Lama dah merancang di group alumni sekolah rendah kak ana, MGS TI untuk kami adakan reunion semula selepas kali terakhir sebelum pendamik lalu tak silap kak ana tahun 2018. Masa tu kami buat di sekolah rendah kami sendiri di SRK Perempuan Methodist atau Methodist Girls School ( MGS ) Teluk Intan. 

Kali ni puan chair kami Nonie cadang nak adakan di luar Teluk Intan, dan lokasinya di Kampar, Perak. Memandangkan ada dua sahabat kami tinggal di sana. Sebagai salah seorang komiti acara, kami cadang nak bermalam di homestay yang Nonie sponsored iaitu di The Trails Of Kampar untuk persiapan.


Cara beli tiket ETS online


Nak ke Kampar sendiri drive suami kak ana tak benarkan, dia nak hantar sendiri katanya. Tapi ada seorang BFF kak ana yang tinggal di Kajang pun tak ada transport nak pii. Last-last kak ana dan BFF kak ana, Ida Megat, kami cadang nak naik ETS sahaja. Sampai sana geng dari Teluk Intan akan ambil di stesen KTM Kampar dan terus ke homestay.


Cara beli tiket ETS secara online 


Alhamdulillah, suami izinkan dan Adik Ika pun laju lah belikan tiket ETS secara online. Mudah jer rupanya, masuk ke website www.ktmb.com.my, pilih ETS laluan dari mana ke mana, tapi kena log in lah untuk pembelian tiket. 

Pilih Coach mana dan nombor seat, buat pembayaran dengan menggunakan debit card dan simpan sahaja tiket dalam bentuk PDF file tanpa perlu print. Kami pilih Coach C dan Seat Forward 9A dan 9B supaya tak duduk jalan gostan , mau pening nanti. 

Owh ye lupa nak bagitau, nanti waktu pembelian kena masukkan nama dan nombor kad pengenalan. Ini untuk urusan keselamatan sahaja. Harga tiket ETS kami dari KL Sentral ke Kampar pada waktu tu ialah RM31 sahaja seorang dan sehala. 


cara beli tiket ETS online


Gitu lah rupa tiket ETS kami berdua simpan sahaja dalam handphone dalam bentuk PDF File atau kat email pun boleh. Selesai bab pembelian tiket dan tibalah hari yang di nantikan oleh kami berdua yang pertama kali nak naik ETS dari KL Sentral ke Kampar. 

Jadual perjalanan kami pada jam 11:32 pagi. Kul 10 pagi kak ana dah sampai ke KL Sentral , suami dan Adik Ika hantar. Banyak pesanan dua beranak ni takut ibunya tersalah platform la, tersalah train la..hehe.. 


Perjalanan ETS KL Sentral ke Kampar


Kak ana janji dengan Ida jumpa kat Burger King sebab Ida sampai lagi awal ikut anaknya ke pejabat. Sampai sana Ida tengah sarapan dan kak ana dah pun sarapan dengan suami dan Adik di RnR Sungai Buloh. Lepak sekejap di Burger King dan kami gerak ke tandas dan Guardian sebab nak beli sedikit barang lagi. 

Ingatkan kena ada di balai menunggu jam 10:30 pagi, jadi kami pun terus naik ke aras 2 KTMB . Rupanya jam 11:15 am baru giliran kami masuk ke balai menunggu. Penuh pula ruang kerusi di aras 2 KL Sentral. Kami pun masuk ke KFC kat depan KTMB ETS tu untuk lepak seketika. 

Ida yang baru sahaja lepas makan, makan lagi jelly aiskrim dan minum lemonade dan kak ana minum secawan kopi sahaja, sehinggalah pengumuman untuk nombor train perjalanan kami di panggil masuk ke balai berlepas. Haa.. gituew procedurnya yer.. maklumlah pertama kali kan..



naik ets kl sentral ke kampar


Bila nak masuk ke platform yang terletak di aras bawah, kita kena scan tiket terlebih dahulu. Hanya dengan menggunakan handphone sahaja, buka file PDF tadi dan scan bar code. Kalau yang cetak atau beli di kaunter pun sama scan pada bar code untuk laluan masuk.

Kemudian turun dengan escalator ke platform dan ETS dah pun sedia menunggu kita. Pilih coach mana dan masuk, cari seat masing-masing.  Beg dan luggage boleh letak di atas seat atau sebelah ruang kerusi antara seat di bahagian belakang tau pintu masuk. Duk diam-diam sehingga la train bergerak tepat pada masanya. 


Pengalaman naik ETS KL Sentral ke Kampar



naik ets kl sentral ke kampar


Alhamdulillah kak long dah pesan kat Adik carikan ibu dan cik Ida nya seat yang tak jalan ke belakang. Jadi masa pilih seat kena tengok sign yang tulis forward. Kalau dak mau pening kan 2 jam perjalanan nanti. Kak ana duduk di tepi tingkap mudah la nak ambil video dan gambar. Ada kak ana share di tiktok dan Reels nanti, naa..

Seat selesa , luas dan coach C kami duk ni ada cafe di dalamnya. Jadi laluan seat tu ada sahaja orang akan lalu untuk ke cafe. Dari KL Sentral hingga lah ke Rawang, agak banyak juga hentian yang singgah untuk mengambil penumpang, walaupun tiket kami tiket Gold. Kalau Silver lagi banyak kali berhenti kata Kak Long, sebab dulu waktu belajar di UiTM Tapah dia ulang alik dengan ETS ni Tapah ke Rawang. 

Selepas Rawang memang laju ya amat perjalanannya hinggalah berhenti di Tanjung Malim , Behrang, Sungkai, Tapah dan Kampar destinasi kami. Kemudian ETS ni terus ke Ipoh. 


cafe dalam  ETS KTMB


Kak Ana dan Ida pun pii laa bergerak ke cafe selepas tengok dah tak ada orang kat sana, nak laa ada pengalaman makan dalam ETS kan. Comel je cafe ni dan tempat makan menghadap tingkap. Bayaran secara tunai atau qr code dan e-wallet sahaja. Tak boleh debit naa..

Menu semua jenis ready to eat dan staff akan panaskan dalam microwave sebelum boleh di makan. Kak ana lihat ramai yang membeli dan makan di seat sendiri kerana tempat duduk terhad sangat. Di seat pun ada ruang makan yang korang boleh tarik dari seat orang depan.

Tapi kak ana dan Ida pilih gak nak makan di cafe. Dah laa pandangan mengiring , ruang agak sempit ermmm.. bertabah lah demi sebuah pengalaman ye dak. Bergoyang sakan duk makan sebab memang laju sungguh selepas stesen Rawang ke atas ni huhu.. 


pengalaman naik ets


Sama sahaja pilihan menu kak ana dan Ida, nasi lemak rendang dan air kotak. Total semua RM25 untuk 2 orang. Tapi rendang ayam di sedap sangat nasi lemak pun okay jer. Kecil la portion ye lah bukan lama sangat pun 2 jam perjalanan sahaja kan, cukup sekadar alas perut. Alhamdulillah..

Lepas makan, masukkan dalam kertas bungkusan dan buang dalam tong sampah yang di sediakan di sebelah luar pintu coach. Tandas pun sama sebelah pintu coach kena keluar dari coach, tapi kak ana tak pii pun. 

Tak sedar sangat 2 jam perjalanan kerana banyak yang kami bualkan, dan tepat seperti tercatat dalam tiket EAT kami di Kampar tepat jam 1.46 petang sampailah di stesen KTM Kampar. Ahamdulillah.. 




Sampai di platform pelan-pelan keluar pun tak pe sebab agak lama juga masa di berikan jadi tak yah kelam kabut nak keluar,kay. Dah keluar kami kena naik tangga ke platform seberang untuk keluar stesen,  mujur ada di sediakan lif tak yah laa kena angkat beg mendaki anak tangga maklumlah usia-usia remaja  macam kami ni bukan larat sangat huhu :) 





Sempatlah kami ber ootd di platform stesen KTM Kampar ni, tak lama kemudian, geng dari Teluk Intan, Nonie dan Riza sampailah jemput kami berdua. Terima kasih Nie. Kami ke pekan Kampar, beli lagi keperluan majlis esok dan terus ke The Trails Of Kampar, homestay kami untuk majlis Reunion MGS TI kali ke 3. Nanti kak ana sambung naa.. In Syaa Allah..

Inilah coretan perjalanan dan pengalaman pertama kali kak ana menaiki KTMB ETS dari KL Sentral ke Kampar bersama kawan baik dari darjah satu.Satu pengalaman yang cukup indah dengan izin Allah swt buat kami berdua. Kak ana kongsikannya di sini yang mana mungkin ada manfaatnya buat mereka yang tercari info cara membeli tiket ETS serta nak tahu perjalanan dalam ETS . Semoga bermanfaat... Aamiin. 











1 Comments