Boleh di katakan hampir setiap tahun kebelakangan ni kami akan cari makan colek bila tiba bulan Ramadan. Makan colek ni hanya akan dapat di nikmati setiap bulan puasa sahaja. Kalau hari biasa tak pernah lagi kak ana jumpa gerai yang menjual menu colek.

Colek ni menu belah pantai timur yang mana ia macam makan rojak cuma kuahnya adalah sos manis dan di makan bersama pilihan seafood, ayam, paru dan juga aneka bebola goreng rangup. Sedap sangat kalau dah cuba sekali pasti akan repeat bagi yang menyukainya.

Sebelum ni kami makan colek di gerai Warung Kita, pastu tahun lepas kat Ulek Mayang dan semalam, kami nak pi laa repeat ke Warung Kita. Tapi sampai sana dalam kul 11 malam lebih kurang, tutup gerai Warung Kita. 


colek Warung Che Bunga


Makan colek di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh


Makan colek di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh


Suami ajak kami patah balik dan try nak ke Ulek Mayang di bandar Rawang. Tapi bila sampai kat depan simpang Warung Che Bunga nampak meriah sangat .Kereta dan orang pun ramai. Kak ana terfikir juga,Warung Che Bunga ni kalau bukan bulan puasa memang menjual menu masakan pantai timur seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang dan sebagainya.

Tak mustahil malam bulan puasa depa duk jual colek juga. Adik pun cari kat FB dan memang Warung Che Bunga ada jual colek di bulan puasa. Aiman, pun patah balik kat depan hospital Sungai Buloh kami ke Warung Che Bunga.


Makan colek di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh


Alhamdulillah.. rezeki ditunaikan Nya untuk kami berlima makan colek di Warung Che Bunga tahun ni. Sampai masih ada banyak meja kosong dan queue pun tak ramai. Waktu ni dalam sekitar jam 11.15 malam. Kami pii pun lepas hujan. 

Kak long jaga meja, kak ana, suami, aiman dan Adik ke kaunter untuk pilih colek. Macam biasa menu colek ada pelbagai bebola goreng, crab stick, udang, sotong, ayam, paru, keropok lekor dan sebagainya. Kami pilih dan bawa ke kaunter untuk di potong dan kiraan. 




Kemudian akan di tuangkan sos colek , keropok , salad dan timun sebagai pelengkap. Setalam pilihan colek kami berharga RM29 sahaja. Kami pilih bebola dalam 3 cucuk, ayam 2 ketul, paru 3 keping, crab stick dalam 3 batang. 


kerang kukus

Adik pula ke kaunter kerang kukus dan ambil satu set kerang kukus berharga RM15. Colek untuk kerang kukus ni ala Thai, sedap. Ada daun ketumbar dan rasanya agak pedas sedikit dari yang biasa kami makan di pantai Jeram. Ada kelainan. 


Makan colek di Warung Che Bunga, Kampung Melayu Sungai Buloh


Ikutkan hati macam-macam menu nak makan malam tu. Ada kerabu meggi Thai yang menggoda, colek buah, mee celup, nasi air, lokcing dan macam-macam lagi lah. Air kami order teh beng atau teh ais yang amatlah kaw dan pekat melekat di sanubari kemanisannya. Sekali sekala tak pa naa.. selalu bahaya. 


makan colek Warung Che Bunga


Sebagai pencuci mulut, kak ana beli dua cup mangga asam boi. Alhamdulillah ia adalah mangga lemak kesukaan suami. Sedap rangup lemak manis rasanya bila di makan bersama asam boi. 

Dah 25 Ramadan baru di izinkanNya kami menikmati makan colek tahun ni. Syukur Alhamdulilah.. Anak-anak ni ada darah Kelantan sebelah ayah depa, mesti rindu sangat nak makan colek. Laa nii ajar menantu sekali kenal makan colek tiap kali bulan puasa. 

Begitulah rezeki yang di syukuri sentiasa. Nikmat yang Allah swt beri pada kita semua yang tiada tandingannya. Kepelbagaian selera kita raikan bersama. Kak ana sendiri tak pernah tahu tentang makan colek tapi bila di jodohkan dengan orang Kelantan, jatuh hati juga dengan aneka juadah pantai timur walaupun kak ana di lahirkan di besarkan di belah utara. Cantiknya percaturan Allah swt buat hamba-hambaNya... 




4 Comments

  1. Lama Sa x makan kat situ..3 tahun dah tinggalkan Sungai Buloh...sedapnya tengok kerang kukus tu..baru ni dapat beli kerang dan rebus sendiri tapi tu la...busuk semua..2-3 biji je yang boleh makan...

    ReplyDelete
  2. sedap kan kak...saya pun peminat colek kelate

    ReplyDelete
  3. Oh! itu namanya colek campuran beberapa jenis makanan kira macam rojak ya K.Ana

    ReplyDelete