Sebelum ni pernah kak ana terbitkan entri kak ana ke Gamuda Gardens ni untuk melengkapkan suntikan vaksin di sini. Tak berapa jauh dari kediaman kak ana, terletaknya kawasan perumahan bandar terancang Gamuda Gardens. Ada dua projek perumahan Gamuda di sekitar kawasan menuju Kundang, iaitu Gamuda Estate dan Gamuda Gardens.


taman permainan Gamuda Gardens, Rawang


Paling popular waktu ni adalah Gamuda Gardens kerana adanya sebuah kawasan untuk rekreasi sekeluarga serta taman tema air yang bersaiz agak kecil. Kawasan rekreasi Gamuda Gardens ni agak luas juga terbentang menghijau saujana mata memandang. 

Kak ana sendiri dah beberapa kali ke sini pada hujung minggu di sebelah petang bila dah tak ada nak ke mana-mana haluan. Sebab jarak yang tak jauh dari rumah dan suami suka brisk walk petang di kawasan ni. 


taman riadah Gamuda Gardens, Rawang

Ada pelbagai tarikan yang ada di sini selain dari jogging atau brisk walk, korang boleh sewa basikal dan ada donut boat ride kalau hujung minggu. Tarikan utama kanak-kanak adalah taman permainan di mana adanya giant slide dan pelbagai sudut permainan kanak-kanak. 

Taman tema air Big Bucket Splash , Gamuda Gardens di kena bayaran untuk masuk dan ianya tidak lah luas, kecil sahaja sesuai lah dengan harga tiket yang di kenakan. Jom kak ana kongsikan dengan korang pemandangan dan aktiviti yang ada di Gamuda Gardens Park yang kak ana kunjungi beberapa minggu lepas. 


Taman riadah Gamuda Gardens Park


Gamuda Gardens


Dua gambar pertama di atas tu adalah tarikan utama atau landmark taman rekreasi Gamuda Gardens ni laa. Air pancut yang berderet deruan air nya di sebelah tasik atau kolam buatan sentiasa dengan deruan bunyi air yang mendamaikan. Cantik untuk yang suka ber ootd di sini.




Dan di tengah kolam menghadap sales galery itu juga lah terdapatnya satu lagi air pancut atau fountain tinggi menjulang , satu lagi tarikan utama pengunjung ke sini. Di dalam kolam atau lebih kurang tasik yang tidaklah begitu luas inilah adanya aktiviti donut boat atau kayuhan bot bulat. 



Ada bayaran di kena kan tetapi waktu kak ana ke sini tiada pula penjaga atau mungkin aktiviti ini tidak di jalan kan pada waktu itu,Waallahu a'lam... 


Taman riadah Gamuda Gardens Park


Taman tema air Big Bucket Splash, Gamuda Gardens, Rawang



Untuk beriadah ke sini, korang boleh parkir kenderaan di hadapan sales galeri Gamuda Gardens ni sahaja dan ia adalah percuma. Di bahagian hadapan terdapatnya sebuah mini mart dan gym. Sebelah ruang parkir itulah letaknya taman tema air Big Bucket Splash untuk kanak-kanak. Bayaran tiket masuk yang sempat kak ana tengok kat kaunter depa adalah RM36 untuk kanak-kanak dan RM18 untuk dewasa.


teman tema air Big Bucket Splash Gamuda Gardens


Mesti korang pelik kan kenapa harga tiket kanak-kanak lagi mahal ? Kak ana rasalah kan, sebab taman tema air ni hanya untuk permainan kanak-kanak sahaja, orang dewasa hanya sebagai peneman, agaknya lah sebab kak ana pun tak pernah masuk. 


gamuda gardens park


Tapi kalau korang nak jenjalan santai petang percuma sahaja di sekitar taman rekreasi Gamuda Gardens. Boleh berkelah bawah-bawah pokok, boleh sewa basikal dan kayuh sekitar taman, anak-anak boleh bermain slide besar, buai, mini flying fox (cecah rumput jer ) dan sebagainya. Ada juga sebuah cafe kat hadapan pintu masuk tu tapi kak ana tak try lagi juga . 




Gelongsor besar atau giant slide ni satu masa dahulu pernah viral di tiktok. Memang besar juga ia menganjur turun dari atas kawasan berbukit ke bawah. Seronok anak-anak bermain di ruang terbuka begini kan. Biar berpeluh sihat, In Syaa Allah.. 




Ruang pelantar macam ni sesuai kalau nak berkelah kan, sambil perhatikan anak-anak bermain di hadapan nya, tak lah kita terlepas pandang anak-anak.




Sekarang ni kebanyakan taman perumahan menyediakan ruang riadah dan rekreasi yang menarik bukan sahaja untuk residen malahan orang luar juga boleh tumpang menikmatinya. 

Kita amat perlu untuk melakukan riadah bersama keluarga atau pun kawan-kawan di hujung minggu atau pun bersenam , jogging , brisk walk atau berbasikal untuk menjaga stamina dan kesihatan badan. 




Kalau korang berada si sekitar Rawang atau Kundang boleh lah ke sini bersama anak-anak atau kawan-kawan. Di sini juga ada dewan perkahwinan Bismilaa untuk yang nak adakan majlis resepsi. Semua info korang carilah di internet naa. Kak ana cuma kongsikan pengalaman kak ana di taman rekreasi Gamuda Gardens sahaja untuk tatapan pembaca. Semoga ada manfaatnya.. Aamiin. 




2 Comments

  1. cantik tenang je nampak tempatnya kak...

    ReplyDelete
  2. hari tu nak dtg picnic sini. pastu hujan pulak. cancel. next time nk pergi jugak lah. mcm best je

    ReplyDelete