Kak long laa nii teringin sangat nak makan pekasam telur sotong ni. Dia beli di Penang waktu jenjalan ke sana dengan mertuanya baru-baru ni. Dia bawa balik , nak makan dengan ibu katanya. Lama juga kak ana simpan dalam peti ais, sementara tunggu di balik rumah.

Last-last masa kak ana nak pii rumah depa, bermalam kat sana bawa Adik IV di Cyberjaya. Kak ana goreng siap-siap di rumah dan bawa kat Kak Long. Korang tau tak dalam bekas tapau tu penuh beras wadi nya sahaja. Telur sotong adalah 3 keping saiz 3 jari gituew.


pekasam telur sotong


Pekasam telur sotong 


Mahal agaknya telur sotong jadi depa buh la sikit. Jadi la buat merasa. Beras goreng tu pun kena buh sekali bila nak makan pekasam , baru lah ada rasa pekasamnya.

Sedap ke pekasam telur sotong ? Pada kak ana, rasa macam sotong juga lah . Kenyal lembut macam tu. Ada rasa masam-masin sikit. Okay lah tak lah sedap sangat pada selera kak ana. Makan dengan nasi panas pun sedap dah.


pekasam telur sotong


Cara goreng telur sotong 


Cara goreng pekasam telur sotong ni mudah, sama macam goreng pekasam biasa. Hiriskan bawang merah dan cili api atau cili merah. Goreng dahulu pekasam telur sotong tanpa beras goreng. Angkat. Kemudian goreng kan pula bawang merah dan cili hiris tadi hingga garing, kalau nak taburkan sikit beras goreng.


pekasam telur sotong


Hidangkan di atas pekasam sotong tadi taburan bawang dan cili goreng serta beras goreng. Owh yer lupa nak bagitau, satu pek pekasam telur sotong ni kak long beli RM10 sahaja. Okay juga la pada kak ana sekadar nak merasa sekali sekala. 


 

4 Comments

  1. Tak pernah cuba lagi telur sotong pekasam ni. Kalau ikan pekasam tu biasalah. Sedap makan masa hujan panas-panas tu

    ReplyDelete
  2. Baru pertama kali tahu pasal pekasam telur sotong ni Kak Ana... Sy pernah mkn pekasam daging tp bagi sy pekasam ikan juga yg paling sedap, sebab dah biasa makan :)

    ReplyDelete