengan kemudahan club house seperti kolam renang, gym, gelanggang berbumbung dan homestay yang kami duk ni ada wifi yang laju, selesa sangat untuk di gunakan. Rumah ni 3 bilik tidur yang luas dan bersih serta berhawa dingin di setiap bilik dan ruang tamu.


homestay Kampar
bilik ke 3 - bilik kenangan kak ana dan Ida bermalam disini 


Bertangga untuk naik ke aras 1 sekali pun menjadikan ia sangat unik dari konsep senibinanya. Ada ruang masak dan di lengkapi peti sejuk, microwave, dapur letrik dan utensil dapur. Homestay Seri Damai , The Trails of Kampar. Korang boleh cari di FB untuk dapatkan info kalau nak sewa di sini.Homestay ni kawan kak ana, Riza yang booking dan di sponsored oleh kawan kami Nonie sepenuhnya 3 hari 2 malam. 


homestay The Trails of Kampar

Terima kasih Riza dan Nonie atas urusetia kediaman. Semoga di murahkanNya rezeki dan pahala yang berkekalan untuk kalian berdua. Nonie ambil 3 hari 2 malam di mana malam pertama yang bermalam di sana termasuk kak ana, Ida Megat, Nonie, Riza, Linda, Yan dan Gee. Rozita yang maii dari Baling, bermalam bersama keluarga di hotel berdekatan homestay pun duk lepak di rumah sampai tengah malam.. 


The Trails og Kampar homestay
gambar malam tak clear sebab ss dari video huhu


Ini sebab kami nak gunakan homestay ni whole day untuk aktiviti RU kami dan malam seterusnya, Gee dan anak-anaknya pula bermalam di sini. Alhamdulillah.. semuanya selesai dan berakhir dengan baik. Terima kasih Gee,kemas semula homestay pada hari Ahad pada owner dalam keadaan baik. 


Kalau korang nak cari homestay untuk apa-apa majlis di Kampar, kak ana sangat cadangkan untuk menginap di The Trails of Kampar ni sebab ia memang selesa, cantik dan privacy. Tak ramai sangat residen yang kak ana jumpa waktu tu. 


The Trails of Kampar

Tapi tidak lah sunyi sangat kerana ada sahaja kelihatan residen di waktu malam bermain badminton di club house court dan kolam renang. Kolam renang ada dua seperti biasalah untuk dewasa dan kanak-kanak. Nak bbq pun boleh kat sini. 



Memang berbaloi lah nak bercuti sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan atau keluarga kat sini. Kampar pun sekarang ada beberapa tarikan menarik hingga ke Gopeng sana. Boleh lah korang stay di The Trails of Kampar ni, kay...Semoga bermanfaat..





4 Comments

  1. saya datang berbalas kunjungan..salam kenal kak ana
    seronoknya kak dapat buat reunion jumpa kawan2 lama mengimbau zaman sekolah rendah

    ReplyDelete
  2. cantik betul lah kak dari luar dan dalam, design bangunan tu yang nampak lain dah lawo tu

    ReplyDelete
  3. nampak selesa cantik dan bersih, pekan disney tu dh jd semak samun.

    ReplyDelete