Kebetulan kak ana ada task untuk sediakan satu video menggunakan butter Anchor dalam kempen raya baru-baru ni, kak ana kongsikan sekali di sini resepi mudah untuk membuat kek oren mentega. Sedap kek ni ada rasa oren segar dalam tu sebab kak ana gunakan kordial sunquick bersama hirisan buah oren . 

Resepi asal kek ni adalah basic resepi kek mentega atau butter cake plain. Untuk memberi kelainan , kak ana masukkanlah kordial oren sunquick yang pekat tu. Ini juga resepi dari arwah ibu saudara kak ana yang ajar. 

Kalau dulu arwah we Ijah, siap parut kulit buah oren tu dan masukkan dalam adunan untuk memberikan rasa zess pada kek. Kali ini , kak ana olah dengan meletakkan hirisan nipis buah limau oren untuk sentuhan dekorasi di atas permukaan kek oren. 


Resepi kek oren mentega sukatan cawan


Resepi kek oren mentega sukatan cawan 


Bahan-bahan kek oren mentega : 

2 cawan tepung kek 
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega ( kak ana guna Anchor ) 
4 biji telur
1 sudu kecil asen vanila
2 sudu besar kordial oren sunquick
hirisan buah oren 



resepi kek oren mentega


Cara buat kek oren mentega 


- Sukatan adunan di atas adalah untuk satu adunan yang di bakar di dalam loyang berukuran 6" .

- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti. 

- Ayak tepung kek.




- Bila adunan dah sebati dan naik, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer. 

- Masukkan kordial pekat sunquick ke dalam adunan kek.

- Panaskan oven sepuluh minit sebelum membakar kek. 

- Alaskan loyang dengan baking paper, susun hirisan buah oren , tuangkan adunan kek serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. 

- Laraskan suhu 180' , api atas bawah dan letak tray di bahagian bawah sekali. Bakar selama 45 minit atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu. Ini kerana saiz oven yang berbeza, tempoh masa masak juga berbeza, naa... 

- Keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum menterbalikkan kek. 

Selamat mencuba naa, semoga bermanfaat. 

3 Comments

  1. alamak..terasa rasa pulak nie..sedapnya...btw selamat berkenalan kak ana...

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap ni. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete