Kalau pii pasaraya kak ana suka sangat tengok terung bulat kecil-kecil , comel sangat warna ungu. Ada dah beberapa kali kak ana beli dan selain dari di jadikan ulam, kak ana suka masak sambal terung berlada dengan terung bulat kecil ni.

Tak tahu apa nama terung ni, tapi bukan terung pipit atau terung rembang. Hat tuu warna hijau dan saiznya lagi kecil serta berangkai dalam satu tangkai. Terung pipit pun kak ana suka. Masak sambal tempoyak, pergh!! Memang sedap jadi kunyahan. 

Teringin sangat nak tanam tapi setakad ni kak ana belum lagi jumpa anak pokoknya. Ye laa tiap kali ke nurseri kusta Sungai Buloh tu,bukan duk ingat pun nak cari anak pokok terung pipit ni. Bila dah jumpa pokok bunga ermm...


sambal berlada terung bulat kecil


Hari ni kak ana nak share dengan korang resepi mudah tapi sedap dengan menggunakan terung bulat kecil ni. Kak ana beli kat pasaraya harga satu pek RM2 sahaja. Cukup lah untuk kami bertiga kat rumah ni. Adik pun suka makan sambal terung, tapi dia lebih suka terung panjang. 

Resepi sambal berlada terung bulat 


terung bulat kecil


Bahan-bahan yang kak ana gunakan :

Terung bulat kecil -satu pek 
Ikan bilis - dalam segenggam
Bawang besar - 1 biji 
Bawang putih - 3 ulas
Cili merah - 2 biji
Cili giling - ikut kepedasan sendiri
Sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak 



Resepi sambal berlada terung bulat


Cara masak sambal terung berlada 


1. Tumbuk kasar bawang besar,bawang putih, ikan bilis dan cili merah .

2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk. 

3. Masukkan cili giling, sos tiram dan tambah sikit air jika terlalu kering.

4. Masukkan terung bulat kecil yang di potong dua bahagian. 

5. Masak hingga empuk dan rasakan secukupnya dengan sedikit garam kerana sos tiram dan masin dah tu.

6. Matikan api dan siap dah masakan enak dengan menggunakan terung bulat kecil yang comel ni. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah..







2 Comments

  1. uish rasa bersalah terjah blog kak ana ni awal sgt. hahahhha teliurrr....

    ReplyDelete
  2. terung ni buat ulam pun sedap juga kan kak..rangup

    ReplyDelete