Nampaknya lepas raya nanti, In Syaa Allah kena repeat laa makan di Lot 91 Cefe , Kampung Melayu Sungai Buloh ni. Gini kisahnya.. minggu lepas, kak ana dan suami kalau dia kerja syif lewat petang , akan hantar Adik ke pejabat nya di Mutiara Damansara. 

Balik kami ikut laluan Damansara - Sungai Buloh dan nak cari port sarapan pagi. Kak ana ni sesaja la ajak suami masuk area Kampung Melayu Sungai Buloh, macam tak biasa ada udang di sebalik batu. Tiap kali singgah makan kat sini, dapatlah kak ana singgah nurseri kusta beli pokok bunga, gituew...


lot 91 cafe sungai buloh


Selalu dah singgah makan nasi kerabu atau nasi dagang sama ada di Warung Che Bunga atau pun Kedai Mek Siti. Kali ni kami nak try singgah ke cafe yang sebelum ni duk lalu lalang je depannya. Besar tulisan mee jawa di bangunan kontena merah. 


Lot 91 Cafe , Kampung Melayu Sungai Buloh 


Lot 91 Cafe , Sungai Buloh


Suami pun bagi signal, masuk lah cari parkir. Kami masuk dan order mee jawa untuk kak ana dan suami order set sarapan pagi, roti bakar, telur separuh masak dan kopi o. Sambil tu kak ana layan la sekitar cafe ni. 

Cantik sangat, hipstur pun ada juga dengan pondok-pondok dan susunan kontena merah bertangga ke atas. Sejuk je kawasan ni ada pokok-pokok. 


mee jawa Lot 91 Cafe


Tak lama pas tu sampai lah mee jawa dan set roti bakar yang kami order. Wahh! Tengok je dah boleh agak sedap mee jawa ni. Kak ana pun ceduk dan rasa sikit kuahnya. Masyaa Allah... sedap sungguh, kuah mee jawa pekat cukup rasa lemak,manis, rasa udang kering dan tak terlalu pedas. Semua secukup rasa.


mee jawa Lot 91 Cafe


Mula lah suap makan pula dengan mee, taugeh, selak mee jumpa isi daging yang cukup lembut dengan perapan kuah yang berpadu dalam daging. Ada pula sambal merah untuk di makan bersama. Cukup enak pada selera kak ana. Sedap sangat.. 

Serius korang, nii laa kali pertama kak ana rasa mee jawa sedap macam ni. Lain sangat dengan kuah mee jawa yang pernah kak ana makan sebelum ni. Ia memang mee jawa bukan rasa mee rebus atau mee bandung, mee jawa original.


lot 91 Cafe


Suami makan roti bakar dengan telur separuh masak, roti tu pun bukan roti biasa di kedai tapi roti paun yang tebal. Menu ni sekali dengan kopi o . Roti bakar di sapu dengan marjerin dan kaya. Garing lagi laa sedap. 


roti bakar telur separuh masak


Telur separuh masak tu welldone laa kira, just nice kemasakannya. Kemasakan laa pula je.. pepandai je. Makan bersama kicap pekat manis dan serbuk lada sulah. Ermm.. tak yah cerita laa kan pada penggemarnya.



Harga pun sangat lah munasabah pada harga makanan sekarang ni malahan masih murah pada kak ana dan suami. Set roti bakar dengan kopi o dan telur cuma RM7.50 dan mee jawa yang heaven tu cuma RM7.50 , ada daging yang banyak juga tau besar hirisannya. Sangat berbaloi .



Lot 91 Cafe ni di miliki oleh bekas tentera, sempat kami berbual dengan owner cafe tapi boleh pula tak tanya nama.. Duk borak pasal cafe beliau yang unik dan cantik pada kak ana. Rupanya cafe ni di kawasan rumah nya sahaja, dan boleh sahaja parkir di hadapan rumah di belakang cafe ni. 


Lot 91 Cafe , Sungai Buloh
Baju biru tu tuan tanah dan pemilik Lot 91 Cafe .. 


Menurut tuan cafe Lot 91, di sini juga beliau ada meletakkan pakaian terpakai yang di sumbangkan oleh pelanggan dan rakan-rakannya, sesiapa yang memerlukan boleh sahaja pilih dan ambil dengan berapa sahaja sumbangan harga yang akan beliau dermakan pula untuk tabung surau. 



Kalau ada yang nak menyumbang pakaian juga di alu-alukan, tapi biarlah pakaian yang masih elok kan. Malahan menurut beliau, kalau tak ada duit nak bayar boleh sahaja ambil ikut keperluan. Bayar seikhlas hati sahaja pakaian terpakai di sini bagi yang masih mampu. Menarik kan.. 

Entri ini kak ana terbitkan menjelang nya puasa Ramadan 2023, kak ana tak pasti ia akan di buka untuk buka puasa atau tidak, korang boleh lah dapatkan info di FB atau Instagram  Lot 91 Cafe . In Syaa Allah lepas raya nanti kak ana nak maii semula, kali ni nak try makan lontong dan soto pula. 


Sempat kak ana lihat, lontong kat sini adalah lontong yang di buat dalam gulungan daun pisang, bukan nasi impit segera. Memang sedap lontong daun pisang ni, ia ada aromanya yang tersendiri, sangat tradisional. Mudah-mudahan di rezekikanNya kelak untuk kak ana makan nanti, aamiin.






5 Comments

  1. mcm menarik. boleh cuba nnti ni

    ReplyDelete
  2. roti bun tebal sedap nampaknya

    ReplyDelete
  3. Uish..memang menggoda sungguh rupa Mi Jawa tu kak.
    Lontong guna daun pisang tu pun harus lebih lembut dan beraroma.

    ReplyDelete
  4. sedih pula baca bunting tu kak jasa tidak dikenang..owner askar pencen rupanya,biasa orang pencen masak sedap hehe

    ReplyDelete