Minggu lepas kak ana menyantuni undangan dari KLCC Convention Centre untuk sama-sama memeriahkan preview buffet Ramadan di sana. Kak ana pii dengan Adik Ika kali ni buat peneman. Jemputan pun untuk plus one jadi bawa Adik Ika pula kali makan-makan dan bertemu rakan-rakan blogger yang lain. 


buffet Ramadan 2023 KLCC


Lama juga tak ke KLCC ni sementara tunggu majlis bermula sempat lah ronda-ronda kat Suria dan kawasan taman. Memang best lah kan kalau bulan puasa nanti, korang shopping di Suria dan sekitarnya pastu terus buka puasa di KLCC Convention Centre nii. Memang berbaloi kerana menu-menu yang di sediakan semua sedap bertaraf 5 bintang dan rasa tradisi yang di rindui. Ikuti apakah yang istimewa dari iftar Ramadan 2023 yang di bawakan oleh KLCC Convention Centre kali ini... 


buffet Ramadan KLCC Convention Centre 2023


Buffet Ramadan KLCC Convention Centre 2023


buffet Ramadan 2023 KLCC

Majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre's ( Pusat Konvensyen ) yang popular dan sentiasa dinanti-nantikan setiap tahun kini kembali. Dari 27 Mac hingga 17 April 2023, tetamu berpeluang merasai dan menikmati ' Resepi Keluarga Asli ' yang di cipta khas oleh barisan chef pemenang anugerah Pusat Konvensyen, di ilhamkan daripada resipi asli yang di gunakan sejak turun-temurun dalam keluarga mereka.


buffet Ramadan KLCC 2023


Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai termasuk ayam masak rendang hitam, asam pedas daging tetel tulang rawan, gulai udang nangka muda bersama cendawan hitam dan kacang mungai ,ayam bakar lengkuas cencaluk, sira ubi kayu, gulai daging tetel bersama rebung madu, 'Bubu Ikan - ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan ringan dan banyak lagi. 


buffet Ramadan KLCC 2023

Mengulas mengenai menu yang menambat selera, Chef Eksekutif Pusat Konvensyen , Hisham Bin Jaafar, berkata " Pada bulan Ramadan kali ini, mereka yang menjamu selera di sini akan menikmati pengalaman yang pasti tidak di lupakan dengan masakan lazat yang di sediakan khas oleh pasukan kulinari kreatif kami, yang datang dari seluruh pelusok negara dan berkongsi resepi masakan dari kampung masing-masing untuk menjadi pilihan juadah berbuka puasa kami pada tahun ini. 


sira pisang 


Di samping pelbagai sajian nostalgia Ramadan, kami juga menyajikan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan yang manu menikmati kepelbagaian rasa dan sedikit kelainan. 


bufeet Ramadan KLCC 2023



Antara kemudahan yang di sediakan oleh Pusat Konvensyen termasuk bilik solat, sejadah, selipar dan tempat mengambil wuduk, membolehkan umat Islam menunaikan kewajipan mereka selepas berbuka puasa. 

klcc buka puasa 2023
sedap kak ana minum teh tarik dengan serawa durian dan pulut 


Chef Hisham menyambung, " Dengan dapur Pusat Konvensyen yang disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) , para tetamu beragama Islam kami boleh menikmati hidangan mereka dengan fikiran yang tenang. "




" Pada bulan Ramadan ini, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap kelestarian dengan menggunakan 70% hasil dan ramuan tempatan. Kami juga berganding bahu dengan Yayasan Bantuan Makanan dan juga rakan-rakan kerjasama kami dalam usaha mengurangkan pembaziran dan akan memberikan makanan lebihan daripada bufet Ramadan kepada golongan yang menerima bantuan daripada organisasi tersebut."






Pada bulan Ramadan ini, Pusat Konvensyen juga bekerjasama dengan StarVendors, salah satu daripada jenama beli belah terbesar di Malaysia untuk menganjurkan Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023, dari 13 hingga 17 April 2023. 


sup mamak nii pun paduuu!! 




Acara ini akan di adakan selama 100 jam berturut-turut dan memberi peluang kepada usahawan tempatan, termasuk ramai artis terkenal Malaysia, yang akan membuka 'reruai' untuk menjual produk mereka. Antara selebriti dan pempengaruh yang menyertai Pesta Mega Raya StarVendors KLCC 2023 antara lain termasuk Ifa Raziah, Datuk Sri Vida dan Dato Aliff Syukri.


paling sedap kambing panggang ala Harissa .. ni laa.. 


Para tetamu di beri jaminan kecemerlangan perkhidmatan dan kelazatan sajian 5 bintang di majlis berbuka puasa Pusat Konvensyen untuk orang ramai , yang di tawarkan pada harga termampu RM188 seorang dan boleh di tempah untuk tarikh dari 27 Mac dan 17 April 2023




Pusat Konvensyen ini juga menawarkan harga diskaun bersih RM168 untuk semua tempahan awal berbuka puasa dari orang ramai yang di buat sebelum 22 Mac 2023




Di samping itu, tawaran kumpulan juga di sediakan sepanjang Ramadan dengan diskaun 10% diberikan untuk pembayaran bagi kumpulan lima orang




Dengan dua menu ' Tradisi Semarak Rasa ' yang boleh diubah suai, syarikat-syarikat korporat juga boleh menambah pilihan makanan kegemaran tempatan di ' Chef Action Station  ', yang disediakan atas permintaan. 





Untuk berita dan maklumat terkini tentang Pusat Konvensyen, kunjungi Bilik Berita Pusat Konvensyen di www.klccconventioncentre.com atau ikuti perkembangan di media sosial Facebook -@klccconventioncentre , Linkedin - Kuala Lumpur Convention Centre, Twitter - @klccconvention dan Instagram-@klccconventioncentre .



















3 Comments

  1. tgk org berbuffet ramadhan di hotel kadang2 teringin juga. cuma risau membazir sbb ammi jarang makan banyak masa bulan ramadhan.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya menu... Mesti juling mata nak makan nanti bila berbuka... Anw gerai kopi tu rare sungguh aihhh... suka!

    ReplyDelete
  3. Makanan kat KL Convex mmg sedap2, tapi saya tak pernah lagi try buffet ramadhan kat sini.

    ReplyDelete