Sebelum ni ada kak ana terbitkan entri Homestay 4 bilik di Lumut yang kak ana pii bermalam di rumah adik kak ana sempena majlis kesyukuran depa. Pagi tu adik kak ana bawa lah kami pii sarapan pagi ke satu port viral katanya di Kampung Sitiawan, Manjung.

Makan roti canai tepi sungai atau kalau tak silap kak ana muara kut. Sebab kat sini kan dekat dengan laut dah. Tak pasti pula air tu masin atau tawar . Apapun sangat menarik pemandangan tepian muara atau sungai dengan keluar masuk perahu bot orang awam.


roti canai Pak Tam, Kampung Sitiawan,Perak


Satu view yang unik dan mendamaikan mata memandang bagi kita warga kota hutan batu nii. Sesekali menikmati luasnya dan indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Agong.. Masyaa Allah..Dan lebih syok pula sarapan pagi bersama keluarga lengkap adik beradik, anak menantu dan abah kak ana sekali pagi tu.. nikmat manakah yang kamu dustai lagi..


Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan yang viral


roti canai tepi sungai di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan


Kedai biasa sahaja dan roti canai pun biasa sama seperti makan di gerai lain sebelum ni. Cuma uniknya adalah pemandangan di tepi sungai di waktu pagi bersarapan di Kedai  Roti Canai Pak Tam menjadikannya agak istimewa. 

Pagi tu agak ramai juga pengunjung di kedai Pak Tam. Adik dan suami dropped kan dahulu abah dan keluarga yang lain depan kedai. Kak ana ikut suami dan adik cari parkir kereta di hujung ke hadapan sikit agak jauh dari kedai roti canai Pak Tam. 


kedai roti canai viral Pak Tam, Kg Sitiawan, Perak


Kampung ni betul-betul tepian sungai dan jalannya agak sempit kena perlahan dan hati-hati. Hujung minggu atau cuti sesak juga kat sini kak ana lihat kerana ada jualan menjual hasil laut ikan segar dan seafood di sepanjang jalan berdekatan dengan gerai roti canai Pak Tam ni. 

Memang segar, ketam pun hidup lagi adik ipar kak ana beli. Harga murah dari di pasaraya yang selalu kak ana beli. Sangat berbaloi, tapi kami tak beli banyak sebab tak dapat nak bawa balik , jauh kan.. Beli untuk masak makan tengahari di rumah adik ipar je hari tu. 

Kak ana beli ikan nyok-nyok seekor besar dan segar baru RM25 sahaja. Beli juga sotong pun dalam harga RM24 banyak segar, gemoks semuanya. Adik ipar kak ana beli ketam, hidup lagi masa kami bawa balik rumahnya dan masak. 


roti canai Pak Tam Kg Sitiawan


Haha! Melalut dah cerita beli ikan pula yer.. memang seronok lah suri rumah macam kak ana ni kalau dapat beli bahan mentah masakan yang segar dan murah gini. Maklum lah kat kediaman kak ana tak dapat benda-benda gini.

Berbalik ke kisah kedai roti canai Pak Tam, Kampung Sitiawan yang viral ni, alhamdulillah kami dapat dah tempat duduk semeja panjang untuk semua. Masing-masing order bila ada pekerja datang ambil order. 


roti canai Pak Tam, Kg Sitiawan, Perak

Nampak memang ramai tapi alhamdulillah.. masa menunggu makanan sampai tak lah lama sangat. Sekejap juga dah dapat air dan roti canai masing-masing di meja. Memang ramai juga tukang tebar roti canai kat kedai Pak Tam ni, patut lah cepat servisnya.. 


roti canai Pak Tam Kg Sitiawan


Selain roti canai yang viral, ada juga di letakkan nasi lemak bungkus kecil dalam bakul di meja hadapan kedai ni. Ada nasi lemak ikan , nasi lemak biasa dan kuewtiau pagi tu serta kuih muih. Setiap bungkus nasi lemak dan kuewtiau tu cuma RM1.50 sahaja. 

Pertama kali kak ana makan nasi lemak ikan, ada nasi lemak sambal ikan sardin di potong kecil. Memadailah dengan harga RM1.50 kan. Sedap nasi dan sambal nasi lemak ni.. 


roti canai tepi sungai Sitiawan


Adik ipar ambil kuih popia goreng, sedap juga rasa nya. Ada juga kuih putu perak dan pulut panggang, tapi kak ana tak ambil pun sebab memang nak makan roti canai pagi tu. 


roti canai Pak Tam Kg Sitiawan


Hat nii roti tampal dan yang bawah nuun roti canai banjir. Pelik sikit lah banjir dia laguu tuu sebab selalu kalau makan kat sini atau mamak banjir depa dah cincang roti canai tuu siap-siap. Tapi okay jer kita raikan perbezaan barulah unik kan...


roti canai Pak Tam Kg Sitiawan

Harga sekeping roti canai nii berapa kak ana tak ingat ler pulak, maklum lah makan sarapan pagi tu adik kak ana , Lan yang lanjerr tapi antara RM1.20 ke RM1.50 laa agaknya tak lebih dari tu. Kalau roti tampal dan sebagainya dalam RM2 gituew. Tak pasti dan lupa nak ambil gambar menu. 

Apapun sesuatu yang sangat menarik pada kak ana untuk di kongsikan kepada pengunjung setia blog anajingga dot com . Lokasi sarapan pagi di tepian sungai dan kemudian belilah ikan udang sotong dan aneka lauk pauk segar di tepi-tepi jalan kat sini untuk masak tengahari. 

Kak ana maii sini hujung minggu begitulah situasinya kalau hari biasa kak ana tak pasti ada atau tidak jualan ikan-ikan dan hasil laut nii. Kalau kedai roti canai Pak Tam ni rasanya ada setiap hari kecuali hari Jumaat , ikut pada papan tanda kedai tu. Jumaat depa cuti. Semoga bermanfaat buat semua, In Syaa Allah... 










1 Comments

  1. suri rumah kalau jumpa makanan, lauk pauk memang rasa syurga dah tu

    ReplyDelete