Pagi tu lepas hantar Adik ke ofiice di Mutiara Damansara, kak ana dan suami yang kebetulan bercuti singgah la jalan-jalan di Ikea dan The Curve. Alang-alang dah samapi Mutiara Damansara, hari bekerja pula tu sebelah pagi, memang syok lah window shopping.

Window tak window laa bila kak ana dah masuk Ikea dan The Curve pula ke U.ju Home, maka terbelilah satu dua barang-barang deko rumah. Tak banyak pun.. satu dua jer huhu :) 


warung abu ji dan Sungai Buloh


Kak ana ajak suami lunch kat Ikea sebab hari macam ni lengang lah juga cafe, tapi suami kata nak makan patin. Erm kami pun terus balik melalui jalan biasa hala Kuwasa Damansara terus ke Sungai Buloh. 


Warung Abu Ji Dan , Kampung Melayu Sungai Buloh 


Warung Abu Ji Dan Sungai Buloh

Serius kali ni tak singgah nursery sebab suami terus je masuk simpang hala Kampung Melayu Sungai Buloh nun. Redha je la kan, sebab dah shopping dekor-dekor tadi kena lah diam seminggu . Suami kata ada terpandang gerai nak makan patin area ni, sambil jalan kiri kanan kami perhati dan nampaklah signboard patin sebelah kanan jalan.



Kami pun singgah dan try la menu patin depa. Kat sini patin masak tempoyak dia buh dalam claypot. Ada pelbagai menu lain juga. Tak berapa ramai sangat pelanggan mungkin masih awal lagi masa tu sekitar jam 12 tengahari. 

Kami pun pesan lah dua menu makanan untuk berdua. Suami order patin tempoyak claypot bersama nasi putih dan kak ana nak try bawal goreng sambal hijau. Nak makan ikan pula kali ni jemu aihh ayam manjang kan.. 


patin tempoyak claypot


Untuk air kak ana pasti setia dengan limau asam boi dan suami air limau suam. Tak lama pas tu sampai lah menu yang kami order ke meja. Berasap juga lah patin tempoyak dalam claypot yang di hidangkan.

Harga set patin bersama nasi, RM16 dan untuk bawal goreng tu saiz B set bersama nasi, ulam, sup dan sambal hijau RM9 kalau ikut signboard yang kak ana sempat ambil gambar tu :) Dengan lafaz Bismillah kami pun try la menu yang pertama kali kami singgah makan di warung ni.


bawal goreng sambal hijau


Warung ni nama dia Warung Abu Ji Dan menyajikan signature dish depa ayam kampung sambal hijau dan patin tempoyak. Ada juga menu-menu set nasi lain bersama sambal hijau seperti talapia, keli, bawal dan ayam kampung dan menu patin seperti patin tempoyak claypot dan juga pais patin antaranya. 

Patin tempoyak claypot yang kak ana rasa sikit dari suami, ikan dia fresh dan tak berbau lah.. Alhamdulillah.. cuma kurang rasa tempoyak pada kak ana , namun okay je tak ada masalah , masih boleh di makan. 

Mungkin sebab kak ana dah terbiasa makan patin tempoyak Temerloh, jadi ada lah kurang rasa poyak pada kuah gulai masam hat ni. Apapun masih sedap, tidak mengecewakan, just nice tak terlalu pedas, cukup asam garamnya.


sambal hijau


Bawal goreng tu set sekali ulam, sup dan sambal hijau. Bawang goreng masih panas, jadi sedap dan rangup lah. Sambal hijau depa memang power, pedas!!! Padu weiii!!! Peminat sambal hijau pedas-pedas mesti suka punya laa. 

Air asam boi hat kak ana minum tu serius sedap dia ada kelainan rasa macam jus kut tapi memang kak ana suka rasa air asam boi ada peda-peda kulit limau gitu. Jadi elok sangat makan lepas kena kepedasan sambal hijau Warung Ji Dan kita nii. 


bawal goreng sambal hijau


Gerai selesa, banyak ruang makan dan nampak kemas dan bersih.  Area sini biasa lah masalah parkir, kerana jarak sangat tepi jalana dan pandai-pandailah menyelah cari parkir naa. Kak ana suka makan kat sini dan In Syaa Allah ada rezeki boleh la try ayam kampung pula nanti, kak ana kan suka maii area Sungai Buloh nii cari bunga, boleh lah repeat huhu.. Semoga bermanfaat buat semua. 




1 Comments

  1. Patin yang masih ada bau memang menyekat selera juga kan.

    ReplyDelete