Pokok bunga telang belakang rumah kak ana ni, makin hari makin menjadi menjalar nya sampai dah naik ke pokok belimbing buluh sebelah. Pokok mulbery tu sampai kak ana dah cantas dan dahannya, habis kena lilit dengan si telang biru.

Selalu kak ana akan buang salur paut pokok telang ni sampai ke bawah. Nak buang sayang pula nak tak nak kena lah selalu trim dia agar tak menjalar merebak jauh dan tak boleh nak kawal. Pokok bunga telang biru ni, kak ana tanam dari biji benih pemberian jiran sebelah rumah berbangsa Cina,Ngan. 


Cara tanam pokok bunga telang


Cara tanam benih pokok bunga telang 


Kami ni selalu la dulu-dulu berkebun belakang rumah ni, tapi sekarang Ngan berniaga dah jarang nampak dia keluar belakang. Mudah sangat nak tanam pokok bunga telang, cuma taburkan biji benuh nya yang dah tua, berwarna hitam dan kering, In Syaa Allah tumbuh lah ia dengan jayanya.



biji benih bunga telang


Biji benih dalam foto kat atas ni belum cukup matang lagi, warna masih cerah. Hat yang sesuai di jadi kan benih bila ia bertukar kepada warna hitam. Buka dan dalam kelongsong biji benih tu ada butiran halus, taburkan sahaja kalau nak buat semaian. 

Kak ana tabur terus ke tanah dan Alhamdulillah ia hidup sendiri. Tapi tuu laa, cari kawasan yang lapang untuk tanam kerana bila ia merebak,habis pokok sekitarnya kena lilitan nanti.

Sambil tu kak ana nak kongsikan dengan korang antara khasiat bunga telang yang kak ana jumpa di carian internet. Menurut sumber myresepi.com yang juga ceduk dari perkongsian FB Puan Marshita Hj Md Zukhi

Perkongsian yang bermanfaat kita panjang-panjang kan.Cuma keberkesanannya kak ana tak pasti sejauh mana, tak salah mencuba khasiat alami ni, tidak memudaratkan kerana setiap satu yang Allah swt jadikan, pasti ada manfaatnya, In Syaa Allah..

Khasiat bunga telang 

Selain dari di jadikan ulam, ia juga di jadikan pewarna semulajadi untuk warna biru dalam masakan pelbagai kaum di Malaysia ni. Jom kak ana kongsikan semula di sini antara khasiat bunga telang sebagai remidi untuk beberapa permasalahan .



Khasiat bunga telang

1. Penjagaan dalaman wanita

Resepi teh bunga telang :-

Bahan-Bahan:

Segenggam Bunga Telang 

Segelas Air Panas

Gula secukup rasa

1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

1. Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas.

2.Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit.

3. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut.

4.Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa sangat menyegarkan.


2. Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3.Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Sebagai detox

Teh herba bunga telang juga membantu detox untuk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

5. Mengurangkan sakit kepala

Selain melebat dan menghitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mengatasi cirit-birit

Air rebusan bunga telang boleh merawat cirit-birit.

7. Mengatasi sembelit

Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila sembelit.

8. Merawat ulser mulut

Jika mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

9. Mengubati bisul

Daun pokok bunga telang yang dihancurkan boleh ditampal pada bisul untuk mengubatinya.

10. Mengatasi stress

Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress.

Itulah antara 10 khasiat dari pokok bunga telang yang kak ana dapat dari carian internet. Apapun ianya hanya sebagai petua rawatan alternatif atau remidi sahaja untuk di cuba. 

Perlu sangat dalam mencuba apa-apa petua dan remidi ni, kebersihan amatlah penting kerana bimbang ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria pada tempat yang kita sapu atau minum. 

Tidak juga di nafikan petua lama dan remidi ni ada juga yang berkesan seperti yang di amalkan oleh orang dulu-dulu. Ini kerana setiap kandungan dalam tumbuhan ni ada zat atau vitamin yang tidak di kaji secara saintifik namun ia ada di dalamnya. 

Semua yang baik datangnya dari Allah swt kerana tiada satu pun ciptaanNya yang sia-sia tanpa sebab. Semoga perkongsian kak ana kali ini ada manfaatnya, paling tidak korang tahu la kan cara nak tanam pokok bunga telang dari biji benih. 

7 Comments

  1. rumah emak kt kampung ada bunga talang ni jenis yang 2 lapis tu bunganya

    ReplyDelete
  2. tau orang guna utk buat nasi kerabu je...banyak lagi khasiatnya ye

    ReplyDelete
  3. Owh banyak juga khasiat bunga telang ni ya.. Baru tahu..
    Thank you for sharing

    ReplyDelete
  4. Org kg singgah sini, dpt petua ubat bunga telang..

    ReplyDelete
  5. banyak khasiatnya ye kak...ingatkan untuk buat nasi kerabu je

    ReplyDelete
  6. banyak khasiat bunga telang cantik juga

    ReplyDelete
  7. banyak khasiat rupanya.. kemarin baru nampak bunga telang dekat rumah jiran..

    ReplyDelete