Kak ana kan, tak kenan sungguh kalau lelaki Melayu dah segak berpakaian baju melayu dengan sampin tapi tak pakai songkok. Nampak kejanggalannya di situ. Dia umpama cowboy tak pakai topi, jadi orang tak panggil cowboy laa kan.

Sebab tu ketampanan seorang lelaki bila berpakaian baju melayu , sampin dan kancing mesti kena ada songkok di kepala. Tak pun tanjak macam trend sekarang ni kan.. baharulah nampak gagah dan laksana pahlawan melayu, gituew..

Songkok ni memang wajib ada untuk kaum lelaki kerana depa akan pakai dar kanak-kanak , dewasa untuk sebarang acara dan istiadat, pastu berkahwin hingga lah menghadiri majlis keagamaan malahan ziarah kematian. 


Songkok Malaya Shah Alam


Mencari songkok itu mudah, nak nak lagi dekat dah musim perayaan namun untuk dapatkan songkok yang trending dengan gaya terkini, berkualiti dan di inovasi tu tak banyak butik pakaian yang menawarkan. Pendek kata nak cari yang premium .


Butik Songkok Malaya - koleksi songkok moden tradisonal


Alhamdulillah.. baru-baru ini kak ana di perkenalkan dengan koleksi terkini songkok yang moden dan di inovasikan dengan beberapa ciri baharu yang memberi lebih keselesaan buat si pemakai. Terletak di Laman Seri Business Park, kak ana ke butik pakaian lelaki Songkok Malaya bersama kak long dan Aiman. 


trend songkok terkini


Butik Songkok Malaya ni menjual pelbagai koleksi songkok dengan gaya terkini dan tradisional. Pelbagai inovasi baharu di lakukan untuk menjadikan pemakaian songkok lebih selesa buat kaum Adam. Yang paling menarik perhatian kak ana petang tu , bila di lakukan demo songkok yang boleh di basuh dalam mesin basuh. 

Songkok yang boleh di basuh 


Menarik kan, walaupun di basuh ia masih akan kembali kepada bentuk asal dan tidak rosak. Cuma kena pilih tidak terlalu over spin laa, atau pun kalau basuh dengan tangan lagi la yakin kan. Tetapi ia tidak rosak kerana Songkok Malaya tidak di hasilkan dari kertas atau kotak sebagai asas bentuknya tetapi dari kain dan span. 


Songkok Malaya


Berbeza dengan songkok tradisional dahulu di mana di buat bentuk asal dengan kotak , sah sah laa tak boleh basuh kerana ia akan koyak dan merosakkan bentuk songkok. Jahitan kemas dari Songkok Malaya juga menjadikannya kukuh walau di basuh. Namun bukan semua songkok Malaya ni boleh di basuh dalam mesin ada kategori tertentu, hat mana korang kena tanya staff yang bertugas naa.. 


Songkok Malaya


Songkok Malaya Premium 


Selama ini kak ana ingat kan songkok ni sama jer lah design nya, rupanya tidak. Di Songkok Malaya ada pelbagai pilihan design dan kategori songkok untuk kaum lelaki. Pertama Songkok Malaya Pahlawan . Songkok ini datang dari kategori Gold Label dan ia mengggunakan 100% fabrik cotton dan bukan cardboard. Ia memberi keselesaan kepada pemakai dan tidak berpeluh di bahagian dahi kerana ia di hasilkan daripada kain cotton. 


Songkok Malaya


Bahagian atas kepala pula menggunakan jahitan fabrik cotton dan span yang lembut dan selesa sangat. Kulit kepala pun tidak berpeluh dan berbau bila di pakai, nak nak lagi bagi anak-anak yang memakai songkok di sekolah. betul tak ? Tidaklah berbau lagi nanti.. 


Songkok Malaya


Songkok Premium dari Songkok Malaya seterusnya adalah Songkok Malaya Panglima . Sama juga menggunakan fabrik dan span sebagai base reka bentuk tetapi di bahagian dalam adalah dari kombinasi Black Synthetic Leather ( kulit sentetik berwarna hitam ) dan juga span untuk mengelakkan kepanasan pada kepala si pemakai. 

Dan terdapat juga songkok premium Songkok Malaya Laksamana yang mana di bahagian dalamnya adalah design dari 100% Polyester Royal Blue dan span  manakala ribbon di sekeliling songkok adalah dari Red Synthetic Leather ( kulit sintetik merah ) . 

Kesemua pembelian Songkok Malaya Premium ni korang akan dapat sekali kotak hitam yang cantik dan eksklusif untuk menyimpan songkok dan juga beberapa hadiah menarik. 

Tapi jangan risau bukan sahaja Songkok Malaya ni menjual songkok yang premium, terdapat juga aneka pilihan songkok tradisional umum yang di jual di sini untuk pelbagai golongan , peringkat usia , siaz dan design yang korang minat. 



songkok Malaya


SONGKOK TRADITIONAL MALAYA juga tidak kurang hebatnya di mana selain dari fabrik luar velvet atau baldu yang setebal 3mm , bahagian dalam juga di pasang ribbon keliling lilitan kepala dengan fabrik cotton yang berkualiti untuk serap peluh dan memberi keselesaan pemakai. 


Songkok Malaya


Di samping itu Songkok Tradisional Malaya jua mempunyai reka bentuk bukaan kepala yang lebih lebar dan fit apabila dipakai. Sesuai dengan bentuk muka. Ada gaya songkok tinggi juga yang nak nampak lebih gaya klassik. 


Songkok Malaya


Atas pelbagai inovasi reka bentuk inilah Songkok Malaya banyak menerima Anugerah dalam pelbagai kategori dan menjadikannya butik songkok yang serba lengkap di Shah Alam dan kini sebuah lagi outlet di Lalaport. 



Songkok Malaya


Dengan setiap pembelian songkok , kita juga akan dapat berus songkok untuk bersihkan habuk yang boleh di cuci. Tak yah laa guna berus kasut dah kan untuk bersihkan habuk kat songkok, tak best laa dari kasut ke songkok pula. Kan ke songkok tu letaknya di kepala. 

Juga akan di berikan member's card , Kelab Kanak-Kanak Songkok Malaya dan dapatkan diskaun 20% seumur hidup untuk pembelian Songkok yang seterusnya dari Zaman sekolah hingga ke Anak Cucu - 1,000 orang ahli Sahaja.



Songkok Malaya


Selain songkok, butik Songkok Malaya juga ada pilihan koleksi sampin Songket Malaya untuk melengkapkan busana tradisional lelaki Melayu. Pelbagai corak dan warna sampin songket korang boleh beli dan cukup eksklusif dari tenunan songket Terengganu. Memang lawa-lawa... Pembelian pun di datangkan sekali dengan kotak hitam premium sesuai sebagai hadiah. 


Songkok Malaya


Ada juga koleksi tanjak , kancing atau butang baju Melayu semua peringkat usia dan juga pin atau brooch untuk di lekatkan pada songkok yang pelbagai bentuk dan warna. Kiranya lengkap lah gaya lelaki Melayu jika datang ke Songkok Malaya nii, In Syaa Allah... 


Khalifah Scarf



Biasa kaum lelaki ni shopping yang dah berkahwin mesti bawa isteri kan. Haa... sambil suami kita pilih songkok dan sampin depa, kat Songkok Malaya juga ada koleksi tudung cantik dari Khalifah Scarf . Dan yang best juga kat sini korang juga boleh bergaya dengan koleksi terkini Rizman Ruzaini dan RHR Xcluseev yang sangat elegan. 





rizman ruziani


Best kan, kak ana sangat selesa kalau membeli pakaian ni di ruang yang tenang dan tidak sesak dengan orang ramai. Dapat kita membuat pilihan dengan baik dan tidak tergesa-gesa. Kaunter bayaran, bilik salinan untuk mencuba pun tak perlu nak beratur panjang apatah lagi menjelang musim raya ni. 


Songkok Malaya

Butik Songkok Malaya HQ beralamat di : 

G 05, Blok 1, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Layari ke laman sesawang : songkokmalaya.com

Facebook : Songkok Malaya HQ

Instagram : Songkok Malaya Official

1 Comments