Kalau dulu menu masakan tomyam selalunya ayam, udang , sotong dan sayur-sayur macam lobak merah, kobis, bawang dan sebagainya. Tapi laa nii kak ana suka sangat kalau masak tomyam buh cendawan.

Selalu kak ana akan buh cendawan tiram, cendawan enoki atau pun cendawan straw atau straw mushroom. Memang sedap rasa tomyam gini buat hirup. Boleh je masukkan aneka cendawan bersama ayam dan seafood tak pun salah satu dari jenis cendawan bersama sayuran lain. Ikut muu laa ..

Cuma bukan semua cendawan ni sesuai dalam menu masakan tomyam. Macam kak ana cerita awal tadi lah, setakad ni hanya 3 jenis cendawan ni sahaja yang pernah kak ana buh dalam tomyam dan memang sedap, iaitu cendawan tiram, cendawan enoki atau cendawan straw.


resepi tomyam cendawan straw


Jom lah kak ana kongsikan resepi masakan tomyam mudah dengan cendawan straw kesukaan adik Ika untuk memberi inspirasi dan idea kepada ibu-ibu masak buat keluarga. Ketika entri ini di terbitkan merupakan hari ke 4 puasa Ramadan 1444H , tahun 2023.


Resepi tomyam cendawan straw 


Bahan-bahan tomyam cendawan ni versi kak ana masak baru-baru ni. Korang boleh sahaja gunakan bahan mengikut citarasa masing-masing sama ada nak buh ayam, udang, sotong, daging atau sayurannya. 

Ayam - dipotong kecil

Cendawan straw - beli dalam tin dipasaraya

Pes tomyam Adabi paket merah

Tomato ceri

Serai

Bawang besar

Cili api

Daun limau purut

Limau nipis - di ambil airnya

Garam secukup rasa


resepi tomyam cendawan straw


Cara masak tomyam cendawan straw style kak ana, kak ana suka tumis masakan tomyam ni terlebih dahulu sebab kak ana kurang gemar rasa rebusan. Caranya :

1. Panaskan sedikit sahaja minyak dan tumis serai serta bawang besar.

2. Masukkan pes tomyam Adabi merah dan biarkan pecah minyak seketika. Campurkan sedikit air. Selalunya kak ana masukkan air dalam paket pes sebab banyak lagi lebihan pes ni melekat dalam paketnya kan. 

3. Kemudian kak ana masukkan ayam. Kalau makanan laut kita masukkan sayur yang keras teksturnya terlebih dahulu seperti carrot atau bunga kobis. Hat mana yang ambil masa lama nak masak kita masukkan dahulu naa.

4. Dah agak-agak masak sedikit ayam tu bolehlah tuangkan air secukupnya mengikut kepekatan yang korang suka. Jangan terlebih air nanti kuah tomyam kita ceroi tak sedap. 

5. Bila dah mendidih baharulah kak ana masukkan cendawan straw serta semua bahan sayuran atau seafood yang korang nak gunakan.

6. Rasakan dengan garam dan perahan jus limau secukupnya. Masukan carikan daun limau purut.

Siap lah menu mudah tapi sedap resepi tomyam cendawan straw versi kak ana. Sedap nak makan dengan nasi atau mihun. Buh meggi pun sedap celur laa dulu. Selamat mencuba naa... Semoga bermanfaat. In Syaa Allah... 


1 Comments