Lama dah kak ana dengar mengenai menu nasi ayam dari selebriti Linda Onn di sosial media. Pernah sekali kak ana jumpa outletnya di Lotus Ampang, tapi masa tu tak berkesempatan nak rasa, tak tahu lah kenapa :) 

Baru sat sat nii di rezekikan untuk kak ana dan suami menikmatinya bila ia telah membuka cawangan di Lotus Rawang. Baru sangat rasanya di buka outlet My Mom's Chicken Rice ni kat sini. 

Sebagai food blogger dah ada kesempatan ni kak ana masuk dan try la dua menu yang ada untuk santapan kami berdua. Sedap ke idak ? Ada kelainan rasa tak dengan nasi ayam My Mom's Chicken Rice atau MMCR Citarasa Linda Onn kita ni ? 


nasi ayam Linda Onn


My Mom's Chicken Rice Citarasa Linda Onn 


Macam suami kak ana kata lah, kita try dulu kalau tak mana nak tahu sedap ke idak, kalau sedap kita repeat lain kali, kalau tak tu mungkin tak kena dengan selera kita. Al maklumlah selera kita kan berbeza, tekak lain-lain kata orang.

Restoran My Mom's Chicken Rice nii kat sudut corner salah satu pintu masuk ke Lotus, Rawang. Ada ruang makan sebelah dalam yang berhawa dingin dan ada juga di sebelah luar berkipas. Kak ana ni memang akan pilih duk dalam aircond, panas tak berapa tenanggggg nak makan hehe :) 


nasi ayam linda onn


Kaedah order makan kat sini tak perlu scan-scan qr code. Di sediakan kertas order dan pensel di atas meja.Korang tulis nombor meja dan pilih dari menu kemudian isi kan sendiri dalam kertas order tu, kiranya tak ada lah staff yang akan ambil order di meja. 



Pastu korang pi kaunter buat pembayaran secara tunai atau debit dan sebagainya. Nanti menu pilihan akan di hantar ke meja. Boleh lah menikmatinya .. 

Bukan sekadar nasi ayam sahaja, ada pelbagai menu makanan dan minuman ada di My Mom's Chicken Rice, Citarasa Linda Onn nii. Ada soto,sup dan sebagainya. Harga pun standard harga menu di kebanyakan restoran di dalam mall. 


Mom's Original Roasted Chicken Rice


Kak ana pilih nak makan Mom's Original Roasted Chicken Rice , set ni berharga RM12.90 dan suami kak ana pilih Mom's Favourite Steamed Chicken Rice pada harga yang sama . Untuk air minuman kak ana suka makan nasi ayam dengan air sirap sahaja dan suami minum teh o panas. 


Mom's Favourite Steamed Chicken Rice


Kalau tengok sekali pandang macam sama jer kan walau pun nama menu di atas tu lain-lain. Suami kak ana suka makan nasi ayam Hainan tapi tak ada dalam menu jadi dia pilih yang steamed tu. Mungkin sebab kami dapat bahagian ayam yang lebih kurang sama, jadi menu ni nampak macam tak ada beza.
 


Silap kak ana juga tak request bahagian kepak kerana adalah kulit pada ayam dan berikan sedikit citarasa berbeza kerana bila makan isi ayam ni sama jer walaupun hat kak ana adalah di panggang dan suami makan hat yang kukus, hehe :) 




Bila dah curah sos cili barulah ada kelainan sikit pada rasa ayam nih. Sedap tak mengecewakan. Sos cili depa dah buh siap-siap atas meja naa.. Dalam botol kaca, jadi kita boleh la buh banyak mana kita nak. 

Sejujurnya, sekiranya kak ana makan ayam sahaja tanpa cili ia agak biasa sahaja rasanya. Sos cili My Mom's Chicken Rice, Citarasa Linda Onn ni sangat sedap pada kak ana.




Ada rasa bawang putih dan ia sesedap rasa sos cili nasi ayam homemade yang di buat di rumah. Betul sangat kalau nasi lemak keunikan dan kesedapannya adalah pada sambal, sama juga dengan nasi ayam, yang memberikan impak rasa adalah pada sos cili nya. 

Untuk nasi ayam nya pula, biasa sahaja pada kak ana, sama lah macam nasi ayam kat kebanyakan restoran atau kedai makan yang pernah kami try sebelum ni. Apapun terpulang pada citarasa masing-masing kerana menu nasi ayam ni sangat standard atau lebih kurang sahaja rasanya kat mana-mana pun kita makan. 

Mungkin kalau berbeza pun pada menu ayam yang pelbagai yang ada di sajikan di My Mom's Chicken Rice, Citarasa Linda Onn . Lepas nii kak ana nak cuba pula pilihan menu ayam yang lain, yang ada dalam menu di sini. In Syaa Allah. 











3 Comments

  1. Dulu ada cawangannya di JB sekarang dah tak ada. Masa tu sy tak berkesempatan cuba, laaaaama sangat dah, rasanya dia tutup masa pkp.

    ReplyDelete