Raya hari tu, kak ana sekeluarga sambut macam biasa di kampung halaman kami di Teluk Intan. Lazimlah kan raya pertama dan kedua sibuk menerima tetamu dan pergi ziarah raya saudara terdekat terlebih dahulu. 

Sampai lah raya ke tiga, hari Isnin tu baru kami dapat keluar jenjalan ke pekan Teluk Intan. Memang jemmed laa sana sini kerana anak-anak rantau masih di kampung halaman. Itulah baru feel raya, ye dak. 

lokasi cantik di Teluk Intan


Anak-anak nak ber ootd raya kat pekan Teluk Intan. Kami panggil pekan dari dulu lagi, walaupun Teluk Intan ni bertaraf perbandaran dah. Kalau dulu bila nak ke bandar Teluk Intan tu, kami kata nak pii pekan. Maknanya nak ke bandar Teluk Intan laa tuu..

Kak ana pun duk fikir laa mana nak bawa anak-anak ber ootd raya dan yang rare sikit dari menara condong. Menara condong tu dah biasa sangat dah. Dari posting-posting di media sosial kak ana dapatlah 4 port ootd yang agak rare di sekitar pekan Teluk Intan. 

Pertama kami ke tapak stesen keretapi lama di sekolah memandu Gabungan , kemudian ke jeti Kg Durian Sebatang, lepas tu ke gerotak besi dan singgah di kedai biskut viral dengan dekorasi retro dan mural gajah di langgar keretapi di Jalan Sungai Nibong. 


Kedai biskut viral BSH Enak di Teluk Intan 


kedai biskut BSH Enak Teluk Intan


Meh kak ana share kan dahulu kedai biskut viral BSH Enak yang menyediakan port ootd dengan props barang-barang antik , dekorasi tangga dan tingkap rumah Melayu tradisional serta lukisan mural keretapi dan landasan peringatan peristiwa gajah di langgar keretapi yang pernah terjadi di Teluk Intan ni pada zaman dahulu. 



Kedai biskut viral dan cantik untuk ootd di pekan Teluk Intan


Kedai BSH Enak ni terletak di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan. Kedai menjual pelbagai jenis biskut dan kuih kapit . Kedai ini mempunyai sijil Halal dalam penjualan produk biskutnya, Alhamdulillah.. ada jer depa gantung di frame dalam kedai, boleh lah membeli tanpa was was. 

Istimewa nya kedai ini adalah lukisan mural besar di dinding sebelah tepi kedai menghadap jalan. Ia menggambarkan kejadian atau peristiwa ratusan tahun dahulu di mana berlaku kisah menyayat hati seekor gajah yang di katakan di langgar gerabak keretapi KTM .



Kedai biskut viral dan cantik untuk ootd di pekan Teluk Intan


Kisah nya korang boleh lah cari di carian internet untuk dapatkan kisah yang sahih. Macam-macam versi yang pernah kak ana dengar dari dahulu lagi. Tapi ia adalah kejadian sebenar di mana di katakan rangka gajah tersebut ada tersimpan di muzium Taiping .


lukisan gajah di langgar keretapi Teluk Intan di kedai biskut


Walau bagaimana pun , kedai biskut BSH Enak ni bukan lah tapak peristiwa perlanggaran itu terjadi. Ia sekadar memaparkan lukisan mural dan lukisan keretapi pada dinding ini sangat cantik seolah ia 3D bila di lihat dari dekat.

Bukan setakad lukisan mural itu sahaja, malahan dekorasi di ruang pintu masuk kedai juga sangat cantik bertema kan senibina rumah Melayu tradisional. Di letakkan elemen tangga batu menuju ke tingkat atas yang terdapat pejabat depa. 


kedai biskut antik dan viral BSH Enak di Teluk Intan

Begitu juga dengan elemen tradisional tingkap papan di bahagian hadapan kedai dan tingkap di aras atasnya. Kalau korang pandai cari sudut pandangan pasti akan dapat hasilkan seni fotografi yang antik, estetik dan unik. 


kedai biskut viral Teluk Intan


Tidak sekadar di ruang luar, malahan di dalam kedai yang berhawa dingin ini juga banyak dipamerkan barang-barang antik dan lama sebagai dekorasi. Macam-macam ada bagaikan sebuah galeri muzium pula. 


BSH Enak - Kedai biskut viral lokasi cantik untuk bergambar di Teluk Intan


BSH Enak - Kedai biskut viral lokasi cantik untuk bergambar di Teluk Intan


Menarik kan... paling nostalgia pada kak ana bila melihat tv kotak plastik warna merah ini lah. Pernah melalui zaman menggunakan tv sebegini abah beli untuk kami menonton sekeluarga. Waktu tu rumah masih belum punya bekalan elektik, jadi abah menggunakan kuasa bateri yang akan di cas sebagai bahan kuasa nya.

Kadang-kadang tengah syok menonton, siaran tv akan semakin kecil dan padam terus bila dah habis bateri. Kena lah hantar untuk di cas di sebuah kedai di Jalan Changkat Jong. Bukan boleh dapat tengok terus lepas cas tu, kena tunggu esoknya baru abah akan ambil balik bateri dan barulah boleh pasang semula tv. 


BSH Enak - Kedai biskut viral lokasi cantik untuk bergambar di Teluk Intan


Alhamdulillah atas pinjam usia ini, banyak pengalaman hidup di izinkanNya untuk kak ana lalui, ujian demi ujian. Susah dah pernah rasai tapi itu lah waktu itu bak kata Dato' M Nasir, kesusahan itu apa kah dia ? 

BSH Enak - Kedai biskut viral lokasi cantik untuk bergambar di Teluk Intan

Kerana waktu itu tak kenal lagi susah kerana kita sedang menghadapinya. Bila dah mula rasa hidup serba ada ini baharulah kenal owh itu rupanya kesusahan yang pernah aku hadapi.. Masyaa Allah.....

Jadi kalau korang ke Teluk Intan, selain dari ke menara condong, naik bot keliling sungai, makan mastan ghani, jangan lupa singgah juga ke kedai biskut ni untuk bergambar dan beli biskut. Kak ana sempat beli se tin kuih kapit berharga RM20 dan sangat rangup ,sedap rasa kuih kapit tradisional. Semoga bermanfaat.. 







6 Comments

  1. cantik sgh kedai tu..nak OOTD boleh masuk free je ke atau kena beli biskut dia dulu?hehe
    terselit rasa sebak bila baca bila dah senang br kita tahu apa itu susah...semua antara kita pasti pernah laluinya

    ReplyDelete
  2. cantiknya kedai tu sangat klasik kak... memang sesuai sangat bergambar kat sana

    ReplyDelete
  3. Baru tau pasal kisah gajah tu. Unik tempat ni. Tak sampai sini lagi. Nanti bila-bila boleh ke sini pulak

    ReplyDelete
  4. cantik deko kedai biskut pernah ke sana lama dulu

    ReplyDelete