Kalau kak ana dan suami sahaja mungkin tak begitu rajin lah nak masuk area Bukit Bintang, Pavilion sebagainya ni. Pertama memang jemmed sekitar area sana, keduanya tak ada tujuan pun melainkan ronda-ronda malam makan angin tengok gelagak manusia. Faktor usia la kan... 


Shawarma Damascus Bukit Bintang


Tapi adik dan adik ipar kak ana, suka maii sini kalau depa ke KL. Kadang-kadang saja sewa hotel kawasan Bukit Bintang ni nak menikmati aktivti malam kat sini. Memang cantik lah kan dengan kilauan lampu-lampu di tengah kotaraya dan menikmati menu-menu viral sajian timur tengah di kawasan sini.


shawarma Damascus, Bukit Bintang


Shawarma Damascus Bukit Bintang 

Baru-baru ni, adik dan adik ipar serta anak buah kak ana, Haris mai rumah dan malam tu plan nak pi try beratur makan shawarma Damascus dan fries viral di Friend Fries. Lepas shopping di Ikea, ambil Adik Ika dan kami singgah maghrib dahulu di WTC, kami pun terus ke Bukit Bintang.

Sampai sana agak jemmed juga tapi masih okay sebab bukan hujung minggu tapi hari bekerja. Kami parkir kereta di Fahrenheit 88, murah sikit lepas jam 6 petang baru RM8 per entri. Jalan keluar je dah sampai area Bukit Bintang di hadapan Pavilion, Sephora dan sekitarnya.


shawarma Damascus Bukit Bintang


Jalan kaki lah menuju ke Damascus. Adik Ika dan Haris beratur untuk membeli shawarma di Damascus. Tak lama sangat dalam 10 minit macam tu sampai giliran depa order dan bayar, dapat nombor tunggu nombor naik di skrin dan pi ambik shawarma. 


shawarma Damascus Bukit Bintang

Adik  dan Haris order shawarma ayam dan daging. Satu harga dia sekitar RM13-15 gitu, tak ingat sangat kak ana. Tapi okay lah isi ayam dan daging banyak, sedap, lembut jer bila di makan. 


Friend Fries viral Bukit Bintang


Friend Fries viral Bukit Bintang


Kemudian kami ke Friend Fries pula, hat tengah viral di tiktok. Gerai Friend Fries ni kecil je, tumpang kedai runcit Arab kat depan Lot 10 . Sini panjang dan lama sikit depa berdua beratur. Sebabnya ada dua orang jer yang uruskan kiosk. Sorang tukang goreng, sorang tukang layan pelanggannya.

Dalam 45 minit gak berdiri budak dua beradik ni. Nasib ada di sediakan kerusi depan kiosk tu dapatlah kak ana duduk sambil tunggu depa beratur. Warga emas to be kan, bukan tahan berdiri lama. Hat yang beratur tu orang muda-muda lagi hehe :) 


Friend Fries viral Bukit Bintang


Akhirnya dapatlah merasa pula fries viral, Friend Fries Bukit Bintang. Sedap tau, hat ni kak ana suka, banyak kak ana makan. Ada 3 saiz set berbeza sama ada small, medium atau large. Harga antara RM8-RM13 macam tu, pun tak berapa ingat sebab penat kut duk tunggu.

Fries depa goreng kat situ, masih panas dan potongan fries pun besar. Ada buh perasa dan kemudian boleh pilih berapa banyak topping dan pilihan topping yang pelbagai. Lain-lain laa harganya mengikut set yang kita nak.


Friend Fries viral Bukit Bintang


Tapi sedap , topping pun banyak. Botol sos-sos tu laa yang agak rare dan viral, depa gantung atas dan tarik untuk isi ke dalam bekas fries. Erm.. menarik juga pada kak ana, ada kelainan dari rasa dan marketing. 


Kami lepak sambil makan fries, ronda-ronda kejap sekitar Bukit Bintang. Di sini laa nii bagaikan port makanan Arab dan Timur Tengah. Macam-macam menu ada di jual. Ada yang mahal dan restoran eksklusif dan ada juga kiosk-kiosk di tepi-tepi lorong mall. 



Jadi lah sekali sekala ronda malam di Bukit Bintang, mencuba menu-menu viral. Nak selalu tu tak lah kut. Jangan tak merasa ye dak. Sekadar perkongisan naa.... kalau nak try pii jer, sekali sekala beratur baru lah trending gituew... Semoga bermanfaat..







4 Comments

  1. Lama tak pi. Betul lah faktor usia dah malas nak pi tempat ramai orang. Orang luar KL memang suka je tempat macam ni sesekali mai kan apa lagi meriah dan viral semuanya.

    ReplyDelete
  2. selalu je pergi sini sebab tengok wayang dekat pavi tapi tak pernah pun beli dua makanan ni sebab selalu panjang orang beratur kat situ

    ReplyDelete
  3. Suka makan tapi nak beratur tu alahai malasnya

    ReplyDelete