Tertarik kak ana nak share dengan korang satu pengalaman kak ana dan suami lalui baru-baru ini berkaitan dengan pulangan baki premium wang insurans MRTA selepas berpuluh tahun kami jual apartment di Ampang. 

Punya laa lama dah menetap di kediaman baharu ni baharu laa kak ana dapat tahu, sekiranya kita dah settle jual beli rumah dan masih ada baki polisi insuran MRTA masih tetap boleh dapat pulangan wang, cuma ia tidak banyak berbanding kalau kita surrender awal-awal selepas selesai pembayaran semua pinjaman rumah tersebut.




Faham ke idak, ayat kak ana nih ? Okaylah cerita dia macam ni.. Apa yang kak ana nak share dengan korang bukan lah fakta insurans sebab kak ana bukan agen naa. Ia adalah pengalaman yang kak ana dan suami lalui sehingga lah kami dapat sedikit nilai wang ringgit selepas surrender MRTA dari syarikat insurans MRTA rumah yang kami dah jual hampir 15 tahun lepas. 

Itu pun selepas kak ana tahu dari tiktok perkongsian salah seorang tiktoker kisah pengalaman beliau. Kemudian kak ana cari info di internet termasuk youtube dan journal , blog sebagainya. 

Hubungi semula syarikat insurans yang terlibat ( dah tukar nama pun ) dan sediakan dokumen yang di perlukan dalam masa seminggu, Alhamdulillah rezeki kami dapat juga pulangan semula wang tunai, walau tak banyak tapi tetap rezeki dan hak kami sebagai pemegang polisi. 

Kak ana rasa ramai juga antara kita yang tak tahu pun akan perkara ini kerana tidak banyak pendedahan mengenainya di buat. Malahan pihak insurans dan bank pun tidak akan hubungi kita pun selepas selesaikan bayaran pinjaman melalui penjualan unit rumah. Kalau lagi awal buat surrender MRTA lagi banyak jumlah pulangan wang yang kita boleh terima mengikut syarat polisi yang kita ambil.


Cara surrender MRTA selepas jual rumah 


cara surrender MRTA untuk dapat wang baki


Tetapi ada beberapa kreteria yang perlu kita tahu terlebih dahulu mengenai polisi MRTA dan tempoh masa yang coverage ( tarikh matang polisi ) . Senang cerita hubungi sahaja syarikat insurans yang korang ambil polisi MRTA tersebut untuk semakan, kerana macam kak ana bagitau awal tadi , kak ana sekadar berkongsi pengalaman.

Alhamdulillah.. masih dalam simpanan sijil asal polisi insuran MRTA ( Certificate of Assurance ) dan juga settlement letter dari pihak bank. Inilah dua dokumen yang diperlukan dan bawa ke mana-mana cawangan bank korang bersama kad pengenalan , dan perlu isi borang surrender ( Application of Surrender) . 

Untuk kes kami ni, dalam masa seminggu lebih kurang, kami telah pun menerima pembayaran lebihan wang yang berbaki yang di masukkan ke dalam akaun bank yang kita beri. Jumlah yang kami terima tidak banyak kerana hanya surrender selepas hampir 15 tahun urusan jual rumah berlalu. 


cara surrender MRTA selepas jual rumah


Dan masih ada baki coverage lagi 5 tahun sebelum tamat tempoh polisi. Apapun syukur alhamdulillah.. sedikit atau banyak tetap rezeki dan hak kita. Jadi sekiranya korang pernah jual rumah , carilah sijil MRTA dan surat pelepasan pinjaman atau settlement letter dengan pihak bank dan buatlah tuntutan surrender MRTA dari syarikat insurans yang korang ambil. 

Tetapi sekiranya tarikh matang polisi MRTA kita dah berakhir , bermakna kita tidak boleh lagi surrender dan tidak akan dapat pulangan baki wang dari pihak insuran. Berapa tempoh matang polisi semua ada tercatat dalam sijil polisi MRTA masing-masing atau hubungi pengendali insuran korang. 

Macam kak ana dahulu polisi dengan Maybank Assurance yang kini adalah Etiqa , kak ana hubungi talian 1300 88 6688 selepas pilihan bahasa pilih butang 6 dan bertanya lah pada pegawai yang bertugas..

Kak ana sendiri mendapat serba sedikit info dari carian internet dan salah satunya di https://www.eratuku.com/surrender-mrta-untuk-refinance-dan-jual-rumah/. Banyak lagi info yang korang boleh cari dari laman blog mereka yang lebih arif dalam bidang ini.  Semoga perkongsian ini ada manfaatnya, In Syaa Allah





1 Comments