Sesiapa yang mengenali suami kak ana secara dekat , memang kenal sangat lah betapa cerewet dan cermatnya dia menjaga kebersihan kereta. Dari bahagian luar hingga lah dalam kereta , amat menjaga kebersihannya. Sampaikan anak-anak dah terdidik dari kecil sampai laa dewasa ni, tak berani nak makan dalam kereta ayah depa.

Di bahagian luar pun sama, sikit calar, cepat-cepat dia polished semula, kadang-kadang hilang lah calar tu kalau hat ringan, kalau dah teruk calar nya, terpaksa lah redha, tapi dia punya ngomel berjela laa kena dengar. 


produk penjagaan kereta CarLife

Dah begitu sifatnya walaupun kami bukan lah punyai kereta mewah. Kereta biasa-biasa sahaja, mungkin kerana sayang kan, ye laa bukan murah ansuran bulanan. Kalau kereta tak bersih dan selesa, mood nak memandu pun tak begitu baik. 

Bila bercerita tentang penjagaan kebersihan kereta ni, kak ana tertarik nak berkongsi dengan pembaca rangkaian produk penjagaan kebersihan kereta yang suami kak ana guna kan kini. Ianya adalah 3 kit penjagaan kebersihan cermin kereta dari Car Life.


Produk penjagaan cermin kereta Car Life 


produk penjagaan kereta CarLife


Selain dari mempastikan kereta kita bersih penjagaannya, rangkaian produk Car Life ni juga amat menitik beratkan ciri keselamatan, khasnya pada cermin hadapan kereta. Penjagaan kebersihan cermin hadapan amat penting, kerana ianya mempastikan pandangan pemanduan kita jelas dan tidak di ganggu oleh faktor alam seperti ketika memandu di dalam hujan.

3 langkah penjagaan cermin kereta 


Car Life

3 langkah penjagaan cermin hadapan kereta yang di perkenalkan oleh jenama CarLife ini adalah 1) Car Life Rain Shield untuk penjagaan kebersihan cermin kereta di waktu hujan lebat , 2) Car Life Screen Wash - produk penjagaan kebersihan cermin kereta dengan pembersihan melalui wiper hadapan dan 3) Car Life Microfibre Cloth - fabrik microfibre untuk mempastikan cermin kereta di bersihkan dengan menyeluruh. 


Car Life Rain Shield



Carlife Rain Shield


Car Life Rain Shield adalah produk yang suami kak ana gunakan untuk membersihkan permukaan cermin hadapan kereta. Car Life Rain Shield di formulasikan menjadi satu ciri keselamatan ketika memandu di dalam hujan kerana ia menjadikan cermin hadapan kereta kalis air. 

Apabila memandu dalam cuaca hujan khasnya, selepas menyapukan Car Life Rain Shield ia bertindak sebagai pelapis cermin kemudian melindungi cermin dari titisan hujan lebat kerana ciri kalis airnya. Dengan itu pandangan pemanduan kita akan lebih jelas , selesa dan In Syaa Allah selamat. 

Suami kak ana akan menyapukannya dengan menggunakan fabrik mircofibre Car Life ini di bahagian permukaan  cermin hadapan, cermin sisi, cermin belakang dan juga lampu utama. Ia bukan sahaja mempunyai fungsi sebagai ciri keselamatan malahan membersihkan cermin dari habuk dan kotoran termasuk kesan watermark. 


CarLife Rain Shield


Cara penggunaannya juga amat mudah, titiskan Car Life Rain Shield yang dalam bentuk cecair pekat ke atas fabrik microfibre Car Life, gosokkan sahaja di permukaan cermin kereta dan juga lampu. Tak perlu bilas dan biarkan kekal di permukaannya. 


Car Life Screen Wash


Car Life Sceen Wash

Car Life Screen Wash pula adalah langkah kedua dalam mempastikan cermin hadapan kereta kita terjaga dengan baik dan bersih sekali gus manfaat untuk keselamatan pemanduan kita. Cecair Car Life Screen Wash perlu di tuangkan ke dalam komponen bekas air untuk wiper. 


Car Life Screen Wash



Ia akan bertindak bersama air dari wiper yang di gunakan untuk membersihkan permukaan cermin hadapan kereta setiap kali menggunakan wiper. Bahan cecair pembersih Car Life Screen Wash ini bertindak untuk membersihkan permukaan cermin dari kotoran debuan, titisan minyak, bekas tinggalan serangga dan sebagainya. Dengan ini pemandangan pemanduan kita akan lebih jelas dan bersih dari yang tidak sepatutnya ada di hadapan cermin . 

 

Car Life Microfiber Cloth


Suami kak ana ada lah bagitau, bukan semua kain boleh di gunakan untuk mengelap kereta. Ye laa pesan lah kat isterinya supaya tak lah calar balar kereta dia kan. Mana lah tahu kadang-kadang nak cepat kak ana guna kain buruk ke lap kereta, habis laaa kena marah. 


microfibre cloth

Katanya kain yang bagus untuk mengelap kereta adalah dari fabrik microfibre. Dan sekarang ni dia gunakan Car Life Microfiber Cloth . Ia adalah kain yang tahan lama dan lasak serta boleh di basuh dan digunakan semula. 

Di hasilkan dari fabrik fibers yang halus lebih halus dari rambut manusia, haa gituew! Sebab itulah ia sangat efektif dalam penyerapan sehingga 8 kali serapan, memerangkap kotoran halus seperti habuk dan sebagainya untuk sebarang permukaan. 

Ia sesuai digunakan pada permukaan cermin kereta, sarung kusyen dan permukaan dalaman kereta itu sendiri seperti di dashboard , pintu dan seluruh laa . Walau bagaimana pun ia amat lembut dan tidak akan mencalarkan permukaan kenderaan kita. 

Lengkap lah 3 langkah mudah untuk penjagaan kereta kita. Dan kini ada promosi menarik untuk korang yang ingin mencuba sendiri rangkaian produk penjagaan dan keselamatan kereta dari Car Life di mana tawaran Diskaun Hebat menanti. 


Car Life Car Shampoo


Dapatkan kini kit penjagaan cermin kereta Car Life yang terdiri daripada Car Life Rain Shield, Car Life Screen Wash dan Car Life Microfibre Cloth pada harga PROMO hanya RM34 dan korang akan dapat PERCUMA 1 botol Car Life Shampoo 500ml. Produk keluaran Malaysia ini telah pun mendapat  pengesahan kelulusan kualiti dari reseller seperti Shell, Petronas, BHP dan sebagainya. 

Tawaran ini sehingga 31 May dan harga asal untuk 3 kit penjagaan cermin Car Life juga masih mampu milik iaitu hanya RM37 sahaja di pasaran. Setiap kereta wajib mempunyai kit penjagaan cermin ini untuk keselamatan dan kebersihan pemanduan kita semua. Untuk butiran lanjut boleh lah layari ke www.carlife.com.my







1 Comments

  1. tq for sharing.. penting kalau cermin bersih berkilat sebab saya suka ambil gambar dari dlm kereta tanpa buka cermin tingkap hihi

    ReplyDelete