Shah Alam antara yang paling meriah bila hampirnya raya Aidil Fitri atau Aidil Adha. Kat sana lah tempat orang ramai membeli belah persiapan hari raya, cari baju raya, jubah raya , dekor raya dan sebagainya. Plaza PKNS, Seksyen 7 antara tumpuan ramai untuk shopping raya kerana kat sana memang banyak pilihan busana. 

Nak nak lagi sepanjang Ramadan nanti, penat shopping raya tak payah risau nak cari lokasi berbuka puasa. Banyak pilihan yang ada dan salah satunya, tak jauh dari pusat membeli belah di tengah bandaraya Shah Alam nii, korang boleh je buka puasa di Dewan Bankuet , MBSA .. 



Ada yer buffet Ramadan kat MBSA ? I yerr.. ada korang, menawarkan menu bertema ' Selera Nusantara ' pada harga di bawah RM100 . Jom kak ana kongsikan butirannya, kak ana sendiri dah pun rasai pelbagai menu buka puasa di sini minggu lepas.. Baca naa mana tau korang berminat nak iftar Ramadan kat sini.. 



Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBS, Shah Alam 

Mungkin ramai yang belum tahu di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, selain  popular dengan pelbagai acara dan keramaian turut juga di adakan  Buffet Ramadhan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, 6.30 petang sehingga 9.30 malam.


Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBS, Shah Alam


Bersama Nusantara Catering & Event yang diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bersama-sama menghasilkan kompilasi hidangan nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 

Para tetamu yang menikmati Buffet Ramadhan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai, pilihan makanan tempatan yang cukup enak.


Buffet Ramadan Shah Alam


Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk KAMBING GOLEK DENGAN SOS LADA HITAM DAN SOS DAUN MINT dan AYAM DARA GOLEK DENGAN SOS ISTIMEWA, DIM SUM, KUEW TEOW PENANG STYLE, MEE GORENG MAMAK dan pelbagai lagi menu istimewa dari kedua-dua chef berpengalaman ini.


buffet Ramadan Shah Alam


Lauk pauk tradisonal Melayu seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging, rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.



Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.




Jangan dilupa pembuka selera seperti jeruk pak ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.


buffet Ramadan MBSA


Sajian tradisional yang penuh nostalgia sangat lah, terubat juga rasa rindu untuk berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman. Lepas shopping raya, terus buka puasa di Buffet Ramadan Dewan Bankuet MBSA dahulu sementara menanti saat untuk pulang ke kampung halaman menjelang raya nanti, In Syaa Allah.. 


buffet Ramadan Shah Alam


Disediakan juga Kid Zone, boleh lah anak-anak bermain sementara tunggu masuknya waktu berbuka puasa nanti. Harga yang mampu makan laa kat sini untuk pelbagai pilihan menu dan setiap hari pula menu adalah berbeza, tak sama naa.. 




Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA


Mesti korang nak tahu kan berapa kah harga untuk seorang menikmati pelbagai menu juadah Selera Nusantara di Dewan Bankuet MBSA ? Macam selalu la, lagi awal booking lebih murah dan mendapat harga Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.


harga buffet Ramadan 2023 MBSA

Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.




Macam kak ana cerita awal tadi lah, ada pilihan set menu yang berbeza setiap hari di tawarkan di Dewan Bankuet MBSA nii. Banyak sungguh pilihan makanan untuk di nikmati, kann..

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, yang paling penting - surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.




Berbuka puasa, jangan tinggal solat Maghrib pula naa, sia-sia berlapar seharian. Kemudian boleh lah sambung makan sambil dihiburkan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band. 

Ada port OOTD Corner juga di atas pentas untuk lakaran posting ampa di media sosial nanti. Cantik dengan tema kampung halaman nusantara, gitu.  Maii pakai lawa-lawa tau.. 




Untuk warga korporat atau boss-boss yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. 

Begitu juga yang nak beramal dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.




Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan. Tak perlu risau dah.. sediakan sahaja bajet yang di perlukan.. 


harga buffet ramadan Shah Alam








Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 .





Kak ana dan suami sendiri dah cuba menu yang ada sewaktu majlis preview Ramadan Buffet di sini . Menu yang menggamit nostlagia dan kak ana suka dengan sajian kuih muih tradisonal yang ada. Talam cendol dan nona manis tu memang sedap sangat cukup lemak berkrim memikat hati. 




Korang juga layari sahaja ke mana-mana pautan sosial media di bawah untuk melihat sendiri pelbagai menu yang di tawarkan oleh Nusantara Catering & Event : 

Salam Ramadan Kareem dari kak ana buat semua pembaca dan pengunjung setia blog picisan. Semoga Ramadan 1444H akan memberikan kita semua kelebihan pahala dan di terima Nya setiap amalan.. Aamiin... 

3 Comments

  1. selamat berpuasa kak ana...klu tgk lauk2 semua ni waktu petang mcm ni bulan puasa nanti mau meleleh ayaqliur hehe

    ReplyDelete
  2. Tak sabar pulak nak berpuasa dan berbuka secara buffet nanti, Kak Ana.

    ReplyDelete
  3. Meriah menu..Rambang mata nak ambik yang mana dulu...

    ReplyDelete