Peluang terakhir memiliki kediaman Landed Residential di Tiara Sendayan
Antara sebab
mengapa kak ana sanggup duk jauh dari pusat bandaraya Kuala Lumpur suatu masa
dahulu adalah kerana mencari landed house atau rumah teres. Sebelum ni kami dah
pun mendiami sebuah apartment di pinggir bandaraya di Ampang.
Memang lah dekat dengan tempat kerja suami, berstatus bandaraya dekat dengan segala shopping mall , tapi itu lah, impian dan harapan kami malahan suami target untuk mendiami rumah bertanah atau landed house. Dan Alhamdulillah hingga kini mendiaminya hampir 20 tahun.
Banyak kelebihan bila kita mendiami kediaman bertanah ni. Khas buat orang macam kak ana ni la, suka gardening, bela kucing, mudah keluar masuk untuk urusan harian dan keselesaan ruang yang lebih luas untuk seisi keluarga.
Dan dalam era masa kini, untuk memiliki kediaman bertanah , memerlukan pengorbanan sedikit kerana kebanyakan yang mampu kita miliki lokasinya jauh dari pusat bandar. Namun pemaju kini bijak dalam mempastikan hartanah mereka boleh terjual dengan menyediakan segala kemudahan asas dan infrastruktur di sekitar kediaman itu sendiri.
Dalam makna kata, sebuah komuniti kediaman yang serba lengkap, canggih dengan segala keperluan rutin harian di dalam sebuah bandar terancang yang tidak memerlukan kita untuk keluar kawasan mendapatkannya.
Konsep ini lah yang diketengahkan oleh salah sebuah pemaju yang telah terbukti berjaya dalam perancangan bandar dan jualan mereka iaitu Matrix Concepts. Penting untuk kita mengenali latar belakang pemaju kerana membeli rumah bukan lah satu pelaburan yang sedikit dan bimbang akan berlaku situasi yang tak di ingin.
Kenapa perlu memilih kediaman di Tiara Sendayan ?
Pertama kerana lokasinya sendiri yang di hubung kan terus dengan rangkaian lebuhraya dan jalan raya. Majoriti memilih Tiara Sendayan sebagai lokasi strategik untuk kediaman adalah kerana ia terletak paling hampir dengan Lembah Klang di sebelah barat Seremban.
Dihubungkan melalui Lebuhraya PLUS dan KLIA Expressway. Sebuah bandar terancang bertaraf Pegangan Bebas kelas pertama atau First-class Freehold dengan keluasan 6,272-acre .
Phasa terakhir untuk kediaman bertanah di Tiara Sendaya ini paling menguntungkan kerana ia terletak berhampiran dengan segala kemudahan yang telah sedia ada bagi memenuhi gaya hidup dan rutin keperluan harian.
Di sini, deretan kedai keperluan harian di Tiara Biz, Sendayan Merchant Square, pusat pendidikan Matrix Global Schools, kawasan rekreasi dan riadah Central Park seluas 12 acre , d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan , Bazar Makanan Medan Tiara, stesyen minyak dan pelbagai lagi telah pun sedia ada untuk kegunaan komuniti setempat di Tiara Sendayan, khasnya.
Tiara Sendayan di terajui oleh sebuah syarikat pemaju yang cemerlang dalam track records melengkapkan penjualan fully sold out dan disiapkan dalam tempoh masa yang dijanjikan. Mulai tahun 2018 hingga kini Matrix Concepts telah pun menyempurnakan kesemua projek mengikut jadual dan kini bakal melancarkan phasa terakhir kediaman bertanah di Tiara Sendayan.
Pasti lebih mendamaikan memiliki kediaman yang diselubungi kehijauan alam semulajadi tetapi bertaraf moden. Hasil kejayaan dalam merealisasikan impian mereka yang telah pun mendiami komuniti dalam bandar terancang, pasti lebih meyakinkan untuk lebih ramai pembeli memilih Tiara Sendaya sebagai pilihan kediaman seisi keluarga.
Jangan lepas kan
peluang terakhir untuk menjadi sebahagian daripada warga Tiara Sendayan kerana
ini lah fasa terakhir untuk kategori kediaman bertanah atau landed property
yang terletak di Precinct 14C3-A&B .
Di masa akan datang, tidak lah lagi berpeluang untuk mendapatkan kediaman teres setingkat atau 2 tingkat lagi nanti. Habis dah .. kerana selepas ini tiada lagi projek Tiara Homes Series yang dikelilingi kehijauan dan dilengkapi keperluan gaya hidup masa kini.
Fasa terakhir untuk landed house ini akan terdiri daripada 336 unit rumah freehold ( Pegangan Bebas ). Pilihan pelbagai saiz kediaman antara 20’ x 65’ hingga 20’ x 75’ keluasan persegi . Untuk pilihan rumah setingkat atau single storey dengan keluasan 1,056 kaki persegi, manakala untuk pilihan double storey ( Dua Tingkat ) pula bermula dari 1,576 kaki persegi.
Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga Tiara Sendaya, kak ana sertakan di bawah ini beberapa butiran penting untuk pengetahuan korang.
Bakal di lancarkan tidak lama lagi ...
- Anara, Calia, Elara @ Tiara Sendayan
- Lot size 20’ x 65’ (Single Storey), 20’ x 70 – 75’ (Double Storey)
- Keluasan dari 1,056 sq.ft. (Single Storey), 1,576 (Double Storey)
- 336 units, 20.54-acre
- 3 kamar tidur + 2 bilik air (Single Storey), 4 kamar tidur + 3 bilik air (Double Storey)
- Harga dari 225k (Single Storey), 360k (Double Storey)
Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk mencapai impian memiliki kediaman bertanah dan menjadi sebahagian daripada warga Tiara Sendayan. Makin lama kita berlengah , orang lain akan rebut peluang yang ada.
Hubungi talian hotline di : 1-800-88-2688
Layari laman sesawang : https://tiarasendayan.com
Atau hadir sendiri ke Galeri Jualan :
Matrix Galleria @ d'Tempat Country Club,
PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1,
71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Ikuti Facebook : https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram : https://www.instagram.com/matrix_concepts
10 Comments
Waahhh.. Menarik sungguh perumahan di Tiara Sendayan ni. Banyak kemudahan dah
ReplyDeletefasa akhir ni kira semua dah lengkap kan :) Untung beli
DeleteProject baru ke ni?
ReplyDeleteBerbaloi jugak projek ni, harap2 are promosi yg hebat2
berbaloi untuk pelaburan hartanah di kawasan sendayan ni :)
DeleteAffordable juga harganya ya. Rumah pon cantik.
ReplyDeleteBetul Fiza, kira harga masih mampu milik dengan jenis kediaman yang du tawarkan
DeleteBanyak dengar pasal perumahan Tiara Sendayan ni memang kawasan menarik dan pembangunan terbaik...
ReplyDeletebetul sangat Maha, pilihan ramai sangat residensi di Tiara Sendayan nii..
DeleteCantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan
ReplyDeletebetul tu iena, kalau ada rezeki pasti nak grab satu untuk pelaburan masa hadapan kan :)
Delete