Bila lama tak pekena patin tempoyak , suami mula lah nak cari mana nak makan patin tempoyak yang power di sekitar Selangor atau KL. Maklumlah nak ke Temerloh tu bukan dekat, sekadar nak pii makan balik lapar semula dah. 

Alhamdulillah.. di sekitar Rawang ni pun ada jual lauk patin tempoyak tapi masak yang segera tu laa. Pernah juga kak ana masak sendiri patin tempoyak frozen pemberian jiran, sedap juga. Ada ikan patin dan pes tempoyak , kita cuma perlu panaskannya sahaja. Okay juga lah rasa dia, sedap dan pekat, ikan pun okay sebab dah di masak siap-siap,kan. Kita panaskan sahaja masih rasa segar ikan patin.


Restoran Temerloh Catering Ikan Patin ,Wangsa Maju


Restoran Temerloh Catering Ikan Patin , Wangsa Maju


Kali ni suami janji dengan kak long dan Aiman nak makan sekeluarga ikan patin. Aiman pun suka juga makan patin ni, elok benar la kan. Senang menantu pun boleh guu dengan kami. Kami cadang nak makan patin tempoyak kat Wangsa Maju jer . Restoran ni selalu nampak kalau kami ke Wangsa Walk, tapi tak pernah singgah makan lagi.


Restoran Temerloh Catering Ikan Patin , Wangsa Maju


Kami parkir kat Wangsa Walk dan betul-betul berhadapan parkir sahaja jalan kaki seberang jalan dah sampai ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin yang terletak di Wangsa Maju. Ramai juga pelanggan sedang makan tengahari kat sana, kami sampai dalam jam 2:30 tengahari lebih kurang.

Tengok menu ada banyak lauk pauk nasi campur kat sini dan semua pun dah letak harga, mudah laa nak pilih ikut bajet masing-masing. Sebab kami memang nak makan patin tempoyak, kak ana pilih patin tempoyak yang akan di ceduk staff dari dalam periuk besar. 


Restoran Temerloh Catering Ikan Patin , Wangsa Maju


Di letakan harga berbeza untuk jenis-jenis patin, cuma yang ada tengahari tu patin sangkar sahaja. Semangkuk atau sepotong berharga RM17 kalau tak silap kak ana. Kita boleh pilih bahagian ikan patin mana yang kita nak. 

Kami pilih satu kepala dan dua badan. Maknanya 3 mangkuk patin tempoyak hari tu. Satu mangkuk tambah kemudian sebab tak puas makan huhu . Awal-awal ambil 2 mangkuk sahaja. Kak ana memang suka makan patin bahagian kepala sebab ada lemak gemok kat bawah leher ikan, tu yang best.


Restoran Temerloh Catering Ikan Patin , Wangsa Maju

Kami ambil nasi putih, ulam-ulaman , sambal belacan, telur masin dan Adik Ika ambik ayam goreng, sebab dia tak berapa makan patin. Memang gitu lah kalau nak makan patin tempoyak nii, tak leh ambil lauk pauk lain. Nanti hilang feel nak makan patin dah.

Makan nasi berlauk patin dengan ulam , sambal dan telur masin dah cukup dah,kan.. Air minuman biasa-biasa sahaja kami order macam limau asam boi, limau ais, sirap, teh o dan sebagainya. Kiranya sangat berbaloi untuk makan sekeluarga menu ikan patin di Restoran Temerloh Catering Ikan Patin, Wangsa Maju. Kalau korang duk area berdekatan atau jalan-jalan Wangsa Maju teringin patin pii laa naa.. 

3 Comments

  1. Sedapnya ikan patin masak tempoyak.

    ReplyDelete
  2. terus terliur nengoknya kak oi...sedap nya patin tempoyak

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. selera kita sama kalau ambil lauk patin, memang kena gu ngan ulam aje, lauk lain tak masuk, nt hilang nikmat patin tempoyak.

    ReplyDelete