Sebelum ni kak ana selalu ke Ikea di Mutiara Damansara tu, tapi biasa lah pengaruh Tiktok kini ada dibuka pula U.JU Home sebelah je di The Curve. Kak ana pula memang kaki dekor rumah , ermm excited nak pii U.JU pula selepas terjebak dengan Objet

Antara kedai menjual dekorasi rumah gaya moden esthetic seperti Scandi dan Boho yang sedang viral masa kini antaranya Kaison, Objet dan terkini U.JU nii laa.. Jom kita tengok apa yang ada di U.JU pula. 


U.JU The Curve , Mutiara Damansara


U.JU Home ,The Curve , Mutiara Damansara


Hasil tinjauan kak ana.. cewahhh!! Tinjau-tinjau lak yer.. masa kak ana maii U.JU ni kami masuk dari Ikea. Korang masuk The Curve dan lot U.JU ni terletak di aras 2 bersebelahan dengan Mr DIY. 

Tak luas sangat lot kedai U.JU Home ni kalau berbanding Objet dan Kaison. Dan kebanyakan produk nya pun tak banyak beza dengan Objet Home. Malahan Objet lagi banyak pilihan lah pada kak ana kerana U.JU ni terhad kepada dekorasi bersaiz kecil sahaja. Tapi just nice laa kata orang putih, sebab lagi banyak pilihan lagi rambang mata kan..


U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara

Dari segi konsep dan harga pun tak banyak beza antara kedua kedai dekorasi rumah ni, lebih kurang sahaja. Cuma di U.JU Home lebih banyak pilihan dried flowers seperti pampas dan dried baby breath berbanding Objet. 

U.JU juga banyak produk dari besi dan anyaman yang agak esthetic temanya. Ala-ala gipsy pun ada juga kedai ni. Tak banyak pilihan produk kaca dan pinggan mangkuk sangat, mungkin sebab outlet The Curve ni agak kecil nak pamerkan kesemua produk depa agaknya. 


U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara


Lebih kurang kan produk dekor yang ada kat sini dengan Objet seperti yang pernah kak ana share dengan korang di entri kat link atas sekali tu. Tapi ada juga yang tak ada di Objet tetapi ada di U.JU ni. Kena pandai pilih ikut tema dekorasi ruang masing-masing.


U.JU The Curve , Mutiara Damansara


U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara


Korang layan lah gambar-gambar yang sempat kak ana rakamkan waktu ke sini beberapa minggu yang lepas. Tak banyak yang dapat kak ana ceritakan sekadar jamu mata, kalau ada yang berkenan boleh lah maii sini dan shopping. 


U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara

U.JU The Curve , Mutiara Damansara


Kak ana ke sini tujuan asal nak cari hadiah untuk adik ipar masuk rumah baru. Rumah baru Julia Alisya di Manjung ni cantik sangat dengan tema Farm House . Tapi pusing-pusing tak ada pula yang berkenan di hati nak hadiah kannya. Last-last kak ana beli cake dorm di Ikea. 

U.JU ada jual fake book 



U.JU The Curve , Mutiara Damansara


Tapi kalau korang sedang mencari 'fake book ' untuk dekor kat U.JU ni memang ada jual. Murah jer RM5.90 satu. Mungkin mahal sikit dari Shopee tapi hat ni tak perlu bayar postage la kan. Lagi satu pernah adik ipar kak ana beli fake book di Shopee bila sampai penyet, adoi sayang nya nasib baik dapat refund. Kalau beli terus dari kedai macam U.JU ni selamat lah melainkan korang yang hempap dia dengan benda lain huhu :) 


U.JU The Curve , Mutiara Damansara


Berkenan sungguh kak ana dengan design pinggan atas ni, nanti la nak beli juga buat props masakan. Harga lebih kurang sama dengan Objet. Kalau kebetulan nak ke Ikea nanti boleh singgah sini lagi, sebab kak ana lebih mudah ke Objet di Setia City Mall tak jauh sangat dari rumah. 

Okaylah setakad ni sahaja dapat kak ana kongsikan dengan korang kedai dekor U.JU Home yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Kalau korang kaki dekor nak cuci mata atau shopping U.JU boleh la datang sini. Tapi kan tak best nya sebab depa buh barang kita beli dalam plastik beg huhu :( Petang tu kak ana cuma beli dua lilin putih dan satu kaki lilin kaca sahaja. Jadilah jangan tak beli ye dak.


4 Comments

  1. dried baby breath tu sangat mengoda. sayang jauh

    ReplyDelete
  2. First time dengar deko fake book. Tapi kalau rumah saya banyak dah buku tak tau nak letak mana. Hihi

    ReplyDelete
  3. Kalau sy kak, cuci² mata pun dah cukup kat sini... mcm² ada... dlm byk² kedai yg kak ana tulis tu kt kuching ni ada kaison je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah singgah sini lagi.. tp tgk mcm best2 barangnya.. Boleh la berjalan2 cuci mata dan cuci poket sekali kat sana

    ReplyDelete